ILYMC : 28

2.5K 155 9
                                    

High Luxury

Setelah dua minggu Raja Dylan bercuti. Hari ini, dia kembali masuk ke office.

'Tok tok tok'

Pintu bilik kerjanya diketuk dari luar. Melaung suara Raja Dylan memberi izin untuk masuk. Terbuka pintu bilik pejabatnya tatkala dibuka seseorang.

Raja Dylan mengangkat wajahnya dari terus menunduk memandang fail. Kelihatan Juwita melangkah masuk ke dalam ruangan bilik kerjanya berserta dengan senyuman manis.

"Hai, Dylan." Tegur Juwita dengan mesra.

"Hai." Balas Raja Dylan mendatar.

Tanpa disuruh, Juwita dengan selamba melabuhkan duduknya di atas kerusi yang berhadapan dengan Raja Dylan. Riak wajahnya masih kekal tersenyum dan langsung tidak gerun dengan reaksi yang dilemparkan Raja Dylan buat dirinya.

"Lama you cuti. You pergi mana? Azli cakap you cuti sebab ada urusan family. Holiday?" Tebak Juwita. Tapi tebakannya sangat lah salah.

Dia memang bercuti sebab urusan keluarga. Tapi bukan 'holiday' seperti sangkaan Juwita. Holiday disebabkan benda lain. Holiday yang cukup membahagiakan Raja Dylan.

"Hm. But not that 'holiday'." Balas Raja Dylan. Sengaja ditekan perkataan holiday tersebut.

"Not that holiday? What do you means?" Soal Juwita ingin tahu.

"Aku cuti kahwin." Jujur Raja Dylan tanpa bengkang-bengkok.

Terdiam kaku Juwita mendengar perkara tersebut. Cuti kahwin? Jadi selama ni Raja Dylan sudah pun bernikah? Dengan perempuan lain?

Bukan sebelum ni Raja Dylan kata dia baru saja bertunang?

"Ce-cepatnya. You tak rasa awal sangat ke? Y-you dah lama kenal dengan wife you?" Rasa berat mulutnya ingin bertanya tentang berkenaan isteri Raja Dylan.

"Alhamdulillah. Bercinta selepas menikah lebih bahagia. Aku dan isteri aku saling mengenali selepas menikah." Jawab Raja Dylan seraya tersimpul senyuman kecil.

Terpana Juwita melihatkan senyuman Raja Dylan. Tidak pernah dia melihat senyuman Raja Dylan. Walaupun sekadar senyuman nipis.

Raja Dylan selalu menayangkan riak beku pada dia. Susah sekali Juwita ingin melihat jejaka ini tersenyum begini.

Tapi senyuman itu.. bukan kerananya melainkan senyuman itu kerana wanita lain. Isteri Raja Dylan yang mampu membuat jejaka dingin ini tersenyum.

Sakit hati Juwita. Terasa bagaikan ditusuk-tusuk menggunakan pisau yang tajam. Hatinya seperti dilumat hancur tanpa ada satu pun yang tersisa.

"Bi-bila you nikah?" Soalnya lagi.

"Dah dua minggu aku nikah. Ni kau nak apa datang sini?" Jawab Raja Dylan selari menukar topik.

Dia agak kurang senang untuk bercakap tentang rumah tangganya. Kebahagiaan yang dikecapi selepas menikah ini, biarlah dia saja yang tahu bagaimana rasanya. Hanya Raja Dylan dan Dahlia.

"Oh. I.. i nak ajak you lunch. You free?" Ceria wajah Juwita. Bahkan Raja Dylan dapat melihat wajah yang penuh berharap dari Juwita.

"No. Aku ada kerja. Lagipun nanti isteri aku datang bawa bekal lunch untuk aku." Balas Raja Dylan tanpa ada rasa bersalah apabila melihatkan wajah mendung Juwita.

Bagi Raja Dylan, Dahlia keutamaan dia. Dahlia isteri dia. Hati dan perasaan isterinya lebih utama berbanding Juwita yang entah siapa-siapa ini. Langsung takda kena-mengena dalam hidupnya. Hanya sekadar kenalan biasa sahaja yang tanpa diduga menjadi rapat.

I Love You, Miss Cupcake [C]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon