ILYMC : 61

1.8K 148 8
                                    

Terjaga Dahlia dari lenanya apabila perut dia berkeroncong menunjukkan tanda lapar. Bingkas Dahlia bangun dari baringannya lalu menyandarkan badan ke kepala katil.

Dahlia mengusap perutnya. Padahal tadi semasa makan malam. Dahlia sudah makan sehingga menambah tiga pinggan. Tapi sekarang rasa lapar lagi. Dahlia melihat ke arah jam yang tergantung di dinding bilik.

Sudah pukul 2 pagi. Awal lagi ni. Baru berapa jam selepas dia makan malam tadi. Haih. Kalau macam ini lah gayanya setiap hari, mahu Dahlia gemuk ni nanti. Jadi beruang dia karang.

Dahlia menoleh memandang Raja Dylan yang elok saja tidur di sebelahnya. Siap terlentang lagi. Seronok betul. Lena sangat tu sampai tak sedar yang isteri dia terbangun sebab lapar.

Apabila Dahlia merasa tidak dapat lagi menahan lapar. Dahlia mula menyelak selimut yang diguna lalu turun dari katil.

Perlahan-lahan Dahlia berjalan agar tidak menimbulkan sebarang bunyi agar suaminya tidak terganggu. Dahlia membuka pintu bilik dan menutupnya secara perlahan.

Setelah itu, Dahlia berjalan menuruni tangga dan melangkah ke arah dapur. Dahlia tidak tahu hendak makan apa tapi dia lapar. Dahlia membuka pintu peti ais dan mencari makanan yang boleh dia makan dan kena pada tekaknya sekarang kerana sejak dia mengandung ada beberapa makanan yang dia tidak boleh makan.

"Maggi? Hm.." Dahlia memegang maggi perisa ayam. Dia masih terfikir sama ada dia hendak makan maggi atau tidak.

Tapi orang-orang kata makan maggi sewaktu mengandung tidak elok. Kerana akan memberi kesan yang buruk. Tapi dalam masa yang sama ada saja ibu-ibu mengandung yang makan maggi dan mereka semua elok sahaja. Tiada kesan yang tak baik pun.

Anak yang lahir pun sihat. Tiada cacat cela atau mengalami sakit yang teruk.

Nak tak nak, Dahlia memasak maggi ayam yang diambil tadi. Selesai saja, Dahlia pindahkan maggi ayam yang berada di dalam periuk kecil ke dalam mangkuk.

Sesudahnya, Dahlia beralih berjalan ke arah meja makan. Dahlia menghidu bau harum yang terbit dari maggi ayam itu. Menelan air liur Dahlia. Sedap.

Baru saja tiga suapan yang masuk ke dalam mulutnya. Dahlia dikejutkan dengan kedatangan suaminya yang sudah berdiri di hadapannya sambil menatap diri dia dengan pandangan datar.

"Sayang makan apa ni?" Soal Raja Dylan dengan nada tidak mesra.

"Maggi ayam." Jawab Dahlia perlahan.

Raja Dylan berjalan menghampiri isterinya. Dekat saja terus dilabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Dahlia. Mangkuk yang berisi maggi ayam itu ditarik Raja Dylan. Dahlia menggigit sedikit bibir bawahnya kerana takut melihat pandangan tajam yang diberikan oleh Raja Dylan.

Tapi tak lama selepas itu, pandangan yang tajam tadi berubah menjadi pandangan hangat. Raja Dylan mengambil garfu yang dipegang Dahlia lalu ditarik maggi tersebut dan digulung sedikit agar senang untuk di masuk ke dalam mulut.

"Nah." Raja Dylan menyuakan maggi yang telah digulung di garfu kepada Dahlia.

Dahlia menganga dan mengunyah maggi ayam yang selamat masuk ke dalam mulutnya.

"Lain kali kalau lapar kejutkan abang. Boleh abang masakkan untuk sayang. Okay, sayang?" Kata Raja Dylan dengan lembut seakan memujuk Dahlia yang mungkin takut akannya tadi.

Saja dia buat muka serius pastu cakap dengan nada mendatar. Tak tahu pula Dahlia cuak. Haha. Tapi comel.

Dahlia memukul bahu suaminya. Dia ingat suami dia marah tadi. Ish!

"Abang ni. Sayang ingat abang nak marah sayang. Annoying lah." Terlepas tawa Raja Dylan. Tangan kanannya menarik tangan kiri Dahlia lalu dicium sambil matanya tetap menatap mata Dahlia.

"Takkan lah abang nak marah sayang. Kan little cupcake?" Ujar Raja Dylan dengan mengusap perut Dahlia yang sudah menampakkan sedikit bentuk.

