ILYMC : 23

3K 155 5
                                    

Setelah seminggu di kampung, sekarang adalah waktu Dahlia mengikut Raja Dylan ke Kuala Lumpur. Mereka berdua akan pulang dengan menaiki kereta masing-masing.

Selesai saja meletakkan luggage ke dalam bonet kereta. Dahlia berjalan mendekati Puan Aminah. Tersebik bibirnya.

Dipeluk tubuh Puan Aminah setelah dekat dengan emaknya.

"Emak.." Merengek Dahlia. Berkaca mata dia.

Puan Aminah tahu yang anaknya ingin menangis. Digosok lembut belakang badan Dahlia bagaikan memujuk.

"Shh.. dah, dah. Tak payah nak menangis." Kata Puan Aminah.

Mencebik bibir Dahlia. Tu pujuk ke apa? Lebih kepada macam nak marah saja.

"Alah mak ni. Bagi lah Lia berdrama sekejap. Nanti susah dah Lia nak drama dengan mak." Balas Dahlia seraya melepaskan pelukan. Tapi tangan kanan Puan Aminah dipegang dan diusap lembut.

"Tak payah lah. Penat dah mak nak melayan drama kamu tu. Pergi ikut suami sana. Shuh, shuh." Selamba Puan Aminah menghalau anaknya.

Cemberut terus wajah Dahlia.

"Abah.. tengok mak ni." Adu Dahlia pada Encik Fahmi. Encik Fahmi sekadar menggelengkan kepala. Sekarang ni boleh lah dia 'shuh shuh' kan anak.

Bila nanti anaknya dah gerak ikut suami balik. Mula meraung. Haih.

"Biarlah mak kamu tu. Sekarang ni dia memang macam ni. Nanti kamu dah pergi mula lah emak kamu meraung, melalak dan menangis." Puan Aminah memukul bahu suaminya. Matanya dijegilkan sedikit.

Jangan lah bagitahu. Kantoi dah. Haduh. Suaminya ni pun.

Raja Dylan melihat keakraban keluarga isterinya. Mereka sangat rapat. Seminggu dia duduk di kampung, dapat dia lihat bagaimana keluarga isterinya.

Tersimpul senyuman Raja Dylan ketika memandang si isteri. Nak balik KL saja pun. Bila-bila masa boleh kampung ni. Tapi dia punya merengek macam aku ni nak bawa dia pergi jauh.

Padahal KL dengan Selangor ni tak jauh mana. Isteri lah isteri.

Setelah berbual-bual sekejap. Kini, Raja Dylan dan Dahlia akan bergerak pulang ke KL. Agak berat hati Dahlia mahu meninggalkan emak, abah dan adiknya.

Tak pernah berjauhan sejak kecil. Bila dah bersuami ni kena jauh pula. Dahlia sedar yang sekarang dia sudah ada tanggungjawab. Jadi dia harus mengikut Raja Dylan.

Dahlia mencium kekura tangan Encik Fahmi dan Puan Aminah. Selepas itu, dipeluk tubuh kedua orang tuanya. Encik Fahmi mencium tepi kepala Dahlia. Diusap belakang badan anaknya. Dia pasti akan rindu dengan dengan perempuannya ini. Rindu nak dengar celoteh Dahlia dan kerenah banyak akal Dahlia.

Puan Aminah juga pasti akan merindui satu-satunya anak perempuannya ini. Kawan gaduh, kawan bergosip, kawan memasak dan semuanya.

Seusai Dahlia menyalam dan memeluk Puan Aminah serta Encik Fahmi. Giliran Raja Dylan bersalam dengan kedua ibu bapa mertuanya.

"Jaga anak abah elok-elok. Kalau dia ada buat salah, tegur dia baik-baik. Lia tu tak boleh dibentak. Asal dibentak sikit, dia akan menangis. Nak didik sekalipun, didik dia dengan lembut. Tak semua perkara kita perlu guna kekerasan. Abah dah beri amanah pada Dylan untuk jaga anak abah. Sekarang Lia adalah tanggungjawab Dylan. Abah minta sangat supaya Dylan boleh sayang anak abah seikhlas hati Dylan. Kalau satu hari nanti Dylan dah takda perasaan dan tak sayang Lia, hantar dia balik pada abah dengan baik." Nasihat Encik Fahmi.

Sayu hati dia mahu melepaskan anak perempuannya. Tapi Encik Fahmi sedar yang Dahlia sekarang sudah bersuami. Jadi anaknya itu harus mengikut suami. Lagi pula, Dahlia bukan lagi menjadi tanggungjawabnya.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now