ILYMC : 31

2.5K 153 22
                                    

Setelah sebulan melayari bahtera perkahwinan, Dahlia dan Raja Dylan banyak belajar tentang diri pasangan.

Apa yang pasangan tu suka, tak suka, minat, hobi dan sebagainya. Mereka berdua saling mengenali.

Yalah, sebelum nikah tak sempat nak kenal. Tahu-tahu saja dah dijodohkan. Walaupun memang hati mereka dah terpaut sejak kali pertama berjumpa lagi.

Tapi dah memang jodoh. Dan jodoh mereka pula tertulis begini. Takkan mereka hendak menidakkan takdir dan jodoh mereka. Dahlia dan Raja Dylan sudah pasti menerima dengan hati terbuka. Besar tapak tangan turut ditadah.

Mengeluh Dahlia apabila mengalami kebosanan yang sungguh teruk. Dia tak tahu nak buat apa. Raja Dylan dah pergi kerja. Nak buat cupcake? Malas lah pula.

Hm.. kemas rumah? Rumah memang dah kemas. Basuh baju? Tak payah sebab dah siap sidai tinggal tunggu kering saja. Masak? Takda mood. Lagipun takkan nak makan sorang. Tak syok.

Lama-lama Dahlia menjuihkan bibirnya lalu meletakkan kepalanya di atas bantal. Hampir sejam dah berkurung di dalam bilik dek kerana tak tahu nak buat apa.

Nak keluar lagi lah dia malas.

Sejak-sejak dah kahwin dengan Raja Dylan ni. Raja Dylan selalu memanjakan dia. Hm.

Akhirnya, Dahlia bangun jua dari baringannya dan melangkah menuju ke dalam closet. Dipandang setiap sudut ruangan closet yang besar itu.

Selepas itu, matanya tertancap pada satu kotak yang berada di dalam almari bajunya. Dahlia melangkah menuju ke almarinya dan dibuka. Diambil kotak tersebut.

"Kotak apa ni?" Soalnya sendiri.

Tanpa banyak kata, Dahlia membukan juga kotak itu dan melihat isian di dalam. Ada satu kad yang tertata elok berserta dengan sehelai kain satin.

Dahlia mengambil kad tersebut dan dibaca ayat yang ditulis di kad itu.

'Selamat menjalani malam pertama yang indah sahabat baik kitaorang🤪❤️.'

From - Tiara & Sarah

Berkerut dahi Dahlia membaca ayat tersebut. Cakap pasal malam pertama, Dahlia dan Raja Dylan belum lagi membuat hubungan intim.

Kadang-kadang Dahlia ada tertanya juga. Raja Dylan tak nak minta hak dia ke? Raja Dylan tak nak buat hubungan dengan dia ke? Dan bermacam-macam lagi persoalan yang bermain di fikiran Dahlia.

Tapi semuanya selalu ditepis. Tak nak ada perasaan yang tidak elok pada suami sendiri atau pun syak wasangka.

Dahlia mengambil pula kain satin itu. Ternganga Dahlia. Mak oi. Ini baju ke apa? Macam kain orang buat lapik meja pun ada.

Dah lah warna merah. Terang-benderang oi!

Ini kalau dia pakai.. dah macam penari tango. Siap ada renda-renda lagi. Allahu. Tak beragak lah si Tiara dan Sarah ni nak bagi hadiah kahwin pun. Yang Dahlia pun tak check.

Tak lama selepas itu, Dahlia tiba-tiba mahu mencuba memakai baju tersebut. Masih awal lagi ni untuk Raja Dylan balik. Baik dia cuba sekarang.

Selepas itu, Dahlia membuka baju T yang dipakai serta seluar legging paras lurut turut dibuka. Pakaian dalaman pun sama dibuka. Disarung lingerie yang dibagi Sarah dan Tiara di badan.

Sangat mengikut bentuk badan. Bajunya bawa paras bontot. Sekali dia tonggeng.. aum. Bahagian dada dah macam tak tertutup. Lebih bagus tak payah tutup terus. Ketat dia jangan cakap lah.

Tali di bahu hanya senipis spageti. Dahlia melihat penampilannya di hadapan cermin.

Ini bukan seksi. Tapi seksa. Tapi body dia.. WOW!

I Love You, Miss Cupcake [C]Kde žijí příběhy. Začni objevovat