ILYMC : 68

1.9K 130 2
                                    

Selepas 8 bulan

Pejam celik-pejam celik. Sudah 8 bulan Dahlia mengandung. Tinggal lagi sebulan saja untuk dia melahirkan si kecil yang berada di dalam perutnya.

Banyak perkara manis yang dilalui sepanjang mengandungnya ini. Antaranya Raja Dylan tidak pernah membiarkan dia seorang diri. Ke mana saja Dahlia ingin pergi, pasti dituruti. Apa sahaja yang Dahlia mengidam untuk makan akan di ikuti.

Segala-galanya yang Dahlia mahu. Akan diberi. Raja Dylan selalu menemaninya. Bila Dahlia memerlukan dia. Raja Dylan akan sigap sentiasa sedia untuk terus berada di sisinya.

Dan Alhamdulillah.. Dahlia pun sudah memakai tudung. Walaupun pada awalnya cara Dahlia memakai tudung tidak sempurna kerana masih menampakkan rambut. Tapi berjalannya waktu, Dahlia telah menyempurnakan auratnya untuk menutup rambutnya.

Raja Dylan lah orang yang paling bahagia ketika melihat isterinya memakai tudung. Dia tidak pernah memaksa. Tapi Raja Dylan punya cara untuk menegur isterinya supaya Dahlia tidak terasa hati dengan dia.

Dahlia menghirup udara segar sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berada di tepi kolam renang. Tangan kanannya naik mengusap perutnya yang semakin memboyot.

Tak sabar Dahlia hendak bertemu dengan anaknya. Bukan Dahlia saja. Raja Dylan tu lagi lah tidak sabar. Setiap hari dia akan bertanya 'bila baby nak keluar, sayang?' 'Abang tak sabarnya nak tunggu baby keluar.'

Bahkan setiap hari juga lah Raja Dylan akan bercakap dengan anak mereka yang masih berada di dalam perut ini. Sebelum tidur pasti Raja Dylan akan membacakan ayat-ayat yang baik untuk kandungan isterinya.

Bahagia sangat Dahlia rasakan. Ini adalah momen yang paling bahagia untuk dia.

Sedang elok Dahlia termenung sambil mengimbau kembali kenangan-kenangannya. Tiba-tiba Dahlia merasa ada seseorang yang memeluknya dari belakang.

Dari bauan wangian pun Dahlia sudah dapat agak siapa gerangannya. Dahlia menyelesakan dirinya di dalam pelukan sang suami. Kepalanya disandarkan pada dada Raja Dylan.

Raja Dylan mengusap perut Dahlia sebelum diangkat sedikit. Dahlia terus menghelakan nafas panjang kerana merasa lega.

"Abang minta maaf sebab abang, sayang kena mengandung dan bawa perut besar macam ni. Pengorbanan sayang besar sangat. Tak mampu abang hendak balas." Ujar Raja Dylan seraya mencium dahi Dahlia.

Terukir senyuman Dahlia saat mendegar bicara sang suami. Dia semakin menyembamkan wajahnya di celah leher Raja Dylan. Dihidu bauan wangian si suami yang selalu menenangkan dirinya.

"Takda apa lah abang. Jangan lah macam tu. Memang ni tugas sayang sebagai isteri abang. So.. abang kena hargai dan sentiasa ada di sisi sayang sammmpai bila-bila." Balas Dahlia perlahan seakan berbisik.

Tergelak perlahan Raja Dylan. Dia menganggukkan kepala lalu mencium dahi Dahlia. Mana mungkin dia takkan ada di sisi wanita yang paling dia cintai dan sayangi ini. Raja Dylan akan sentiasa ada dengan isterinya.

Kerana.. isterinya adalah anugerah dan amanah yang Allah dah beri pada dia. Serta Encik Fahmi turut mempercayakan dirinya untuk menjaga Dahlia.

Setelah itu, Allah juga sudah memberinya amanah lagi iaitu zuriat buat diri dia dan Dahlia. Bertambah tanggungjawabnya. Bukan kecil tanggungjawab yang perlu dipikul. Tapi besar. Jadi, Raja Dylan harus menjaga dengan baik. Sebaik yang dia boleh dan mampu.

"Terima kasih sayang." Ucap Raja Dylan ikhlas. Rambut panjang Dahlia yang menutup dahi disebak ke belakang.

Dahlia merenggangkan pelukan lalu berpusing duduk menghadap suaminya. Kedua tangan dia naik mengusap pipi suaminya.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now