ILYMC : 17

2.6K 176 8
                                    

Perlahan-lahan Dahlia membuka matanya. Dikerdipkan kelopak matanya beberapa kali sebelum sebelah tangan naik mengenyeh mata sekejap.

Dahlia memandang sekitar bilik tidurnya. Dipegang kepala lalu dia memicit sedikit pelipisnya yang terasa agak pening.

Dahlia bingkas bangun dan bersandar pada kepala katil. Dihela nafas. Dia masih bingung. Apa lagi bila melihat dia memakai baju kurung putih seakan baju nikah.

"Macam baju orang nak nikah je aku pakai." Gumam Dahlia sendiri.

Dibelek baju yang tersarung di badan. Berkerut wajahnya ketika itu.

Tak lama kemudian, pintu biliknya dikuak dari luar. Dahlia melihat ada seorang lelaki yang melangkah masuk ke dalam bilik. Badan tegap dan berpakaian baju Melayu putih sama macam dia.

Dahlia masih lagi tidak dapat melihat wajah lelaki tersebut kerana lelaki itu membelakanginya. Pusing saja lelaki tegap itu, baru lah Dahlia mengenali gerangan tersebut.

Ternyata Raja Dylan.

Raja Dylan pula terkejut saat melihat isterinya yang sudah sedar dari pengsan dan sekarang sedang merenung dia sambil bersandar pada kepala katil.

Perlahan Raja Dylan membawa langkahnya mendekati sang isteri yang diam seperti patung.

Dekat saja dengan Dahlia, Raja Dylan berdiri di sebelah. Dipandang wajah cantik Dahlia.

"K-kenapa awak masuk b-bilik s-saya?" Gagap Dahlia bertanya. Agak pelik bila melihat Raja Dylan dengan selambanya masuk ke bilik tidur dia.

Abah dan emaknya tak marah ke?

Terangkat kedua kening Raja Dylan saat mendengar soalan dari Dahlia barusan. Biar betul isteri dia tanya soalan macam ni. Lupa ke? Mereka dah selamat jadi suami isteri sejak dua jam yang lepas lagi.

"Awak lupa ke Dahlia?" Soalan dibalas soalan.

"Lupa? Lupa apa?" Soal Dahlia semula.

Sekarang ni korang dua nak main tanya-tanya ke? Program tanya-tanya. Siapa yang jawab atau keluarkan ayat, dia kalah. Macam tu?

Raja Dylan menghela nafas panjang. Sah. Isteri dia lupa. Mentang-mentang lah pengsan dua jam. Bangun-bangun terus lupa suami sendiri dan identiti dia yang dah selamat menjadi isteri kepada Raja Dylan.

Haih. Isteri lah isteri.

Lantas Raja Dylan melabuhkan duduknya di birai katil. Didekatkan juga jarak antara mereka berdua.

"Eh? Kenapa duduk dekat-dekat? Awak keluar lah Dylan. Nanti kalau emak atau abah saya tahu. Diaorang marah. Tak pun kejap lagi kita kena tangkap basah pula. Keluar." Arah Dahlia selamba.

Ditolak-tolak badan tegap suaminya menyuruh Raja Dylan keluar. Tetapi, Raja Dylan hanya melepaskan tawa ketika mendengar kata-kata Dahlia tadi.

"Yang awak gelak kenapa? Saya tak buat lawak lah. Keluar sekarang Dylan." Tegas suara Dahlia. Tak suka bila Raja Dylan boleh ketawa dengan situasi yang serius macam sekarang.

"Mesti lah saya ketawa. Awak ni kelakar." Balas Raja Dylan dengan masih sisa ketawanya.

Dahlia bercekak pinggang. Dia kata aku kelakar? Dia ingat aku tengah buat lawak ke? Ke muka aku macam badut?

"Raja Dylan. Saya tak buat lawak."

"Yes, you are, my dear."

"Dylan."

"Yes, cupcake. Why?" Dahlia menggigit sedikit bibir bawahnya apabila mendengar suara garau Raja Dylan.

Cair lah. Lemah cenggini. Mak.. tolong Lia. Ada lelaki kacak dalam bilik Lia.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now