ILYMC : 59

2K 151 14
                                    

Dahlia melepaskan nafas berat apabila melihat suaminya ralit memilih baju bayi. Wajah Raja Dylan sangat gembira. Sejak dari Dahlia memberitahu tentang dia mengandung pagi tadi.

Senyuman Raja Dylan tidak luntur sama sekali. Bibir tu asyik menguntumkan senyuman manis.

Selepas itu, Raja Dylan dengan semangat mengajak isterinya ke kedai menjual barang bayi untuk membeli barang kelengkapan bakal anak mereka. Padahal, perut Dahlia belum ada bentuk lagi.

Tapi Raja Dylan dengan semangatnya mengajak. Tak sampai hati Dahlia hendak menegur.

"Sayang, tengok ni. Cantik kan baju baby yang abang pegang ni?" Melebar bibir Dahlia tersenyum. Dia angguk saja.

Sudah sejam mereka di dalam kedai menjual barang bayi. Antusias Raja Dylan memilih barang.

"Abang, dah lah tu. Kita dah sejam dekat dalam ni. Perut sayang ni tak nampak lagi. Kita pun tak tahu baby boy or girl. Kalau nak beli, beli sikit je. Baju pun ambil sehelai atau dua helai je. Banyak-banyak nanti membazir. Baby yang baru lahir pun cepat membesar." Tegur Dahlia supaya suaminya berhenti dari terus mengambil banyak lagi barang.

Dia pun ikut kan mahu saja ambil dan ikut memilih. Tapi dia ingat. Baby baru lahir memang akan cepat membesar. Kalau beli banyak nanti membazir. Kalau nak beli baju yang cantik-cantik, tunggu baby dah besar sikit. Baru lah boleh beli banyak.

"Beli lah dulu. Nanti semua ni design ni habis. Kalau kita datang lagi, dah takda. Abang suka." Berkeras Raja Dylan mahu membeli juga.

"No. Abang pilih yang betul-betul abang nak. Tapi ambil sehelai atau dua helai saja. Design ni semua yang akan datang, lagi lawa dari yang sekarang. Percaya cakap sayang." Tegah Dahlia tetap tidak memberi izin kepada suaminya.

"Sayang.." Meleret manja Raja Dylan. Dibuat juga wajah comel. Mohon lah cair wahai isteri.

"Abang." Tegas suara Dahlia. Riak muka pun serius saja.

Dalam keadaan keterpaksaan, Raja Dylan meletakkan semula baju-baju baby yang dipilih sambil menatap wajah isterinya dengan membuat bibir sebik kerana mahu meminta simpati.

Tapi Dahlia tetap dengan wajah serius. Kosong dan mendatar. Dia tak boleh nak senyum-senyum walaupun dia memang nak senyum bila tengok reaksi wajah suaminya.

Comel.

"Abang ambil tiga helai ni. Tiga je sayang. Tak lebih. Boleh eh?" Raja Dylan menunjuk tiga helai baju baby yang dipegang kepada Dahlia.

Mahu saja Dahlia kata tidak. Tapi tak sampai hati bila melihat wajah yang penuh harapan suaminya itu. Akhirnya, Dahlia angguk saja membenarkan.

"Yes. Thank you, love." Ucap Raja Dylan dengan penuh semangat dan teruja.

Selepas itu, mereka berdua bergerak ke kaunter untuk membuat pembayaran. Dahlia setia mengekori suaminya.

Selesai saja membayar, Raja Dylan mengenggam tangan isterinya dan mereka berdua berlalu keluar dari kedai menjual barang baby.

"Sayang nak makan?" Tanya Raja Dylan kerana dari tadi mereka tidak makan lagi. Hanya sarapan sahaja sebelum mereka berdua keluar dari rumah.

"Nak. Abang nak makan apa?"

"Sayang mengidam nak makan apa? Sayang cakap je. Insya-Allah, abang tunaikan." Raja Dylan mengerling wajah isterinya sambil mereka berdua terus berjalan.

Dahlia memuncungkan bibir dan digerakkan ke kanan dan ke kiri. Gayanya seakan sedang berfikir. Terbit senyuman Raja Dylan melihat reaksi isterinya. Cantik. Sangat cantik.

"Mee kari. Sayang nak makan mee kari. Boleh tak abang?" Tanya Dahlia meminta izin.

Raja Dylan menghentikan langkahnya. Dahlia turut sama ikut. Berpaling Raja Dylan menghadap sepenuhnya memandang si isteri.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now