ILYMC : 04

2.6K 169 12
                                    

Puan Aminah mengangkat kepalanya apabila melihat ada sebuah kereta mewah berjenama Alphard memasuki ke dalam perkarangan rumahnya.

Terhenti kerjanya yang sedang menyapu halaman rumah. Danish keluar dari rumah seraya melihat ke arah yang sama. Dia berjalan menghampiri Puan Aminah.

"Siapa tu mak?" Soalnya.

"Tak tahu. Tak kenal." Jawab Puan Aminah dengan matanya masih menatap ke arah kereta mewah tersebut.

Tak lama selepas itu, ada seorang wanita yang melangkah keluar dari dalam perut kereta.

Membulat mata Puan Aminah apabila dia mengenali susuk wanita ini. Tersenyum manis Puan Aminah.

"Assalamualaikum." Ucap wanita tersebut.

"Waalaikumussalam. Ya Allah, Hasrita. Apa khabar?" Puan Aminah langsung memeluk tubuh Puan Sri Hasrita.

"Khabar baik. Kak Minah apa khabar? Sihat? Lama betul tak jumpa." Dibalas pelukan Puan Aminah.

Selepas itu, mereka berdua saling berlaga pipi. Senyuman yang mekar di bibir tak lekang dan pudar pun sejak tadi. Kawan lama.

"Sihat, sihat. Itu lah.. lama sangat tak jumpa. Lepas Rita kahwin yang kita terus tak jumpa sebab Rita ikut suami duduk KL." Digosok bahu Puan Sri Hasrita.

Dilihat serata wajah Puan Sri Hasrita. Masih tak berubah. Sama saja. Tetap cantik seperti dulu. Nampak makin anggun.

Dulu Puan Aminah dan Puan Sri Hasrita merupakan kawan di asrama dan duduk di dalam satu bilik yang sama. Walaupun Puan Aminah tua setahun dari Puan Sri Hasrita. Tapi mereka tetap rapat. Dah macam kakak dan adik sebab rupa mereka lebih kurang saja.

Sampaikan di asrama dulu, semua menganggap yang mereka ni adik-beradik. Padahal bukan.

"Ehem." Danish berdehem bagi menyedarkan kedua wanita yang berada di hadapannya.

"Siapa ni?" Tanya Puan Sri Hasrita. Tersengih Danish.

"Saya Danish. Anak kepada Puan Aminah. Mak cik siapa?" Danish mengenalkan dirinya. Tapi yang selamba dia tu.. dia panggil mak cik?

Danish.. depan awak tu Puan Sri. Bukan mak cik jual kuih tepi jalan.

"Nama mak cik, Hasrita. Kawan kepada Puan Aminah." Tergelak kecil mereka bertiga.

"Eh, jom lah masuk. Ada pula kita bersembang dekat luar ni." Ajak Puan Aminah. Ditarik tangan Puan Sri Hasrita mengikutnya masuk ke dalam rumah.

Tanpa bantahan, Puan Sri Hasrita mengikut saja Puan Aminah. Lagipun dekat luar panas.

