ILYMC : 26

2.6K 144 14
                                    

Melilau mata Raja Dylan mencari susuk tubuh wanita kesayangannya. Di bilik tidur tiada, di library tiada, di ruang tamu tiada dan di dapur pun sama tiada.

Selalunya Dahlia akan berada di empat tempat ini. Tapi sekarang takda. Ke mana pula isteri dia ini pergi? Menggaru kepala Raja Dylan. Penat dah dia ingin mencari isterinya di dalam rumah.

Siapa suruh beli rumah besar gedabak? Kan dah penat. Cari isteri pun tak jumpa. Padan muka.

Mengeluh Raja Dylan. Selepas itu, langkahnya dibawa berjalan masuk ke dalam dapur dan membuka pintu peti ais. Diambil botol kaca yang berisi air kosong lalu diambil gelas dan dituang air ke dalam gelas.

Sesudah itu, Raja Dylan meletakan semula botol kaca tadi ke dalam peti ais dan ditutup pintu peti ais. Gelas tadi didekatkan dengan bibirnya lalu diminum.

Terasa lega tekaknya apabila air tadi mula mengalir ke dalam kerongkongnya.

Tak lama selepas itu, kepalanya terkalih memandang pintu dapur apabila ada seseorang yang baru saja masuk. Ternyata Dahlia.

"Sayang." Panggil Raja Dylan. Gelas yang dipegang tadi diletakkan di atas kabinet dapur.

Segera langkahnya dibawa mendekati Dahlia. Dahlia memalingkan kepalanya memandang suaminya. Terbit senyuman manis Dahlia tatkala melihat suami kacaknya ini.

"Hai, abang. Dah siap buat kerja?" Sapa Dahlia semula seraya bertanya. Pintu dapur ditutup dan dikunci dengan Dahlia.

Setelah itu, Dahlia berpusing menghadap suaminya. Dia berdiri tegak di hadapan Raja Dylan sambil bibirnya tetap menguntumkan senyuman manis buat sang suami.

"Sayang dari mana?" Soal Raja Dylan ingin tahu.

"Dari belakang." Jawab Dahlia ringkas.

"Buat apa?" Soal Raja Dylan lagi.

"Sayang.. menanam." Berkerut dahi Raja Dylan mendengar jawapan isterinya. Menanam?

"Sayang tanam apa? Ada benih ke?" Pelik Raja Dylan melihat isterinya. Ada benih pokok ke dekat dalam rumah ni?

"Ada. Masa kita balik KL ni, abah ada bagi sayang benih cili. Itu yang sayang tanam. Tak boleh ke?" Terangkat kedua alis Raja Dylan mendengar itu.

Selepas itu, Raja Dylan menarik tangan isterinya untuk mendekat dengan dirinya. Dekat saja Dahlia terus dipeluk tubuh kecil sang isteri. Diusap belakang kepala Dahlia dengan penuh kasih sayang.

"Siapa pula kata tak boleh? Sayang nak menanam, sayang buat je. Abang tak kisah. Benih cili je ke abah bagi?" Mengangguk Dahlia selari mendongak merenung suaminya dari bawah.

Tersenyum nipis Raja Dylan tatkala memandang wajah cantik isterinya. Dikucup dahi Dahlia.

"Cantiknya." Puji Raja Dylan. Dah banyak kali dia puji isterinya cantik, tapi isteri dia memang cantik.

Tak pernah Raja Dylan merasa puas atau jemu setiap kali merenung wajah Dahlia. Bila Dahlia ada depan mata ni, mata Raja Dylan selalu terpukau untuk terus merenung segenap wajah manis Dahlia.

Bila Dahlia tiada di depan mata, mula lah hati dia dihurung dengan rasa rindu yang berpanjangan.

"Kenapa pandang sayang? Rindu ek?" Dahlia mencuit hidung suaminya sembari tergelak kecil.

"Hm. Rindu sangat. Dah berapa jam tak tengok sayang. Tadi satu rumah ni abang cari sayang. Tapi tak jumpa. Rupanya sayang dekat belakang. Haih. Biasa ni. Nak abang babap ke?" Makin galak Dahlia ketawa apabila mendengar kata babap.

"Alolo.. rindu ite upenya. Ingat tak rindu. Satu hari dalam bilik kerja. Sayang bosan. Sebab tu lah sayang tanam pokok cili tadi. Lepastu sayang kemas-kemas sikit." Cerita Dahlia. Dipeluk tubuh suaminya dengan erat.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now