ILYMC : 57

1.8K 159 8
                                    

Terbeliak sedikit mata Raja Dylan apabila melihat gambar yang dihantar oleh sang isteri tercinta. Apa maksud isteri dia hantar gambar macam ni? Sengaja?

Dah lah tak angkat call. Chat pun tak balas. Tahu-tahu balas dengan gambar yang sangat mengundang macam ni.

Nampaknya isteri dia ni nak main-main. Okay.. let's see.

Sekarang Raja Dylan berada di airport setelah beberapa jam menempuh penerbangan dari Sabah ke Kuala Lumpur. Selepas saja senua kerja dia siap tadi petang. Terus Raja Dylan memecut balik ke hotel dan bersiap untuk balik ke KL.

Chat dari Dahlia pun dia tak perasan. Baru sekarang dia buka sebab tadi sibuk dengan meeting.

Fahrin dan Emir pun terheret sekali. Kena balik KL malam ni juga. Semua sebab Raja Dylan yang paksa. Cemberut wajah Fahrin sebab dia ingat habis meeting boleh rehat, makan dan akhir sekali tidur.

Rupanya tidak. Kena sekeh kepala dengan Raja Dylan dan dipaksa untuk balik ke KL. Emir pula takda banyak cakap. Sebab dia memang nak balik KL. Tak malam ni mungkin esok. Tapi dah alang-alang Raja Dylan ajak balik malam ini.

Dia onz saja lah.

"Kau tengok apa tu woi?" Tegur Fahrin seraya menguap besar. Dengan muka baru bangun tidurnya. Tepi bibir ada air liur basi lagi.

Belum sempat Raja Dylan hendak membalas. Emir lebih pantas membalas.

"Chat dari bini dia lah tu. Orang dah berbini. Kita yang takda bini lagi ni, kita diam je." Kata Emir sembari mengelap muka dan mulut Fahrin dengan tisu basah.

Meronta-ronta Fahrin apabila Emir mengelap mukanya. Bukan mengelap tapi lebih tepat dipanggil menonyoh.

"Kau asal eh? Ada dendam kesumat dengan aku ke?" Tanya Fahrin dengan wajah mencuka.

"Ha'ah. Memang aku dendam kesumat dengan kau. Kau tidur tadi aku tak kisah. Tapi yang aku kisah.. kau tidur dengan keluar air liur basi pastu kena baju aku. Busuk bodoh." Balas Emir dengan riak tidak puas hati.

Terdiam Fahrin. Tak lama selepas itu, Fahrin menyengih di hadapan Emir dengan wajah tidak bersalah. Mana lah dia tahu. Dia kan tengah tidur. Kalau dia tahu, dia dah minta maaf.

Lagipun ini kesalahan yang tidak disengajakan. Jadi.. tak payah minta maaf lah kan? Kan, kan?

"Busuk sangat ke?" Soal Fahrin.

"Macam bau taik." Jawab Emir seraya membuat wajah geram. Dijeling wajah Fahrin yang masih tersengih busuk di hadapannya.

Raja Dylan hanya mampu menggelengkan kepala saja dengan melihat perbalahan antara Fahrin dan Emir.

"Dah lah. Aku balik dulu. Nak melayan korang ni, sampai esok tak habis." Usai itu, tanpa menunggu balasan dari Fahrin atau Emir. Raja Dylan sudah membawa langkahnya jauh meninggalkan kedua orang sahabatnya itu.

Tercengang Fahrin dan Emir melihat Raja Dylan meninggalkan mereka berdua. Macam gitu saja dia tinggalkan? Dah lah heret kitaorang balik KL. Sekarang dia tinggal macam tu saja.

Kurang perisa punya kawan.

~~~~~~~~~~

Gelak besar Dahlia saat sedang berbual dengan keluarga mertuanya serta adik-beradik iparnya. Kini, mereka sedang bercerita tentang permulaan perkenalan antara Raja Darina dan Tengku Adrian.

"Jadi akak dulu tak suka lah dengan abang Ad?" Laju Raja Darina menggelengkan kepala seraya memandang suaminya di sebelah sambil menjuihkan bibirnya.

"Tapi macam mana boleh kahwin ni?" Nak tahu juga. Tak suka tapi kahwin. Macam mana tu? Takkan lah nak jawab sebab jodoh. Klise lah. Itu dah memang pasti kalau dah tertulis di lauhul mahfuz.

Tapi nak tahu juga sebab lainnya. Macam mana boleh tersuka sampai terkahwin ni?

"Sebab abang Ad ni tak putus asa nak mengorat akak."

"Dan.. sampai lah abang Ad datang rumah jumpa baba minta izin nak kenal kak long dengan lebih rapat. Dalam bahasa sembunyi abang Ad, nak kenal sampai ajak anak Tan Sri Raja Darian ni kahwin. Itu maksud kedatangan abang Ad masa tu." Sampuk Raja Dura yang baru saja melangkah masuk ke ruang tamu sambil menatang dulang yang berisi jug air sirap dan beberapa cawan.

"Sebab Raja Darina ni sombong sangat. Ajak kawan pun tak nak. Jadi abang Ad ajak kahwin je lah." Terletus lagu tawa Dahlia.

Comel saja cara perkenalan antara Raja Darina dan Tengku Adrian yang bermula di sebuah kolej. Yang seorang mengejar dan yang seorang lagi berlari.

Ingat yang si pengejar tu mudah putus asa ke? Tidak sesekali ya kawan-kawan. Tengku Adrian pecut masuk gear 5. Jumpa dengan Tan Sri Raja Darian terus. Ini baru namanya anak jantan.

Bukan angkut anak dara orang tanpa izin mak bapak. Itu namanya pengecut.

Sedang ralit mereka semua dok bersembang. Tiba-tiba pintu rumah dibuka dari luar seraya mendengar suara seseorang memberi salam.

Berpaling kepala mereka semua memandang ke arah gerangan yang baru saja melangkah masuk ke dalam rumah. Terkejut Dahlia melihat suaminya.

Aik? Dah balik? Baru 5 hari dekat Sabah. Ada lagi dua hari nak jadi seminggu. Kenapa balik awal sangat ni?

Eh? Dah kenapa kau ni, Dahlia? Bila laki kau takda, bukan kemain kau suruh dia balik. Dah balik, banyak pula complain nya.

Pantas Dahlia bangun dari duduk dan berjalan menghampiri sang suami. Dia menghulurkan tangannya kepada Raja Dylan untuk bersalam. Raja Dylan menyambut huluran tangan si isteri dengan baik.

Setelah Dahlia menyalam dan mencium kekura tangan kekarnya. Kini giliran Raja Dylan mencium tangan mungil Dahlia dan mengucup dahi licin si isteri.

Membahang wajah Dahlia. Mesti dah bertukar warna ni. Dah lah depan ahli keluarga yang lain. Malu Dahlia. Tapi dalam masa yang sama, Dahlia suka. Hati berbunga-bunga.

Auch!

"Miss you." Kata Raja Dylan perlahan selari mengusap pipi mulus Dahlia.

Tersipu malu Dahlia dibuatnya. Dahlia mengemam rapat bibirnya. Mata mereka saling bertaut rapat bagaikan sedang berbicara menggunakan pandangan mata.

"Dah-dah lah tu. Penuh semua berkawad dekat korang tu. Eii.. nak sweet ke romantik ke dalam bilik lah. Dura ni single lagi. Tolong hormat." Terputus pandangan mereka berdua tatkala terdengar suara Raja Dura.

Ketawa baba, bonda, Raja Darina dan Tengku Adrian mendengarkan kata-kata yang dilontarkan Raja Dura barusan. Baru diaorang perasan. Raja Dura saja yang masih belum ada pasangan antara mereka semua.

Patut lah masam saja. Haih.

Setelah itu, Raja Dylan menutup pintu dan berjalan mendekati baba dan bonda nya. Dia menyalam kedua tangan orang tuanya dengan penuh rasa hormat.

Dahlia mengekori suaminya dari belakang. Bila sudah dekat di ruang tamu. Dahlia kembali melabuhkan punggungnya di sofa berangkai dua.

Tersenyum Dahlia melihat suaminya yang sedang bersalam dengan Puan Sri Hasrita. Akhir sekali, Raja Dylan mencium dahi Puan Sri Hasrita.

Suka Dahlia menengok cara Raja Dylan menghormati dan menghargai bonda. Patut lah sweet bila dengan dia. Turun-temurun dari Tan Sri Raja Darian.

Beberapa hari Dahlia tinggal bersama dengan keluarga mertuanya ini. Banyak kali dia terlihat baba bersikap romantis bersama dengan bonda. Suka tolong bonda masak. Kadang-kadang makan pun bersuap.

Tapi semua tu dilakukan di belakang anak-anak. Sesekali saja ditunjuk sikap mesra mereka di hadapan anak-anak dan menantu.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now