ILYMC : 35

2.3K 154 9
                                    

High Luxury

Dahlia diam di dalam dakapan hangat suaminya. Mereka sudah berada di dalam bilik pejabat Raja Dylan. Mendongak kepala Dahlia merenung suaminya dari bawah. Mereka berdua lagi duduk di atas sofa.

Dari tadi Raja Dylan meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana Natasha melayan Dahlia dengan kasar.

Dahlia pula setia mengusap dada kekar suaminya. Dia mahu meredakan kemarahan Raja Dylan. Seram pula dia tengok Raja Dylan marah-marah macam ni.

"Dah lah tu. Biarlah dia. Mungkin dia tak cam lagi. Lagipun sayang kan bukan selalu datang sini. Mana tahu dekat gambar lain. Real life lain." Pujuk Dahlia. Lembut.

"Lain macam mana sayang?" Soal Raja Dylan seakan tidak berpuas hati.

"Lain lah. Mungkin.. dalam gambar kurang cantik. Tapi bila real life terlebih cantik. Kan?" Tergelak perlahan Dahlia selepas menuturkan ayatnya.

Memincing mata Raja Dylan merenung wajah sang isteri yang masih ketawa. Nakal betul.

"Eee.. nakalnya isteri abang ni." Sehabis itu, terus dicium-cium seluruh wajah Dahlia. Mengekek ketawa Dahlia.

"Dah. S-stoppp.." Arah Dahlia dengan masih ketawa. Suka dia jadinya bila suaminya asyik menciumnya sekarang. Ini pertanda bahawa Raja Dylan sudah pun terpujuk.

Selepas beberapa minit, Raja Dylan menghentikan ciumannya bila dirasa sudah pun puas mencium dan menggomol pipi Dahlia. Geram.

Tercungap-cungap Dahlia. Dahlia sampai duduk bersandar di sofa. Dia surrender.

"Puas abang. Nakal lagi." Kata Raja Dylan sembari mencuit puncak hidung Dahlia.

Tersengih lebar Dahlia. Sejurus itu, dia terus memeluk lengan sasa si suami. Kepalanya dilentokkan di atas bahu Raja Dylan.

"Abang.. jom dating." Ajak Dahlia. Dah lama nak ajak Raja Dylan keluar dating. Tapi asyik tak kesampaian saja kerana Raja Dylan selalu sibuk.

"Sayang nak dating pergi mana?" Raja Dylan meletakkan kepalanya di atas kepala Dahlia. Sesekali dia mencium sedikit bauan rambut Dahlia.

"Mana-mana je. Asalkan dengan abang." Jawab Dahlia selari mendongak dan menyandarkan dagunya di bahu Raja Dylan.

"Kita pergi mall. Tengok wayang ke? Makan-makan? Atau pun buat something yang sayang suka?" Bersinar mata Dahlia saat mendengar kata 'wayang'. Dia dah lama tak tengok wayang.

"Kita tengok wayang lah. Ada cerita baru keluar."

"Movie apa sayang?"

"Movie hantu. Tajuk nya Pemandi Jenazah. Nak tengok? Sayang ada baca review pasal movie tu. Semua cakap best and seram. Kita tengok movie tu eh?" Beria Dahlia mengajak Raja Dylan.

Dahlia memang penggemar cerita-cerita seram. Dulu dia selalu pergi tengok wayang dengan Sarah dan Tiara untuk menonton movie seram yang baru keluar. Kalau bukan dengan diaorang berdua. Danish lah menjadi mangsa keadaan. Walhal budak tu takut dengan benda-benda seram serta mistik macam ni.

"Sayang tak takut ke tengok movie seram?" Menggeleng kepala Dahlia.

"Kenapa tak?" Soal Raja Dylan lagi.

"Sebab tu movie je. Lagipun dari movie macam ni lah boleh dapat pengajaran juga. Jangan tengok kosong je pastu tak ambil pengajaran sesebuah penceritaan tu." Jelas Dahlia dengan ringkas dan mudah difahami.

Lagi pula nak buat apa rasa takut kan? Itu movie saja. Bukan betul pun walaupun di dunia nyata ada terjadi. Kadang-kadang movie ni pengarah tu buat based on true story.

Jadi ambil lah pengajaran yang ingin disampaikan dari movie tu. Bukannya dok kalut takut.. takut. Haih..

Tersenyum Raja Dylan apabila mendengar kata-kata dari sang isteri. Bijak betul. Sejurus itu, Raja Dylan mencium bibir Dahlia. Hanya sekejap.