"Tumbuk abang nanti. Geram lah tengok abang ni." Dahlia menunjukkan tangannya yang digenggam seperti penumbuk di hadapan Raja Dylan.

Tapi wajah Raja Dylan hanya beriak selamba. Bukan takut pun. Kecil sangat. Kalau tumbuk tak rasa apa pun ni.

Tapi mungkin Raja Dylan lupa yang isteri dia ni ada martial arts. Cuma dah lama tak guna saja sebab takda siapa cari masalah. Dulu dekat kampung selalunya Hanani lah. Nasib Hanani cepat mengelak. Kalau tidak, koma budak tu.

"Kita balik kampung pukul berapa abang?" Tanya Dahlia dengan masih mengunyah makanan.

"Dalam 11 macam tu. Tapi pergi pejabat abang kejap. Nak ambil fail dekat Azli pastu ada beberapa fail yang abang kena tanda tangan. Then, baru kita balik kampung. Takpa kan kalau gerak lewat sikit?" Beritahu Raja Dylan selari memujuk. Tak nak lah isteri dia terasa.

Mana tahu Dahlia memang ada niat nak balik kampung awal tapi terbantut disebabkan dia mahu pergi ke pejabat dahulu. Jadi, Raja Dylan tidak mahu isterinya terasa dengan dirinya. Takut kalau Dahlia ingat yang dia mementingkan kerja lebih dari Dahlia.

Bagi Raja Dylan, Dahlia lah yang lebih penting dari segalanya. Kalau fail yang perlu diambil dan ditandatangani esok tidak berapa penting dan melibatkan klien. Sudah tentu Raja Dylan tinggalkan saja dan membiarkan Azli yang handle.

"Takpa lah. Sayang tak kisah. Asalkan kita balik kampung. Lain lah kalau tiba-tiba abang kata tak jadi balik. Memang sayang merajuk dan marah dengan abang." Dahlia merangkul lengan sasa suaminya. Kepalanya disandarkan pada bahu Raja Dylan.

Tersenyum Raja Dylan mendengar bicara sang isteri. Dikucup ubun-ubun Dahlia. Pipi Dahlia diusap dengan lembut. Mana mungkin dia akan membatalkan janjinya pada Dahlia. Sedangkan Dahlia selalu menurut pada dia.

~~~~~~~~~~

High Luxury

"Good morning, bos. Lama kita tak jumpa. I miss you, my bossss!!!" Sapa Azli dengan penuh keceriaan apabila melihat kelibat Raja Dylan bersama Dahlia.

Siap terlompat-lompat kecil dia menghampiri Raja Dylan. Nasib lah dekat tingkat tersebut tidak ada pekerja lain. Di tingkat itu hanya untuk orang-orang atasan yang penting saja.

Dah lah semua pekerja High Luxury ingat yang Azli ni seorang yang serius sama seperti Raja Dylan. Padahal tak. Tiga suku. Haha.

Tergelak Dahlia melihat tingkah Azli yang seperti kanak-kanak. Tangannya yang digenggam Raja Dylan semakin dieratkan. Sebelah lagi tangannya yang bebas dibawa menutup mulutnya.

Raja Dylan hanya menayangkan riak jengkel kepada Azli. Dah kenapa dengan budak Azli ji pagi-pagi?

"Stop doing like that, Azli. Macam budak kecil." Tegur Raja Dylan. Tapi apa Azli kisah. Lagi dia buat.

"Good morning, Puan Lia." Azli menyapa Dahlia dengan penuh mesra.

"Good morning, Azli." Sapa Dahlia semula.

"Semua fail yang Tuan Raja kena tanda tangan saya dah siapkan atas meja. Saya dah check semuanya. Everything is okay and fine. Tuan Raja hanya perlu duduk manis dan tanda tangan." Ujar Azli dengan membuat gaya lembut.

Saja nak sakitkan hati Raja Dylan. Lama tak jumpa dan lama tak membuat Raja Dylan rasa annoying dengan dia.

"Hm." Balas Raja Dylan dingin.

"Abang lepas jap." Pinta Dahlia untuk melepaskan tangannya.

Tanpa bantahan, Raja Dylan melepaskan tangan sang isteri dari pegangannya. Dan tanpa Raja Dylan sedar, Dahlia dan Azli sudah berjalan meninggalkan dirinya di belakang.

Lagi yang membuat Raja Dylan terkejut bila melihat isterinya berjalan sambil melompat kecil sama macam Azli buat. Menepuk dahi Raja Dylan menengok perangai isteri dan pembantu peribadinya.


Tbc..

😂😂😂😂

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now