ILYMC : 19

2.8K 173 12
                                    

Mundar-mandir Dahlia di dalam biliknya. Sekarang ni dia berfikir, macam mana dia nak tidur? Dia tidur atas katil dan biarkan Raja Dylan tidur atas lantai?

Eh.. tak boleh. Dosa, dosa.

Ke.. dia yang tidur atas lantai dan Raja Dylan tidur atas katil? Kalau esok pagi dia bangun pastu sakit pinggang macam mana? Alah.. banyak songeh lah kau ni, Dahlia.

Dahlia bergumam sendiri di dalam hati. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Habis serabut rambut dia.

Dahlia memang macam tu kalau dah serabut sangat. Rasa stress.. haa mula lah rambut dia jadi macam singa jantan. Gerbang terus.

Tak lama selepas itu, pintu bilik Dahlia dibuka dari luar. Pantas Dahlia membetulkan semula rambutnya. Dia berdiri dengan tegak sambil memandang Raja Dylan.

Terhenti langkah Raja Dylan saat melihat isterinya yang sedang berdiri tegak seperti tugu negara. Dah kenapa? Muka tu pula gelisah semacam.

Perlahan-lahan Raja Dylan membawa langkahnya mendekati sang isteri. Dekat saja terus tangan kanannya naik melekap di dahi Dahlia. Berkerut dahi Dahlia dengan tindakan suaminya. Dia menepis perlahan tangan Raja Dylan.

"Tak demam. Awak kenapa, sayang?" Mencebik bibir Dahlia. Raja Dylan boleh ingat dia demam.

"Mana ada saya demam. Saya okay je." Jawab Dahlia cuba mengawal rasa gemuruhnya.

"Habistu kenapa ni?" Tanya Raja Dylan seraya melabuhkan punggungnya di birai katil.

Dahlia berdehem seketika. Dia berfikir cara untuk bercakap dengan Raja Dylan. Bercampur aduk semua perasaan dia waktu itu. Kedua tangannya digenggam bersama.

"Sayang.." Meleret suara Raja Dylan memanggil Dahlia yang sedari tadi hanya senyap dan.. macam orang tengah gelisah.

"Hm.. a-awak nak tidur mana malam ni?" Soal Dahlia perlahan. Direnung wajah tampan sang suami.

'Malam-malam pun hensem. Bergetar jiwa raga aku dapat suami hensem macam ni.' Getus hati Dahlia. Menyempat eh kau.

Berkerut sedikit dahi Raja Dylan tatkala mendengar soalan yang dilontarkan Dahlia barusan. Sekarang baru dia tahu. Mesti Dahlia rasa tak selesa itu yang tak tentu arah ni.

"Tidur dengan isteri saya lah. Atas katil ni. Dalam bilik ni. Kenapa tanya?" Raja Dylan menyoal semula.

Dahlia rasa macam nak tercekik air liur sendiri apabila Raja Dylan kata tidur dengan dia di dalam bilik dan di atas katil. Alamak.. boleh ke dia hadap ni? Dahlia tak pernah tidur dengan lelaki. Bila dah ada suami, kena tidur dengan suami.

Tapi Dahlia tak biasa. Sekarang ni Dahlia rasa dahi dia dah mula nak berpeluh.

Nak kata panas.. tak. Sejuk saja. Aircond pun dipasang. Tapi dia peluh sekarang ni sebab lain. Haih. Dugaan..

"Em.." Dahlia mengemam rapat bibirnya.

"Takut? Gelisah? Tak selesa? Hm?" Raja Dylan bangun dan melangkah merapati Dahlia.

Mengundur Dahlia ke belakang. Satu tapak Raja Dylan maju, satu tapak Dahlia mengundur. Selepas beberapa tapak, Dahlia berhenti apabila belakang badannya melekap penuh di almari.

Baru saja Dahlia mahu mengelak, Raja Dylan pantas mengukung Dahlia. Kedua tangannya diletakkan di sisi kanan dan kiri Dahlia. Menelan air liur Dahlia. Pernafasannya pun terasa laju.

'Dia ni nak aku pengsan lagi ke? Ke.. aku pura-pura pengsan je?' Tiba-tiba datang idea tak betul Dahlia.

Kau jangan nak buat hal Dahlia. Author campak kau dalam loji karang. Asyik nak pengsan saja kerja kau.

I Love You, Miss Cupcake [C]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن