ILYMC : 66

1.7K 132 4
                                    

Dahlia berjalan masuk ke dalam kedai runcit Pak Hamid kerana ingin membeli barang keperluan sedikit untuk di rumah orang tuanya.

Sedang elok Dahlia memilih bawang merah. Ada seseorang menegur Dahlia. Berpaling kepala Dahlia melihat gerangan tersebut. Ternyata musuh Dahlia. Siapa lagi kalau bukan Hanani. Dah lama tak jumpa.

Makin sihat pula Dahlia tengok si Hanani ni. Tengah bahagia ke? Tapi dengar cerita sekarang yang Hanani tengah hangat bercinta dengan anak ketua kampung. Kamal namanya.

Memang baik si Kamal tu. Tapi malang sebab dapat Hanani. Ish, ish, ish..

"Haihhh.. balik juga kau dekat kampung ni kan?" Hanani menyiku sedikit siku Dahlia menyuruh Dahlia ke tepi.

"Maksud kau?" Tanya Dahlia.

"Maksud aku.. ingatkan dah kahwin dengan anak orang kaya, kau lupa asal usul. Rupanya ingat lagi. Mana tahu dah buang keluarga sendiri ke sebab malu. Ye dok?" Sinis Hanani.

Dahlia menolak isian dalam pipinya menggunakan lidah. Melampau sangat ni. Sampai tuduh buang keluarga lagi.

"Kau ni memang tak puas kena tonyoh ikan mentah dengan Sarah ke? Kali ni nak kena dengan aku pula? Hah?" Bengang Dahlia rasa.

Hanani berdiri tegak di hadapan Dahlia sambil tersenyum senget. Puas bila dapat melihat wajah bengang Dahlia. Mesti tengah sakit hati.

"Panas hati? Memang itu yang aku nak." Balas Hanani berani. Mereka saling berlawan mata.

"Memang itu yang kau nak?" Hanani mengangguk mengiyakan pertanyaan Dahlia.

"Hm.." Perlahan kepala Dahlia mengangguk.

Tanpa sebarang kata dan amaran, rambut Hanani dijambak Dahlia dan ditarik sehingga kepala Hanani ke belakang dan mendongak ke atas. Hanani memegang tangan Dahlia yang sedang menarik rambutnya itu.

"Ini yang aku nak! Kau memang cari pasal dengan aku, Hanani. Mulut celupar! Macam bangkai! Biadap! Memang sial mulut kau ni!" Mulut Hanani turut ditonyoh dengan cili kering.

Jeritan Hanani telah menarik perhatian semua orang kampung yang berada dekat dengan kedai runcit Pak Hamid untuk mengintai apa yang telah terjadi. Masing-masing senyap. Tiada seorang pun yang mahu datang menolong Hanani.

Lagi pula semua orang tahu mulut biadap Hanani tu. Memang kurang ajar sangat. Dan mereka semua tahu yang Hanani dari dulu suka mencari masalah dengan Dahlia, Sarah dan Tiara.

Hanani lupa agaknya yang tiga sekawan ni bukan jenis diam bila dikata dan ada orang mencari masalah. Waktu itu juga diaorang akan balas. Seperti keadaan Hanani sekarang ni.

"Sakit lah, Lia! Hmphhhh!!!" Dahlia langsung tak dengar apa yang dikata Hanani. Dia semakin galak menonyoh mulut Hanani dengan cili kering.

Mulut tu konon pedas sangat kan? Ha meh, aku 'cuci' dengan cili.

Raja Dylan yang berada di dalam kereta mula menjengahkan kepalanya apabila melihat kedai runcit itu ramai dengan orang-orang kampung. Selepas itu, Raja Dylan mula melangkah keluar dari dalam perut kereta dan segera menghampiri kedai runcit tersebut.

Ada suara jeritan perempuan yang meminta tolong tapi tiada siapa yang mahu tolong. Lantas Raja Dylan membawa langkahnya masuk ke dalam kedai runcit itu apabila teringat akan isterinya. Hati Raja Dylan mula dihurung rasa risau.

Masuk saja, dapat Raja Dylan lihat yang isterinya sedang menganyang Hanani menggunakan cili kering. Habis berterabur segala barang jualan. Terbeliak sedikit mata Raja Dylan melihat aksi ganas isterinya.

"Sa-sakit, Lia! L-lepaslah!" Tangan Dahlia yang masih menjambak rambut Hanani dipegang oleh Hanani sambil mencuba untuk melepaskan tangan Dahlia dari rambutnya.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now