ILYMC : 33

2.4K 148 15
                                    

Perlahan-lahan Dahlia melangkah menuju ke arah Raja Dylan yang sedang menonton televisyen. Di tangannya pula ada pinggan kecil yang berserta dengan empat cupcake di dalam pinggan.

Sekarang ni misi Dahlia hendak memujuk suaminya. Tengok muka Raja Dylan dari tadi langsung takda senyuman.

"Abang." Dahlia memeluk leher suaminya dari belakang. Tapi reaksi Raja Dylan beku saja. Dijeling isterinya dengan ekor mata.

Menjuih bibir Dahlia bila mendapat reaksi begitu dari suaminya.

Merajuk betul ni. Hm.

Dahlia mula membawa langkahnya ke hadapan Raja Dylan. Selepas itu, sebelah tempat kosong suaminya diambil Dahlia. Pinggan yang berisi cupcake diletakkan di atas meja.

Dahlia duduk bersila menghadap sang suami. Ditatap wajah cemberut dan masam suaminya itu. Memuncung bibir Dahlia. Dahlia sedang berfikir macam mana cara dia hendak memujuk Raja Dylan. Dia tak pernah pujuk lelaki sebelum ni.

Lepastu Raja Dylan pun tak pernah buat perangai sampai merajuk macam ni.

Dahlia memeluk pinggang Raja Dylan lalu dagunya dilabuhkan di atas dada tegap suaminya. Matanya terkelip-kelip merenung wajah Raja Dylan dari bawah. Bibirnya dicebikkan sedikit.

Raja Dylan mengerling sekilas wajah si cantik kesayangan dia ini. Rasa macam dah tergugat. Tapi tak boleh. Kena merajuk.

"Abang.." Panggil Dahlia dengan meleret manja. Jari telunjuknya dibawa bermain dengan bibir Raja Dylan.

"Tak nak lah merajuk. Cayang cowwy.." Usai itu, Dahlia menyengetkan kepalanya sehingga separuh dari wajahnya melekap penuh di dada bidang Raja Dylan yang tidak berbaju.

Menyepet mata Raja Dylan merenung wajah isterinya. Tak dia nafikan yang Dahlia memang cepat saja dapat menyejukkan hatinya. Tahu sangat ya cara nak pujuk suami seksi dia ini.

"Abang.." Meleret lagi nada suara Dahlia memanggil sang suami. Mata mereka saling bertaut rapat.

"Hm." Sahut Raha Dylan dingin.

Memuncung bibir Dahlia apabila suaminya membalas dengan sangat dingin dan riak wajah yang tiada reaksi sama sekali.

"Cawang cowwy lah.. cayang tak cengaja mayah abang tadi." Kata Dahlia seakan budak kecil.

Diam. Renungan Raja Dylan pada wajah comel isterinya masih lagi tidak terkalih.

"Abang.." Merengek manja Dahlia. Dia membetulkan cara duduknya dengan menaikkan sedikit badannya supaya dia dapat menenggelamkan wajahnya di ceruk leher Raja Dylan.

Terdongak sedikit kepala Raja Dylan bila isterinya berbuat begini. Lantas kedua tangannya memeluk pinggang Dahlia.

"Abang.." Merengek Dahlia lagi. Dia tak suka bila Raja Dylan senyap tak bercakap dengan dia.

Pantas Raja Dylan mengucup dahi isterinya. Ditarik Dahlia supaya dapat duduk di atas ribanya. Rambut Dahlia yang menutup separuh wajah Dahlia disebakkan ke belakang.

Dilihat mata Dahlia yang mula hendak berkaca. Sekarang ni siapa yang buat siapa. Lepastu siapa yang pula mahu menangis ni? Haih.

Diusap lembut wajah isterinya. Ditatap segenap wajah anggun Dahlia.

"Tak payah menangis." Tutur Raja Dylan dengan serius.

Makin sebik bibir Dahlia. Ini lah perempuan. Dia yang mula dulu. Dia pula yang sedih sampai nak menangis.

"Abang.."

"Shh.. dah." Dipeluk erat tubuh isterinya.

Sepatutnya Dahlia yang pujuk dia. Sekarang ni jadi terbalik. Raja Dylan yang kena pujuk Dahlia.

