ILYMC : 34

2.4K 156 6
                                    

Sarah melangkah masuk ke dalam kedai runcit. Ada yang ingin dia beli. Sarah terus mengorak langkah menunju ke arah tempat yang menjual ikan.

Dibelek dan ditengok ikan-ikan yang ada di situ. Nampak segar. Ini mesti baru lepas naik tadi. Lepastu ada orang hantar ke sini.

Sedang elok Sarah memilih ikan. Tiba-tiba badannya dilanggar dari belakang. Berpaling kepala Sarah memandang gerangan yang sengaja melanggarnya tadi.

Dilihat Hanani tersenyum sinis ke arahnya serta menjeling Sarah.

Bengang Sarah. Tapi dia cuba menahan sabar. Kalau tak sabar ni.. memang dia bagi ikan yang ada ni masuk dalam mulut Hanani. Biar padan mulutnya bau hanyir ikan.

"Haih.. sejak-sejak kawan kau dah kahwin dengan lelaki bandar tu. Langsung dah tak balik kampung. Lupa ke diri dia tu asal kampung?" Sinis kata-kata yang Hanani lontarkan.

Berdesing telinga Sarah mendengar itu. Dia berpaling memandang Hanani.

"Apa yang kau tak puas hati sangat dengan Lia? Oh.. aku tahu. Ini mesti sebab Lia dapat kahwin dengan lelaki kaya. Tapi kau? Tak dapat apa-apa. Zero. Kesian." Balas Sarah tak kalah sinis.

Hanani menolak isian dalam mulutnya dengan lidah. Dia turut berpaling menghadap Sarah. Selepas itu, dia gelak pura-pura.

"Apa? Aku tak dapat apa-apa?" Angguk Sarah dengan senyuman.

"Yalah. Habistu? Dah dapat yang lagi kaya dari suami Lia? Hm?" Sarah mengukirkan senyuman senget apabila melihat riak bengang yang terpeta di wajah Hanani.

Tahu sangat. Kejap lagi mesti nak meletup. Yang nak dilawannya Sarah. Silap orang kau ni.

"Kau kalau bercakap tak menyakitkan hati orang. Tak boleh?"

"Boleh. Tapi kalau orang tu adalah kau. Memang tak lah. Aku akan terus cakap yang menyakitkan hati kau. Kau je tau. Dengan orang lain aku akan cakap elok-elok." Mendengus kasar Hanani dibuatnya.

"Biar muka tak lawa. Yang penting perangai tu jangan hauk." Bidas Hanani sengaja mahu menyakitkan hati Sarah.

Mencebik bibir Sarah. Sikit pun dia tak terasa dengan ayat yang dilontarkan Hanani barusan.

"Cakap dengan cermin ek?" Sinis Sarah.

Hanani menolak isian dalam pipinya dengan lidah. Selepas itu, dia bercekak pinggang sambil berdiri menghadap Sarah yang hanya menayangkan riak biasa. Langsung tak takut.

"Pahal? Tak puas hati?" Soal Sarah dengan menaikkan sebelah alisnya.

"Kau tu yang tak puas hati dengan aku." Berkerut muka Sarah.

"Lahhhh?? Pahal pula aku yang kau tuduh tak puas hati dengan kau? Biul dah otak tu? Yang selalu cari pasal dengan kitaorang siapa? Kau kan? Sekarang ni yang langgar aku lepas tu cari pasal siapa? Kau juga. Sekarang ni siapa yang tak puas hati dengan siapa?" Soal Sarah dengan menyatakan fakta dan kebenaran.

Makin geram Hanani jadinya. Baru saja Hanani mahu menampar wajah Sarah. Sarah lebih pantas mengelak lalu menonyoh mulut Hanani dengan ikan kembung.

Hanani rasa nak termuntah dek kerana bau hanyir ikan itu. Sarah tonyoh sampai dia rasa puas. Hanani pula dah buat bunyi 'uwerk'.

Orang-orang kampung yang melihat pergaduhan ini hanya dibiarkan saja. Bukan mereka tak tahu Hanani memang suka cari pasal dengan tiga sekawan ini. Haa.. biar padan muka.

Orang-orang kampung pun turut sama merasa puas melihat adegan Sarah menonyoh mulut Hanani dengan ikan.

"Huh! Puas hati aku. Lain kali jangan cari pasal." Ujar Sarah. Dia melangkah ke arah sinki lalu mencuci tangannya.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now