Terkedip-kedip mata Dahlia. Dia tak faham. Kenapa Raja Dylan cium dia? Tapi dalam masa yang sama, pipi dia mula bertukar warna. Merah. Malu tapi mahu.

"Bijaknya isteri abang. Makin jatuh cinta lah abang dengan awak sayang. I love you, my beautiful beautiful beautiful angel." Makin bersemu merah pipi Dahlia apabila mendengar luahan cinta Raja Dylan.

Melting nya!!! Tolong!!! Ambulans tolong ambil Dahlia bawa pergi hospital. Dahlia dah kurang oksigen ni. Dahlia perlukan oksigen sekarang.

Tak dapat Dahlia sorokkan senyuman manisnya itu. Semakin jelas dan ketara pipi Dahlia yang merah dan naik membentuk bulat. Apple cheeks!

"Hahahaha.. sayang cinta abang juga." Balas Dahlia selari memeluk suaminya dengan erat.

~~~~~~~~~~

Dahlia bermain dengan jemari Raja Dylan. Dipandang wajah suaminya dari sisi yang sedang elok memandu. Wuu.. segak nau.

"Tengok-tengok. Nak abang terkam ke?" Tersentak Dahlia saat ditegur oleh Raja Dylan.

"Tak nak. Cuma.. abang hensem sangat. Nampak wow. Maskulin gitu." Balas Dahlia sambil menayangkan reaksi nakal.

Bibir bawahnya sengaja digigit sedikit. Saja nak menggoda suaminya. Berdehem Raja Dylan apabila melihat tindakan si isteri. Tergelak perlahan Dahlia.

"Mentang-mentang abang tengah drive. Awak saja nak goda abang kan? Kalau macam tu.. kita balik je lah. Tak payah tengok wayang." Laju kepala Dahlia memandang suaminya. Kenapa pula balik?

"Kenapa balik? Tak nak balik. Nak tengok movie." Kata Dahlia seraya mencebik sedikit.

"Abang nak gomol sayang. Geram sangat. Suka sangat buat muka comel macam tu." Ujar Raja Dylan sembari mengusap paha Dahlia dengan gerakan sensual.

Apa Dahlia ingat cuma Dahlia saja yang boleh menggoda? Raja Dylan pun boleh. Lagi mengancam dia bagi.

Menelan air liur Dahlia apabila melihat tangan besar suaminya yang sedang mengusap pahanya. Dahlia dah lah pakai skirt satin. Dari awal lagi Raja Dylan tahan diri nak pegang dan usap paha Dahlia. Kali ini, dapat juga.

Semakin lama gerakan tangan Raja Dylan di pahanya semakin naik. Baru saja tangan Raja Dylan mahu menyentuh bahagian sensitif Dahlia. Dahlia dengan pantas memegang dan menahan tangan suaminya.

"Abang. Kita dalam kereta." Ish. Kita goda dia sikit-sikit saja. Sampai dekat dia.. mengancam betul godaannya. Lemah lutut Dahlia dibuatnya.

Terlepas tawa Raja Dylan. Tadi kemain goda orang. Bila kita balas semula, tahu pula gelabah. Itu baru sikit cik adik kesayangan intan payung abang..

"Abang tahu. Saja nak balas." Kata Raja Dylan selamba.

Memincing mata Dahlia merenung sisi wajah suaminya. Saja? Balas? Ish!

Tanpa kata, Dahlia menaikkan sedikit badannya lalu dicium pipi kiri Raja Dylan. Sebelah tangannya menahan kepala Raja Dylan agar tidak bergerak atau menjauh.

Terkejut Raja Dylan dengan tindakan berani mati isterinya. Setelah itu, Dahlia menjauhkan bibirnya dari pipi sang suami. Tersenyum puas Dahlia apabila melihat ada bekas lipstick di pipi Raja Dylan.

"Ini tanda. Tanda yang abang hak sayang." Tutur Dahlia selari mengusap lembut pipi suaminya. Dia kembali duduk di tempatnya semula.

Perlahan-lahan Raja Dylan menoleh memandang isterinya. Dahlia menguntumkan senyuman manis buat sang suami. Setelah itu, dia membuang muka melihat pemandangan luar.

Raja Dylan masih terpinga-pinga dengan tindakan isterinya tadi. Sekejap-sekejap matanya memandang jalan dan beralih memandang Dahlia. Silih ganti.


Tbc..

Haaa! Senyum sorang eh?👵🏻

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now