ILYMC : 06

2.8K 169 10
                                    

"Dahlia Zenia." Satu nama yang mampu menggetarkan hati dan jiwa lelaki Raja Dylan.

Sudah tiga hari dia balik ke Kuala Lumpur. Dan selama tiga hari juga, hanya nama 'Dahlia Zenia' yang meniti di bibirnya. Tiada nama lain.

Dan tak pernah lagi ada nama perempuan lain yang meniti di bibir Raja Dylan. Ini adalah kali pertama.

"Apa kau dah buat dekat aku ni Dahlia?" Gumam Raja Dylan seorang diri.

Angin malam yang menerpa, dibiarkan saja. Matanya dibawa memandang langit dan bintang malam. Langit pada malam ini nampak tenang saja. Seakan mengetahui perasaannya yang sekarang.

Perasaan yang hanya ada tentang Dahlia. Perasaan tenang setiap kali berfikir tentang Dahlia. Perasaan yang tenang setiap kali terbayang senyuman manis Dahlia. Perasaan yang tenang setiap kali terbayang wajah jelita dan manis si cantik Dahlia.

Semuanya angkara Dahlia. Bukan perempuan lain. Hanya Dahlia.

Tiba-tiba, bahu Raja Dylan ditepuk dari belakang. Berpaling kepala Raja Dylan memandang gerangan yang baru saja menepuk bahunya.

Ternyata Puan Sri Hasrita.

Terukir senyuman di bibir Raja Dylan. Didekap bonda nya dari tepi. Cuaca malam ini sangat sejuk. Tapi dia pula duduk dekat balkoni. Saja. Dapat tengok langit malam dan bintang yang cantik dan bersinar pun dah bahagia.

Sama rasa bahagia seperti dia teringat tentang Dahlia.

"Termenungkan apa ni?" Soal Puan Sri Hasrita. Saja lah nak tahu. Mana lah tahu anak bujangnya yang seorang ini mahu berkongsi.

"Takda termenungkan apa-apa pun bonda. Bonda tak tidur lagi?" Dikucup sekejap tepi kepala bonda nya.

"Bonda terbangun sebab nak minum. Haus pula rasa tekak ni. Bila bonda turun, bonda tengok pintu balkoni ni terbuka. Itu yang bonda ke sini." Beritahu Puan Sri Hasrita jujur.

Diusap lembut tangan kekar anaknya. Mendongak kepala Puan Sri Hasrita memandang wajah Raja Dylan.

"Boleh bonda nak cakap sikit?" Pinta Puan Sri Hasrita.

Mengangguk perlahan Raja Dylan membenarkan bonda nya bertanya.

"Kamu takda calon isteri lagi kan?" Menggeleng kepala Raja Dylan.

"Kalau bonda kenalkan kamu dengan anak kawan bonda, kamu nak?" Terkaku Raja Dylan mendengar bicara Puan Sri Hasrita barusan.

"Apa ni bonda? Tak nak lah. Dylan tak bersedia lagi. Pasal jodoh ni.. insyaAllah, akan ada. Cepat atau lambat pasti Allah akan bagi juga. Tak perlu lah sampai bonda kena cari calon isteri untuk Dylan." Raja Dylan menolak tidak mahu.

Pelukan Raja Dylan pada bonda nya turut dilepaskan. Dibawa kedua tangannya memeluk tubuhnya sendiri.

"Bonda berkenan sangat dengan anak kawan bonda tu. Dylan cuba lah kenal dulu. Kalau Dylan suka, kita boleh ke step yang seterusnya. Tapi kalau Dylan tak suka, bonda tak paksa. Kenal dulu ya? Boleh? Bonda merayu sangat." Raja Dylan memandang wajah bonda nya.

Kalau dah sampai ke tahap merayu macam ni. Memang Raja Dylan cepat beralah lah. Tak sanggup nak tengok dan biarkan Puan Sri Hasrita merayu pada dia. Dia anak, tapi sanggup nak tengok bonda nya merayu.

Mengeluh Raja Dylan. Wajahnya diraup sekejap. Rambutnya pula dibawa ke belakang.

"Okay." Jawabnya ringkas.

Terukir senyuman manis Puan Sri Hasrita. Tak sabar nak kenalkan Raja Dylan dengan Dahlia.

"Alhamdulillah. Terima kasih anak bonda." Dibelai kedua pipi Raja Dylan.

I Love You, Miss Cupcake [C]On viuen les histories. Descobreix ara