"Abang nak cupcake. Lama abang tunggu." Pinta Raja Dylan sembari mahu memujuk juga.

Dahlia berpaling memandang cupcake yang dibawa tadi di atas meja.

"Jap. Sayang ambil." Lantas Dahlia bangun dari riba Raja Dylan lalu mengambil pinggan yang berisi cupcake.

Setelah itu, Dahlia kembali mendekati Raja Dylan. Baru saja Dahlia mahu mengambil tempat kosong di sebelah suaminya. Raja Dylan lagi pantas menarik si isteri supaya duduk di atas ribanya.

"Riba abang ni kosong. Sayang duduk lah. Sambil-sambil tu abang boleh manja dengan sayang." Ujar Raja Dylan selari memeluk isterinya dan mendekatkan wajah mereka lalu digeselkan hidung mereka bersama.

Memerah wajah Dahlia bila mendapat perlakuan begini.

"Sayang minta maaf tau. Minta ampun juga. Sayang tak nak jadi isteri derhaka." Kata Dahlia.

Tersimpul senyuman nipis di bibir Raja Dylan. Dahlia tak pernah menjadi isteri derhaka. Dahlia adalah isteri terbaik bagi dia. Dicium bibir Dahlia sekejap.

"Sayang isteri terbaik bagi abang. Siapa cakap sayang isteri derhaka?" Menggeleng kepala Dahlia menjawab soalan suaminya.

"Then?" Dahlia mengangkat kedua bahunya.

"Sampai bila-bila sayang adalah isteri terbaik. Isteri sampai syurga. Sayang harta abang. Kalau kita ada rezeki diberi zuriat oleh Allah. Sayang dan anak-anak lah harta abang. Faham?" Beritahu Raja Dylan dengan lembut tapi tegas.

"Faham. I love you." Ucap Dahlia.

"I love you more." Balas Raja Dylan.

Dahlia mengemam rapat bibirnya. Malu tapi suka. Pantas Dahlia meletakkan pinggan yang dipegang di tepi dan menyerang wajah suaminya dengan ciuman.

Dipegang juga kedua pipi Raja Dylan. Terletus tawa Raja Dylan dengan tingkah isterinya ini. Bergema suara gelak tawa suami dan isteri ini di ruang tamu.

Selepas itu, Raja Dylan kembali membalas isterinya. Dicium-cium seluruh wajah Dahlia.

"HAHAHAHAHA!! Abang! HAHAHAHAH..!!! Stop. Hahahahaha.." Gelak besar Dahlia dibuatnya.

Selepas beberapa ketika, baru lah Raja Dylan berhenti bila Dahlia memohon supaya berhenti. Tercungap-cungap Dahlia.

"Buat abang lagi. Kan dah dapat." Tutur Raja Dylan selari menarik isterinya ke dalam dakapan hangatnya. Dibetulkan juga rambut Dahlia yang agak berserabut.

"Sayang bahagia. Terima kasih abang." Dicium pipi Raja Dylan.

"Abang pun bahagia. Terima kasih juga pada sayang." Raja Dylan membalas ciuman isterinya di dahi serta kedua belah pipi Dahlia.

Tersenyum lebar mereka berdua.

"Nak cupcake tak?" Soal Dahlia dengan manja.

"Nak." Jawab Raja Dylan.

Dahlia mencapai satu cupcake dan dicuit sedikit lalu disuap kepada suaminya.

"Sedap?" Soalnya.

"Isteri abang buat. Mesti lah sedap. Sedap sangat." Digeselkan hidung mereka.

Tersengih gedik Dahlia jadinya.

Setelah itu, mereka berdua makan cupcake sambil suap-menyuap. Dahlia menyuap suaminya sambil duduk di atas riba Raja Dylan.

Sesekali mereka bersembang dan bergelak ketawa. Ada juga bermain mata dan diselitkan dengan Raja Dylan yang suka mengusik isterinya. Hm..

Yalah. Ambil lah bumi ni.

Kenapa otak aku banyak betul idea cerita macam ni? Macam lepas ni aku nak buat cerita pasal hantu pula lah.

Okay kan? Tolong lah kata okay. Saya buat cerita sweet-sweet ni semua untuk korang. Bila takda idea saya terpaksa kerah juga otak ni untuk keluarkan idea cerita seterusnya.

Done membebel. Bye.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now