ILYMC : 15

2.7K 168 16
                                    

Riuh kafe Dahlia, Sarah dan Tiara apabila datangnya tiga sekawan iaitu Raja Dylan, Fahrin dan Emir.

Kafe tak buka hari ni. Tapi mereka terpaksa buka sebab Fahrin suruh. Dengan malas dan dalam keterpaksaan, mereka bertiga buka juga.

Tapi buka pun diaorang saja lah yang datang. Orang lain tak. Tiga orang ni saja pelanggan.

"Eii.. awak ni kenapa? Nak saya bunuh awak ke?" Marah Tiara pada Fahrin.

Dari tadi Fahrin mengacau Tiara. Bila Tiara tolak Fahrin, Fahrin tolak Tiara semula. Lepastu mula bertikam lidah.

"Ha bunuh lah. Bunuh, bunuh, bunuh." Ha sudah main bunuh pula.

"Saya cucuk awak pakai garfu ni karang, Fahrin!" Ditarik rambut Fahrin.

"Aw! Hei kau.. wah.. berani kau tarik rambut cantik aku." Fahrin membetulkan rambutnya.

"Rambut pun macam lipan. Cantik apa macam tu? Saya tengok macam orang bangla dah." Kutuk Tiara selamba.

Kisah pula dia. Nak gaduh sangat kan.. ha meh kita gaduh.

Tercengang Fahrin bila dikata macam orang bangla. Dia punya lah hensem. Kalau perempuan tengok dia sampai ternganga siap ada yang terkeluar air liur. Tapi sampai dekat Tiara jadi lain.

Dipanggilnya aku macam orang bangla? Lebih dah ni.

"Kau tu dah macam orang kemboja." Kutuk Fahrin balik.

"Saya memang ada mix kemboja pun. Belah ayah saya. Kenapa? Nak kutuk?" Terdiam Fahrin.

Alamak. Salah target.

"T-takda. Patut lawa." Ceh.. dia counter semula cakap lawa tu.

"Korang ni.. gaduh-gaduh kang nanti kahwin." Kata Sarah yang baru saja keluar dari dapur bersama Dahlia di belakang.

"Tak nak!" Jawab Tiara dan Fahrin serentak.

Selepas itu, mereka berdua saling berpandangan sebelum Tiara menjulurkan lidahnya mengejek Fahrin. Mendengus kasar Fahrin.

Berpusing Fahrin yang hendak berlalu pergi dan mendekati yang lain. Tapi, Tiara lebih pantas memotong jalan Fahrin.

Brek mengejut Fahrin. Nasib tak terlanggar Tiara.

"Nah." Sarah meletakkan makanan yang dipesan mereka bertiga di atas meja.

Fahrin dan Emir lah yang pesan banyak. Nak nasi putih. Lauk ikan siakap tiga rasa, kangkung belacan dan telur dadar. Raja Dylan pula hanya diam.

Dia tahu yang hari ni tunangnya tidak membuka kafe. Raja Dylan dah ajak ke tempat makan yang lain. Tapi si budak Fahrin ni degil. Raja Dylan tak nak menyusahkan Dahlia.

"Ni awak punya." Dahlia meletakkan nasi goreng kampung dan sup daging di hadapan Raja Dylan.

Padahal Raja Dylan tak order. Tapi Dahlia tetap masakkan untuk dia.

Dipandang sisi wajah Dahlia dengan pandangan yang penuh cinta. Terbit senyuman di bibirnya.

"Tapi saya tak order." Kata Raja Dylan.

"Memang lah. Tapi takkan lah saya ni sampai hati biarkan awak tak makan. Ni saya masak special untuk awak. Lepastu.. sup daging ni khas untuk awak je. Fahrin dan Emir takda. Sebab diaorang tak special. Macam awak special di hati saya." Terang Dahlia sambil menarik sup daging yang dibuat.

Fahrin yang baru saja hendak mengambil sedikit sup daging Raja Dylan, terhenti perlakuannya. Dipandang Dahlia yang mencerlung tajam ke arah dia.

Mencebik bibir Fahrin. Nak sikit pun tak oyeh. Hmph! Fahrin kembali duduk.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now