ILYMC : 58

2.2K 162 10
                                    

Dahlia menunggu suaminya yang sedang mandi sambil duduk di atas katil. Mereka baru saja masuk ke dalam bilik selepas puas berbual dengan ahli keluarga yang lain.

Seronok Dahlia. Tiba-tiba pul Dahlia merasa rindu pada emak dan abah nya di kampung. Termasuk lah dengan adik dia itu. Nanti lah dia ajak Raja Dylan balik ke kampung. Lagipun keluarganya masih lagi belum balik dari bercuti.

Sakan nok.

Dahlia menguap apabila dirasakan lama untuk menunggu suaminya selesai dari mandi. Buat apa lah suaminya dalam bilik air lama-lama? Dia dah mengantuk ni.

Bukan Dahlia tak nak tidur. Tapi dia nak berbual berdua dengan suaminya sambil bermain mata. Rindu nak tengok muka kacak Raja Dylan. Lagi-lagi pandangan redup Raja Dylan setiap memandang dirinya.

Dahlia mengesot duduk di kerusi yang berada rapat dengan katil. Selepas itu, Dahlia membaringkan separuh dirinya di atas katil. Dahlia memejamkan matanya. Sekadar pejam. Bukan tidur.

Selepas beberapa minit, pintu bilik air terbuka dari dalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas beberapa minit, pintu bilik air terbuka dari dalam. Raja Dylan melangkah keluar dari bilik air. Terkejut dia saat melihat keadaan isterinya.

Ini dah kenapa tidur gaya macam ni? Tak sakit pinggang ke?

Lantas Raja Dylan mengorak langkah menghampiri sang isteri. Dekat saja terus dilabuhkan duduknya di sebelah. Dipandang wajah cantik Dahlia yang sudah pun lena dibuai mimpi.

Ini mesti kes tunggu dia. Terbit senyuman Raja Dylan apabila mendengar suara rengekan manja isterinya.

Rindu betul nak dengar suara manja Dahlia sambil merengek pada dirinya. Sebab isteri dia terlalu comel jika sedang merengek. Raja Dylan obses.

"Sayang." Seru Raja Dylan untuk membangunkan isterinya.

Senyap. Tiada pergerakan atau respon dari Dahlia.

"My cupcake.." Seru Raja Dylan lagi sembari meleretkan suaranya memanggil Dahlia.

"Hmm.." Merengek Dahlia tidak mahu lenanya dikacau.

Tersungging senyuman lebar Raja Dylan. Tak dapat Raja Dylan sembunyikan senyumannya itu.

"Haih.. penat sangat ni. Apa lah yang sayang buat satu hari ni sampai penat macam ni sekali. Baru je abang nak berbual dengan sayang. Abang rindu sayang. Rindu sangat-sangat dengan manja abang ni. Tapi awak tidur." Ujar Raja Dylan sambil mengetepikan rambut Dahlia yang menutup sedikit wajah Dahlia.

Dipandang hangat wajah anggun Dahlia. Baru Raja Dylan perasan. Isterinya nampak lebih tembam. Pipi tu nampak sangat naiknya. Sebelum dia tinggal pergi Sabah, memang dah tembam. Tapi yang ni lagi tembam.

Bukan nak kata buruk. Tapi bertambah comel. Ini yang buat Raja Dylan geram. Nak saja dia gomol-gomol pipi Dahlia. Tapi isteri dia tidur.

"Tidur lah sayang. Esok baru kita lepas rindu puas-puas. Abang nak angkat awak. Biar tidur sayang lebih selesa." Sejurus itu, Raja Dylan mencempung tubuh Dahlia dengan penuh berhati-hati agar lena Dahlia tidak terganggu.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now