ILYMC : 20

3.2K 171 8
                                    

Dahlia berdiri di hadapan cermin besar sambil memerhati dirinya di pantulan cermin. Dia melihat dirinya sendiri yang memakai baju kebaya songket berwarna merah keemasan.

Tema mereka berdua hari ini. Tema tradisional Melayu. Tak sabar Dahlia nak tengok Raja Dylan yang memakai baju Melayu songket siap berkeris lagi.

Mesti kacak.

Dahlia baru saja siap dimake up kan 10 minit yang lepas. Kakak yang make up kan Dahlia pun sudah beredar. Kini, tinggal lah Dahlia seorang diri di dalam bilik.

Hari ini adalah majlis persandingannya bersama Raja Dylan selepas semalam adalah majlis nikah mereka berdua.

Hari ini, Dahlia harus pastikan yang dirinya tidak pengsan lagi seperti kemarin. Karang buat malu saja. Dahlia asyik pengsan di majlis sendiri.

Haih.

Tak lama selepas itu, Dahlia disapa dengan satu suara. Berpaling kepala Dahlia memandang gerangan yang baru saja melangkah masuk.

Ternyata Sarah.

"Ready?" Soal Sarah.

"Sampai dah ke?" Soalan dibalas soalan.

Sarah sekadar mengangguk bagi menjawab soalan Dahlia. Dibetulkan sedikit veil di atas kepala Dahlia.

"Okay? Cantik dah?" Sarah memberi dua jari thumbs-up kepada Dahlia.

"Jom." Ajak Sarah tapi langkahnya terhenti apabila Dahlia menarik lengan dia. Berpusing Sarah menghadap Dahlia semula.

"Asal?" Soalnya.

"Nervous lah. Macam mana kalau aku pengsan lagi?" Riak kerisauan jelas terpeta di wajah Dahlia.

"Hei. Jangan lah macam tu. Kau ni pun.. just calm down and relax. Kau jangan nervous sangat. Kalau rasa nervous sangat, pegang tangan suami kau tu kuat-kuat. Genggam tangan dia. Alright?" Pesan Sarah seraya menenangkan kawannya ini.

Dahlia mengemam rapat bibirnya. Dia menarik nafas dalam lali dihembus perlahan. Diulang aksi itu sebanyak tiga kali sebelum dia mengangguk yakin.

"Okay. Jom." Ajak Dahlia selari menarik tangan Sarah. Erat pegangan tangannya pada tangan Sarah bagai sedang menyalurkan rasa nervous dia pada Sarah.

Sarah membalas genggaman tangan Dahlia. Diusap sekejap kekura tangan Dahlia. Dia tahu yang Dahlia tersangat lah nervous sekarang ini. Sarah berharap dan berdoa supaya kejadian semalam, tidak terulang untuk hari ni.

Sesampai saja Dahlia di luar rumah, bunyi kompang mula berbunyi. Dari jauh Dahlia sudah dapat melihat perarakan dari keluarga suaminya yang sedang berjalan ke arah rumahnya.

Terbit senyuman nipis tatkala dia dapat melihat ketampanan sang suami dalam memakai baju Melayu songket.

Tiba-tiba, dia teringat masa mereka di butik. Raja Dylan langsung tak membantah dengan pilihan dia. Kata Raja Dylan, setiap pilihan yang dibuat Dahlia adalah yang terbaik. Dia percayakan Dahlia.

Betul seperti bayangan Dahlia. Raja Dylan memang segak apabila memakai baju Melayu songket ini. Apa lagi warna merah keemasan tersebut sangat lah sesuai dengan warna kulit Raja Dylan.

Setelah itu, dia teringat pula kejadian pagi tadi semasa mereka solat subuh bersama. Dahlia dapat morning kisa dari suami kacak dia ini.

Pagi-pagi dah buat Dahlia cair. Macam mana lah tak tergolek-golek hati Dahlia? Memang bergetar jiwa raga Dahlia pagi tadi. Dah lah Raja Dylan memakai kain pelikat dan baju T hitam.

Lelaki idaman sangat. Dahlia rasa macam nak menjerit kata 'SUAMI AKU HENSEM PAKAI KAIN PELIKAT!'.

Teman cair woi. Haduh..

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now