ILYMC : 51

2.3K 133 5
                                    

High Luxury

'Tok tok tok'

Melaung Raja Dylan memberi izin kepada si pengetuk untuk masuk ke dalam bilik kerjanya.

Dilihat Azli yang membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam sambil di tangannya ada sebuah fail berwarna coklat.

"Nah, Tuan Raja." Azli menghulurkan fail tersebut kepada Raja Dylan.

Raja Dylan mengambil dan dibuka untuk dibaca dan diteliti segala isian di dalam. Mendengus kasar Raja Dylan melihat semua maklumat yang ada. Banyak salah.

"Kerja apa ni? Ini kerja ke menconteng?" Tanya Raja Dylan dengan tegas.

Dipandang mendatar wajah Azli yang berdiri di hadapannya. Azli pula hanya menayangkan riak biasa. Sebab itu bukan kerja dia. Kerja budak-budak HR.

Dan lagi satu, Raja Dylan sendiri yang mahu check. Raja Dylan tidak menyuruh dia yang check dahulu. Raja Dylan memang seperti ini. Orangnya sangat tegas dalam kerja. Apa lagi melibatkan sesebuah projek yang dapat menguntungkan sebanyak berjuta-juta.

"Aku nak kau hantar balik fail ni pada Lina. Suruh dia buat semua semula. Kerja cincai. Macam budak bodoh punya kerja." Kutuk Raja Dylan selamba sambil mencampak kasar fail yang dipegang ke atas meja kerjanya.

"Baik, Tuan Raja. Hmm.. lagi satu. Lusa Tuan Raja akan ke Sabah sebab Tuan Raja harus pantau site kerja di sana." Beritahu Azli.

Laju mata Raja Dylan mencari wajah Azli. Lusa? Sabah?

"Berapa hari?" Soalnya.

"Satu minggu." Jawab Azli.

"What? Seminggu?" Berkerut dahi Raja Dylan menyoal. Ini bermakna.. dia harus berjauhan dengan isterinya selama seminggu? No! BIG NO!

Mana boleh seminggu.

Eh? Sebelum ni boleh saja. Bukan setakat satu minggu. Sebulan pun kau okay kalau pergi outstation. Sekarang pula yang mengada. Hm.

"Apa pasal sampai seminggu?" Tanyanya lagi.

"Mana lah saya tahu. Itu kirija Tuan Raja. Bukan kirija saya." Bersahaja Azli membalas sebegitu.

Memincing mata Raja Dylan merenung Azli. Bengang. Azli ni kalau tak menjawab dengan jawapan yang menyakitkan hati. Memang tak boleh agaknya.

"Untuk dua bulan gaji kau, aku potong." Kata Raja Dylan sembari menyambung membuat kerjanya semula.

Terbeliak mata Azli mendengarkan itu. Mana boleh. Tak aci. Main potong-potong gaji pula. Mentang-mentang lah dia bos. Wah.. ini tidak adil.

"Mana boleh macam tu, Tuan Raja. Ini namanya melanggar hak asasi pekerja." Kita kena lawan. Bos tak bos. Peduli pula si Azli tu.

"Itukan gaji kau. Bukan gaji aku." Bidas Raja Dylan bersahaja. Langsung tiada reaksi di wajahnya.

Mendengus Azli. Dia yang kena pergi oustation. Gaji aku yang kena potong. Kurang didikan sivik punya bos betul lah. Hish!

Tanpa berkata apa, Azli terus melangkah keluar dari bilik kerja Raja Dylan sambil menghentakkan kakinya sebagai tanda protes.

"Hentak lagi kuat. Biar patah terus kaki kau." Kata Raja Dylan. Saja ingin memprovok.

Azli apa lagi. Memang dia buat betul lah. Dia hentak kakinya lagi kuat. Dengan muka masam mencuka. Dah macam anak baru lepas kena marah dengan bapak sebab tak dapat aiskrim gayanya.

Menggeleng kepala Raja Dylan dengan kelakuan pekerja dia yang seorang ini.

Tak lama selepas itu, telefon Raja Dylan berdering. Lantas Raja Dylan mencapai handphone nya untuk melihat gerangan yang menelefon. Ternyata belahan hati dia.

I Love You, Miss Cupcake [C]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora