ILYMC : 36

2.2K 148 4
                                    

Raja Dylan memarking kereta di garaj setelah sampai di rumah keluarganya. Selepas itu, Raja Dylan menoleh memandang Dahlia yang lena di sebelah. Terlentok kepala isterinya.

Lagipun dah malam. Nak balik ke rumah mereka agak jauh. Sebab itu lah sehabis saja mereka dari mall. Raja Dylan terus balik ke rumah keluarganya.

Raja Dylan melepaskan tali pinggang yang berbelit di tubuh lalu kembali menghadap wajah cantik si isteri yang sedang tidur.

"Sleeping beauty." Gelar Raja Dylan buat Dahlia. Tersenyum sendiri Raja Dylan bila Dahlia merengek seperti baby di dalam tidurnya.

"Haih.. comelnya sayang abang ni." Puji Raja Dylan. Diusap pipi kanan Dahlia dengan lembut.

Ditatap juga wajah Dahlia yang sangat tenang. Dilihat dari dahi, kedua kening, kedua mata, hidung mancung serta bibir pink yang selalu menjadi igauan dan idaman Raja Dylan. Kulit yang putih dan lembut.

Setelah agak lama dia merenung wajah kekasih hati dia ini. Raja Dylan mula mengejutkan Dahlia. Diusap tangan Dahlia serta dicium.

"Sayang.." Panggil Raja Dylan.

Merengek Dahlia kerana tidak suka lenanya diganggu. Terbit senyuman Raja Dylan melihatkan rengekan sang isteri.

"Sayang abang.." Seru Raja Dylan lagi.

Lagi-lagi Dahlia merengek sehingga berkerut wajahnya seakan mahu menangis. Pipinya digaru sekejap sebelum kembali menyambung lena.

Terlepas tawa Raja Dylan melihat tingkah sang isteri. Dahlia ni kalau dah penat memang agak susah hendak dikejutkan. Menggeleng kepala Raja Dylan dengan sikap Dahlia yang satu ini.

Usai itu, Raja Dylan melepaskan tali pinggang yang membelit di badan Dahlia lalu dia berlalu keluar dari dalam perut keretanya. Sebelum itu, sempat Raja Dylan menutup enjin keretanya.

Dia berjalan ke arah bahagian penumpang. Dibuka pintu dan ditunduk sedikit. Kedua tangannya diselitkan di bawah leher dan pelipat lutut si isteri.

Perlahan-lahan Raja Dylan mencempung tubuh isterinya dengan gaya bridal style untuk dibawa keluar dari dalam kereta. Terlentok kepala Dahlia pada bahu kekar Raja Dylan.

Selepas itu, Raja Dylan menutup pintu kereta dan berjalan ke arah pintu utama rumah milik keluarganya. Ditekan loceng yang tersedia ada di tepi. Tak lama kemudian, terbuka pintu dari dalam. Muncul lah Puan Sri Hasrita.

"Kenapa ni? Demam ke?" Soal Puan Sri Hasrita. Risau dia bila melihat menantunya didukung oleh anaknya.

"Tak lah. Lia tidur. Dylan tak nak ganggu dia. Itu yang Dylan angkat nak bawa masuk bilik." Balas Raja Dylan seraya membuka kasutnya dan melangkah masuk ke dalam rumah.

"Oh. Bonda ingat Lia demam ke apa. Pergi bawa naik atas." Arah Puan Sri Hasrita selari menutup pintu.

"Yalah. Bonda, sorry tau tak boleh nak salam. Yang lain semua dah tidur?" Soal Raja Dylan.

"Dah pukul 10 malam Dylan. Mesti lah dah tidur. Lagi-lagi tadi Aisyah meragam sebab tak sihat. Selesema dia tak baik. Buat perangai lah dari petang tadi. Itu tak kena, ini tak kena." Beritahu Puan Sri Hasrita jujur sambil mengekori langkahnya anaknya dari belakang.

Terukir senyuman manis di bibir Puan Sri Hasrita tatkala memandang bagaimana cara anaknya memanjakan si isteri. Puan Sri Hasrita nampak yang Raja Dylan sangat menyayangi Dahlia.

"Oh. Demam ke?" Tanya Raja Dylan lagi. Saja nak berbual sekejap. Tiba-tiba rasa bilik dia jauh sangat.

"Demamnya dah baik. Selesema je belum. Dah lah. Bonda nak masuk bilik. Ni dah solat isyak belum?"

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now