ILYMC : 18

2.8K 173 8
                                    

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh." Ucap Raja Dylan memberi salam selepas selesai menunaikan solat maghrib.

Setelah itu, dia menadah tangan untuk berdoa. Selepas beberapa ketika, Raja Dylan selesai.

Dia berpusing menghadap isterinya. Dipandang wajah bersih dan polos Dahlia yang bebas dari sebarang make up. Dah lah pakai telekung. Cantik sangat.

Pipi tu tersembul. Tembam saja.

Dahlia pantas mendekati suaminya. Dia menghulurkan tangan kanan untuk bersalam dengan Raja Dylan.

Raja Dylan yang memahami langsung menyambut huluran tangan si isteri. Lantas Dahlia mencium kekura tangan suaminya.

Usai saja Dahlia bersalam, kini giliran Raja Dylan pula yang mencium dahi Dahlia serta mencium tangan sang isteri. Tersipu malu Dahlia jadinya.

Tak sangka dengan tindakan sang suami. Mula lah hati dia jadi tak keruan.

"Sekejap sayang." Raja Dylan bangun seraya melepaskan pegangan tangan mereka berdua. Selari itu, Raja Dylan berjalan ke arah meja make up Dahlia lalu diambil kotak cincin.

Setelah itu, Raja Dylan kembali mendekati Dahlia dan melabuhkan semula punggungnya di atas sejadah. Dahlia memerhati saja setiap perlakuan suaminya dalam bahasa bisu.

Raja Dylan membuka kotak cincin yang ada cincin bertakhta berlian tersebut.

Diambil tangan kanan Dahlia lalu disarungkan cincin tersebut pada jari manis Dahlia. Selepas itu, dicium tangan Dahlia. Tersenyum manis dia melihat jari manis Dahlia yang cantik saat memakai cincin berlian itu.

"Cantik. Sama macam bayangan saya masa saya beli cincin ni." Ujar Raja Dylan selari memandang wajah anggun sang isteri.

"Thank you and sorry. Sepatutnya saya tak pengsan tadi. Maaf sebab saya 'ter'rosakkan momen indah kita." Balas Dahlia yang merasa bersalah.

Kenapa lah kau pengsan wahai Dahlia Zenia? Haih.

Terbit senyuman Raja Dylan. Dia mengikis jarak antara mereka berdua. Sebelah tangannya naik mengusap pipi Dahlia. Selepas itu, Raja Dylan mengucup kedua pipi si isteri.

Membahang panas wajah Dahlia. Apa ni? Main cium pipi kita pula. Malu lah.

"Tapi bagi saya yang sekarang ni lagi indah. Kita dapat solat berjemaah bersama. Dah lama saya ternantikan makmum saya. Rupanya cantik orangnya." Dielus lembut pipi kanan Dahlia.

Makin membahang panas wajah Dahlia dibuatnya. Dia menundukkan kepalanya selari bermain jemarinya.

"Isteri saya ni malu ke?" Soal Raja Dylan sengaja nak menyakat. Suka tengok Dahlia malu lagi-lagi pipi tu merah. Nampak natural saja merah tu. Tak payah pakai blusher dah.

Raja Dylan sudi membuat blusher semulajadi untuk isteri dia.

Dahlia memukul sedikit bahu Raja Dylan. Dia berdecit perlahan. Orang tengah malu, dia boleh lagi nak menyakat. Ish.

Nasib hensem.

Tergelak kecil Raja Dylan melihat tingkah Dahlia. Dikepit dagu Dahlia dan diangkat. Setelah itu, mata mereka berdua terus bersabung. Dalam sangat pandangan masing-masing seakan sedang meluahkan sesuatu.

"Awak.." Seru Dahlia seraya bermain dengan jemari Raja Dylan.

"Ya." Sahut Raja Dylan. Tatapannya masih tidak lepas dari wajah jelita Dahlia.

"Saya lapar. Jom makan?" Ajak Dahlia cuba mengalih topik. Lagipun dia memang tengah lapar. Masa majlis tadi dia sempat makan sikit saja.

Kena lah cover. Karang ada yang kata pengantin perempuan ni pelahap. Tapi kalau memang ada yang cakap macam tu.. memang Dahlia benamkan kepala orang tu dalam longkang.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now