ILYMC : 02

2.9K 165 16
                                    

High Luxury

Pintu bilik pejabat Raja Dylan diketuk dari luar. Melaung sedikit kuat suara Raja Dylan memberi izin untuk masuk.

Azli membuka pintu dan melangkah masuk ke drama. Dia berjalan mendekati Raja Dylan dan berhenti di hadapan meja kerja Raja Dylan.

"Yes, Azli. Anything?" Soal Raja Dylan ingin tahu.

"Iyup. Sat noh.." Azli membuka iPad yang berada di tangannya dan melihat jadual Raja Dylan. Raja Dylan setia menanti sambung bicara Azli.

"Esok Tuan Raja harus ke kampung di Selangor untuk melawat site di sana." Beritahu Azli ringkas.

"Berapa hari?" Soal Raja Dylan.

"2 days." Raja Dylan berfikir sejenak sebelum mengangguk perlahan.

"Tapi kenapa baru bagitahu aku sekarang?" Soalnya lagi.

"Sebab saya lupa nak bagitahu semalam. Lagipun semalam banyak kerja. Saya jadi kelam-kabut. Sorry, bos." Balas Azli seraya menayangkan senyuman kambing.

Mengecil mata Raja Dylan merenung Azli. Sesuka hati dia saja nak lupa-lupa. Potong gaji karang.

"Esok kau ikut kan?" Laju kepala Azli menggeleng.

"Saya tak ikut. Saya ada hal. Kan esok saya cuti. Saya dah bagitahu Tuan Raja dari minggu lepas lagi." Mengeluh Raja Dylan dibuatnya.

"Kenapa kau kena cuti time-time ni?" Dengan santai Azli mengangkat kedua bahunya dan menayangkan riak biasa.

"Aku tarik balik lah cuti kau tu." Baru saja Raja Dylan berkata begitu. Azli cepat-cepat menunduk sebelum berpusing dan berlalu keluar dari bilik pejabat Raja Dylan.

"Bye, bos. Jumpa lagi 3 hari. Enjoy your outstation." Laju langkahnya dibawa.

Malas nak layan. Mengada. Dah bagi cuti. Nak tarik balik. Jangan sampai Azli tarik muncung bibir Raja Dylan.

Tercengang Raja Dylan dibuatnya. Tak berkedip mata dia memandang Azli sehingga hilang susuk tubuh itu.

"Kalau kau dapat gaji sikit bulan ni Azli, kau jangan datang merengek dekat aku. Ada yang matanya lebam karang." Gumam Raja Dylan seorang diri.

Paneh hati dia. Kurang asam punya pembantu peribadi.

~~~~~~~~~~

"Assalamualaikum." Dahlia memberi salam seraya membuka kasut yang dipakai dan melangkah masuk ke dalam rumah.

Dilihat Encik Fahmi dan Puan Aminah sedang duduk santai di ruang tamu sambil menonton televisyen.

Berpusing sekejap kepala Puan Aminah memandang anak daranya yang baru masuk.

"Dari mana?" Soal Puan Aminah. Digigit sedikit karipap yang berada di tangan.

"Dari lepas hantar order customer." Jawab Dahlia. Dihulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Encik Fahmi dan Puan Aminah.

Dikucup kedua tangan orang tuanya dengan penuh rasa hormat. Selepas itu, Dahlia mengambil tempat di sisi Puan Aminah. Karipap yang berada di dalam pinggan di atas meja, diambil satu.

"Dekat hujung kampung tu ada orang buat projek baru ke, abah?" Tanya Dahlia. Saja nak tahu.

Mulutnya penuh dengan karipap yang dimakan. Dalam dia tak sedar, dah dua ketul dia makan dan sekarang nak masuk tiga ketul.

"Ha'ah. Esok katanya CEO diaorang nak turun. Nak tengok site projek tu." Beritahu Encik Fahmi sambil matanya tetap melekat di skrin tv.

"Oh.. projek apa tu?" Macam menarik pula topik ni. CEO nak turun tengok sendiri site projek? Wah..

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now