Danish mengekori langkah Puan Aminah dan Puan Sri Hasrita untuk masuk ke dalam rumah.

~~~~~~~~~~

Dahlia melangkah keluar dari kereta mini cooper miliknya setelah dia memarkingkan keretanya di garaj. Dilihat ke arah kereta Alphard yang terparking di hadapan rumahnya.

Diteliti kereta mewah itu. Menggaru kepala dia apabila tidak mengenali kereta tersebut kepunyaan siapa. Tak pernah lagi ada orang datang rumah dia naik kereta mewah macam ni.

Siapa pula ni? Ada tetamu ke? Malas lah Dahlia nak fikir. Baik dia tengok sendiri siapa yang datang. Langkahnya dibawa menuju ke pintu utama rumah.

"Assalamualaikum. Mak, tu kereta siapa yang parking dekat depan ruma kita?" Terhenti langkahnya di hadapan pintu apabila melihat ada seorang wanita yang sedang duduk di sofa di ruang tamu bersama dengan Encik Fahmi dan Puan Aminah.

Danish? Dia dah keluar. Nak jumpa kawan katanya.

"Masuk lah. Yang kamu tercegat dekat situ kenapa Lia?" Arah Puan Aminah.

Tersengih Dahlia. Dia masuk ke dalam rumah dan berjalan mendekati Encik Fahmi serta Puan Aminah. Disalam kedua tangan orang tuanya dengan penuh hormat.

Selepas itu, dia beralih pula kepada Puan Sri Hasrita. Dihulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Puan Sri Hasrita.

Puan Sri Hasrita menyambut huluran salam Dahlia. Matanya tidak lepas dari memandang wajah jelita Dahlia. Cantik. Cantik sangat.

Sesuai lah. Sesuai untuk anak teruna dia yang masih bujang terlajak itu. Tersenyum manis apabila Puan Sri Hasrita sudah pun ada niat untuk mengkenenkan anaknya dengan gadis jelita di hadapannya ini.

Angkat saja kepala. Dahlia terus diserang dengan satu soalan yang mampu membuat Dahlia terbatuk dan tercekik air liur sendiri.

"Dah kahwin?" Soal Puan Sri Hasrita.

Laju kepala Dahlia menoleh memandang emak dan abah nya. Belum kenalkan diri dah kena serang dengan soalan kahwin. Tangan dia masih dipegang Puan Sri Hasrita. Macam tak nak lepas saja gayanya.

Usai itu, Dahlia kembali memandang Puan Sri Hasrita. Dia pura-pura ketawa.

"B-belum." Jawab Dahlia gagap.

Semakin lebar senyuman Puan Sri Hasrita apabila mendengar jawapan Dahlia. Ditarik Dahlia untuk duduk di sebelahnya. Terduduk Dahlia.

"Ada boyfriend?" Soal Puan Sri Hasrita lagi.

Kena lah tanya. Mana tahu dah ada. Karang lebur pula harapannya yang hendak menjodohkan Dahlia dengan anak bujangnya.

Tapi lain pula bagi Dahlia. Kenapa dia rasa macam kena interview dengan bakal mak mertua ni? Rasa seriau.. seram sejuk.. bulu roma pun naik.. nak telan air liur pun rasa payau.. jantung dia pula berdegup dup dap dup dap tak henti..

Hm.

"T-takda juga." Semakin melebar senyuman Puan Sri Hasrita.

"Bagus. Aunty suka jawapan Lia." Mana Puan Sri Hasrita tahu nama Dahlia?

Sebelum dia tanya Dahlia. Puan Sri Hasrita dah bertanya pada Puan Aminah. Dua soalan tadi pun dia dah tanya dulu pada Puan Amainah dan Encik Fahmi.

Siap diberitahu niat dan hasrat serta hajat nya. Puan Aminah dan Encik Fahmi memang takda halangan. Mereka baik-baik saja. Lagipun mereka kenal Puan Sri Hasrita dan Tan Sri Tengku Darian. Pasangan suami dan isteri yang baik. Insya-Allah.. keturunannya juga baik-baik.

'Dah kenapa mak cik depan aku ni? Yang emak abah ni pula dah apa pasal dok senyum-senyum?' Getus hati Dahlia.

Dia menunduk melihat tangannya yang masih dipegang Puan Sri Hasrita.

'Mak cik ni memang tak nak lepaskan tangan aku ke?' Tanya Dahlia dalam hatinya.

Nak tak nak. Terpaksa lah Dahlia relakan tangannya dipegang Puan Sri Hasrita. Lama juga Puan Sri Hasrita pegang sampai lah Dahlia sendiri yang minta lepas sebab nak ke tandas. Nak buang air kecil.

Bila dia datang semula. Laju-laju Puan Sri Hasrita memegang tangannya dan menarik Dahlia duduk di sebelahnya.

Bingung Dahlia dibuatnya. Dia menggaru sedikit hujung hidungnya.

Lagi bingung bila Puan Aminah dan Encik Fahmi asyik senyum bila pandang dia.

Sesuatu sangat. Rasa tak sedap hati lah.


Tbc..

Ada udang di sebalik mee udang😂

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now