ILYMC : 32

2.7K 160 21
                                    

Tersedar Raja Dylan dari lena. Dia membuka perlahan kelopak matanya dan melihat isterinya yang masih tidur. Raja Dylan mengalihkan rambut Dahlia yang menutup separuh wajah cantik itu.

Terbit senyuman manis Raja Dylan apabila melihat wajah sang isteri. Tampak lena saja dalam tidurnya. Lagi lebar senyuman Raja Dylan apabila mengingati aktiviti mereka tadi.

Akhirnya, dia dapat jua menakluki Dahlia di luar mahupun di dalam. Dia dapat hak penuh sebagai seorang suami ke atas isterinya.

Lengannya yang dijadikan bantal oleh Dahlia mula merasa kebas. Tapi apa kan daya. Demi isteri. Sayang isteri. Dia korbankan juga. Lenguh pun lenguh lah yang penting isterinya tidur dengan selesa.

Keselesaan Dahlia selalu menjadi keutamaan Raja Dylan.

Lama dia merenung wajah sang isteri kesayangan. Ditatap wajah Dahlia dengan pandangan yang penuh dengan rasa cinta dan sayang.

Tipu kalau Raja Dylan kata perasaannya pada Dahlia semakin berkurang. Walhal semakin hari semakin bertambah. Bahkan Raja Dylan merasa yang dia lebih menyayangi Dahlia berbanding dirinya.

Kerana apa-apa saja yang dia lakukan pasti akan diberitahu pada Dahlia dahulu. Apa-apa saja yang ingin dia buat pasti Dahlia lah orang pertama yang wajib tahu. Apa-apa saja yang ingin dia berkongsi cerita Dahlia lah yang akan dicari.

Apa-apa saja.. pasti Dahlia.

Dahlia, Dahlia dan Dahlia. Tak pernah sekali atau sesaat dia lupa akan Dahlia.

Setelah itu, Raja Dylan melihat ke arah jam. Jam sudah menginjak ke angka 5:45 pagi. Mereka harus bangun. Kejap lagi nak masuk waktu subuh. Dahlia pula perlu mandi wajib.

Perlahan-lahan Raja Dylan membangunkan Dahlia. Ditepuk lembut pipi isterinya. Sesekali pasti bibirnya dilabuhkan mencium pipi Dahlia.

"Baby.."

"Sayang.."

"My flower.. wake up." Kejut Raja Dylan dengan lembut.

Rambut Dahlia yang menutup separuh wajah isterinya disebakkan ke belakang. Diusap-usap pipi Dahlia.

Dalam beberapa saat, Dahlia membuka matanya. Dikerdipkan beberapa kali untuk menghilangkan rasa kabur. Baru saja tangannya maju mengenyeh mata, ada satu tangan yang menghalang perbuatannya itu.

Berpaling kepala Dahlia melihat suaminya. Terus terukir senyuman di bibir mungil tersebut. Raja Dylan yang melihat senyuman isterinya langsung mencium pantas bibir sang isteri.

Memerah wajah Dahlia apabila mendapat ciuman dari si suami. Dah lah malam tadi Dahlia sudah pun menyerahkan segala-galanya pada Raja Dylan. Makin malu lah dia.

"Merah pipi, sayang." Tegur Raja Dylan selari membelai pipi Dahlia.

Lagi merah pipi Dahlia bila ditegur begitu. Wajahnya terus disembunyikan di sebalik dada bidang suaminya. Tangannya pula memeluk pinggang Raja Dylan.

Tergelak kecil Raja Dylan dengan tingkah malu si isteri. Raja Dylan membalas pelukan Dahlia dan mengucup ubun-ubun Dahlia.

"Jom, mandi. Nanti sayang kena mandi wajib lagi. Subuh pun dah nak masuk waktu." Ajak Raja Dylan seraya masih mencium atas kepala Dahlia.

Dahlia merenggangkan pelukan lalu berpaling melihat ke arah jam. Betul. Dah pukul 5:55 pagi.

"Jom. Tapi kejap. Abang tolong ambilkan sayang baju tu." Dahlia menunjuk baju Raja Dylan.

Terjungkit kedua kening Raja Dylan. Dilihat wajah isterinya. Selepas itu, dia memincingkan matanya.

"Tak payah lah. Abang dah nampak. Dari awal kita kahwin lagi abang dah nampak." Kata Raja Dylan dengan senyuman mengusik.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now