ILYMC : 09

2.7K 189 16
                                    

Raja Dylan melangkah keluar dari kereta BMW 5 Series miliknya. Dia menggaru hujung kening kirinya apabila dia cam jalan yang mereka lalui.

Ini adalah kampung di mana projek resort nya bakal dibina.

Di hadapannya ini pula ada sebuah rumah kayu tapi gaya moden. Agak besar lah juga. Nampak mewah walaupun sekadar rumah kayu.

Tak lama kemudian, keluar lah pemilik rumah ini dari dalam rumah. Lagi terkejut apabila dia melihat Encik Fahmi.

Encik Fahmi pemilik rumah ini ke? Dengan anak Encik Fahmi ke yang bonda nya bakal jodohkan pada dia?

Dahlia? Gadis itu adalah Dahlia Zenia ke?

Gadis yang telah membuat hati dan jiwanya sengsara menahan rasa debaran degupan jantung yang laju setiap kali nama Dahlia meniti di bibir.

Boleh ke dia kata yang Dahlia sudah pun mencuri hatinya?

"Ini lah anak bujang aku. Raja Dylan Zayder namanya." Tersentak Raja Dylan apabila tangan kanannya ditarik bonda nya.

Kini, dia berdiri betul-betul di hadapan Encik Fahmi dan Puan Aminah. Terbit senyuman tipis di bibirnya.

"Tuan Raja?" Terkejut Encik Fahmi melihat Raja Dylan.

Raja Dylan ini kah yang dikatakan isterinya? Yang mahu dijodohkan dengan anak mereka, Dahlia?

Tak berkedip mata Encik Fahmi merenung wajah tampan Raja Dylan. Lidahnya kelu hendak berbicara.

"Kenal ke?" Soal Tan Sri Raja Darian apabila dilihat seakan Encik Fahmi mengenal anaknya.

Yang lain pun sudah mengerutkan dahi masing-masing dan menunggu jawapan di antara mereka berdua.

Raja Dylan berdehem sekejap sebelum menghulurkan tangan kanannya untuk bersalam dengan Encik Fahmi. Huluran tangan Raja Dylan disambut dengan Encik Fahmi.

Menunduk Raja Dylan menyalam tangan Encik Fahmi. Penuh hormat dilakukannya. Selepas itu, Raja Dylan mengangkat wajahnya dan diberikan senyuman nipis.

"Em.. Dylan ada projek dekat kampung ni. Projek resort yang Dylan cakap pada baba. Jadi, Encik Fahmi ni ada lah orang terpenting juga dalam projek Dylan yang Dylan lantik untuk uruskan dan menjadi mata-mata buat Dylan." Jelas Raja Dylan pada ahli keluarganya serta Puan Aminah.

Nampak sangat muka bingung semuanya tu. Haha.

"Oh.." Membulat bibir masing-masing. Ada juga yang mengangguk seperti burung belatuk.

"Eh. Masuk lah. Ada pula kita bersembang depan pintu ni. Maaf lah tak jemput masuk awal-awal." Puan Aminah mengajak mereka sekeluarga untuk masuk ke dalam rumah.

~~~~~~~~~~

Melilau mata Raja Dylan memandang keadaan sekeliling di dalam rumah kayu ini. Luas dan cantik. Kemas pula tu. Sejuk saja rasanya.

Walaupun tidak semewah rumah keluarganya. Tapi bagi Raja Dylan, rumah keluarga Dahlia ini lagi mewah. Lagipun bukannya rumah kayu yang dah usang macam nak roboh.

Rumah kayu ini walaupun setingkat, tapi tetap rasa nyaman.

Dipandang pada gambar-gambar yang tergantung. Terbit senyuman nipis apabila terpandang wajah Dahlia yang berada di dalam gambar-gambar tersebut.

Senyuman Dahlia. Senyuman yang mampu membuat hati dia cair dan berdegup lahu.

"Kakak mana?" Soal Encik Fahmi pada Danish.

"Dekat dapur. Kakak buat air." Beritahu Danish yang duduk di sebelah Puan Aminah.

"Pergi tengok kakak. Suruh kakak cepat." Arah Encik Fahmi.

I Love You, Miss Cupcake [C]Kde žijí příběhy. Začni objevovat