ILYMC : 46

2.1K 163 15
                                    

Selesai saja majlis kesyukuran buat Raja Dylan dan Dahlia. Kini, mereka sekeluarga sedang menjamu selera semua tetamu yang datang dengan pelbagai hidangan makanan serta kuih muih yang sedap-sedap.

Raja Dylan dan Dahlia memakai baju sedondon berwarna baby blue.

Dahlia menyiapkan suaminya memakai baju Melayu. Manakala, Dahlia sendiri memakai abaya dan tudung berwarna senada.

Walaupun simple. Tetap kelihatan cantik dan berseri. Ramai yang memuji kemolekan dan kecantikan Dahlia.

Tapi ada satu orang yang tidak berpuas hati kerana sedari tadi asyik Dahlia saja yang kena puji. Arina memandang wajah Dahlia dari jauh dengan renungan tajam.

Lama-lama dia naik muak tengok Dahlia. Perasan cantik. Tapi Dahlia memang cantik. Cantik natural. Tak macam kau, cantik sebab make up saja lebih. Kalau tak make up, muka macam mak lampir.

"Sayang." Sapa Raja Dylan. Dipegang sisi pinggang isterinya lalu diusap perlahan.

"Iya, abang." Sahut Dahlia dengan manja.

"Dah makan?" Soal Raja Dylan sambil membetulkan tudung yang dipakai Dahlia.

"Belum. Abang dah makan?" Jawab Dahlia sembari menyoal suaminya kembali. Peluh di dahi Raja Dylan, dilap menggunakan tangan tanpa ada rasa geli sedikit pun.

Tersenyum manis Raja Dylan dengan perlakuan isterinya. Ini yang bertambah sayang dan cinta. Dahlia tahu saja cara untuk mencairkan hatinya.

"Nak kiss." Pinta Raja Dylan dengan manja. Bibirnya dimuncungkan meminta cium. Tapi yang dia dapat hanya lah cubitan di bibirnya.

"Depan orang ni abang. Dalam bilik nanti tau?" Kata Dahlia dengan perlahan. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali dan membuat wajah comel.

Tak dapat Raja Dylan menahan. Dia langsung mencium sekilas pipi Dahlia. Geram. Isterinya terlalu comel. Dan tak baik untuk jantung dia sebab Dahlia selalu buat jantung dia berdegup dengan laju.

Terbeliak sedikit mata Dahlia tatkala mendapat ciuman dari suaminya. Dia memandang sekeliling. Nasib lah orang-orang yang duduk di sekitar mereka berdua tidak melihat aksi Raja Dylan tadi.

Masing-masing buat hal sendiri. Dan lagi satu, tidak terlalu ramai orang. Dahlia melepaskan nafas lega. Setelah itu, dipandang wajah Raja Dylan semula.

"Abang ni. Kalau ada yang nampak macam mana tadi?" Dahlia memukul perlahan lengan sasa Raja Dylan.

"Macam tu lah." Toya terus muka Dahlia.

"Dah lah. Abang nak makan apa? Sayang ambil lauk dekat dapur. Abang ambil nasi dekat luar sana." Kata Dahlia selara bertanya suaminya mahukan lauk apa.

"Sayang ambil ayam kicap, sayur kangkung, timun dan sambal belacan. Tu je. Abang ambil nasi sekali dengan air." Beritahu Raja Dylan sambil mengusap pipi Dahlia. Sedari tadi, matanya langsung tidak lepas dari menatap wajah cinta hatinya ini.

"Okay." Jawab Dahlia.

Setelahnya, dua-dua mengikut arah masing-masing. Raja Dylan ke luar rumah untuk mengambil nasi dan air. Manakala, Dahlia pula ke dapur untuk mengambil lauk-pauk yang dimahukan suaminya.

Sedang elok Dahlia mengambil lauk. Tiba-rian, badannya dilanggar seseorang dari belakang dengan sangat kuat. Hampir saja Dahlia hendak jatuh tersungkur. Tapi nasib Dahlia dapat mengimbangkan dirinya.

Dahlia berpaling memandang gerangan yang melanggarnya tadi. Ternyata Arina. Perempuan bermuka-muka dan tak tahu malu ini.

Arina menatap Dahlia dengan sinis sambil mengambil air di peti sejuk. Secara terang-terangan dia menunjukkan rasa tidak sukanya pada Dahlia.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now