ILYMC : 50

2.2K 153 5
                                    

Selesai saja dari solat asar. Laju-laju Dahlia turun ke bawah untuk memasakkan makan malam buat Raja Dylan. Mereka terbabas tidur sampai ke petang. Sehingga zohor pun mereka lewat.

Kini, Dahlia sedang mengacau sup ayam yang berada di dalam periuk. Tinggal tunggu hendak mendidih saja. Selepas itu, mereka berdua sudah boleh makan.

Dalam tengah sibuk Dahlia mengacau sup. Tiba-tiba, handphone nya berdering tanda minta diangkat. Kalut Dahlia mengambil gajet nipis itu dari meja makan. Dilihat Sarah yang menelefonnya. Lantas dia mengslide ikon hijau menjawab panggilan Sarah.

"Assalamualaikum sahabat." Ucap Sarah memberi salam dahulu.

"Waalaikumussalam sahabat." Balas Dahlia sambil melihat sup nya.

"Bila kau nak balik sini weh? Aku rindu lah." Tanya Sarah dengan bernada sedih. Padahal dia telefon ini kerana ingin bercerita tentang sesuatu pada Dahlia sambil meminta pendapat.

Tapi sebelum tu kena lah dia berbasa-basi dahulu. Tanya khabar. Sihat ke tidak. Benda-benda basic yang patut ditanya bila dah lama tak berjumpa.

"Suami aku busy. Insya-Allah, kalau tak busy nanti kitaorang balik. Tiara apa cerita? Lama dah aku tak contact dia. Tengah bahagia dengan Fahrin ke?" Berdecit Sarah tatkala mendengar nama Tiara.

Itu lagi seorang. Sejak dah bercinta dengan Fahrin. Langsung lupa kawan. Mentang-mentang lah dah bahagia.

Lupa nak cakap yang Tiara dan Fahrin sudah dua bulan menjalin hubungan percintaan. Bukan main kecoh lagi si Tiara semasa dia hendak memberitahu tengang hubungannya dengan Fahrin pada Dahlia dan Sarah.

Bahagia sungguh minah seorang tu.

"Em.. aku call kau ni sebenarnya nak cerita something." Ujar Sarah untuk mula masuk ke topik utama.

Tersentak Dahlia apabila pinggangnya dipeluk dari belakang. Bahu kanannya turut merasa berat. Dikerling suaminya yang sudah bergayut manja padanya.

'Siapa call?' Soal Raja Dylan tanpa nada suara.

Dahlia menunjukkan nama pemanggil yang tertera di skrin telefon kepada suaminya. Mengangguk Raja Dylan. Sesudah itu, dia mencium pipi Dahlia sehingga tenggelam hidungnya.

"Kau nak cerita apa? Bunyi macam serius je." Balas Dahlia seraya menutup api setelah melihat sup ayam yang dimasak sudah pun mendidih.

"Serius lah juga. Ada kena-mengena dengan Emir." Kata Sarah. Terkejut Dahlia mendengar nama Emir disebut.

Lantas dia membuka pembesar suara supaya suaminya dapat mendengar sama.

"Kenapa dengan Emir?" Ternaik kedua alis Raja Dylan bila nama kawan baiknya disebut. Dia memandang isterinya meminta jawapan. Dahlia membalas dengan menunjukkan ke arah telefonnya untuk mendengar cerita dari Sarah.

Selepas itu, Dahlia mencedok sup masuk ke dalam mangkuk yang sudah diambil dari rak pinggan.

"Emir.. Emir ajak aku nikah." Luah Sarah berterus-terang.

Hampir nak terjatuh mangkuk yang dipegang Dahlia. Nasib ada Raja Dylan. Dia memegang tangan isterinya lalu diambil mangkuk tersebut.

"Nikah? Dia ajak kau nikah? Serius ni?" Bertubi-tubi soalan Dahlia buat Sarah. Agak tak percaya Dahlia mendengarkan itu. Terkelip-kelip mata Raja Dylan. Dia masih diam sambil mendengar semuanya. Tiada tanda mahu menyampuk.

"Yup. Itu yang aku tengah fikir sekarang ni. Aku takda jawapan." Mengeluh Sarah. Muram wajahnya.

"Aku nak tanya kau satu soalan."

"Apa?"

"Macam mana perasaan kau bila berjumpa dengan Emir? Apa yang kau rasa?" Sarah diam tidak menjawab. Dia berfikir.

Dahlia dan Raja Dylan turut sama senyap. Mereka ingin beri ruang buat Sarah dahulu. Mereka tak nak terlalu memaksa Sarah untuk menjawab.

Raja Dylan memeluk isterinya dari tepi. Diusap perlahan sisi pinggang Dahlia sembari mengucup bahu Dahlia yang terdedah.

"Sarah?" Panggil Dahlia apabila agak terlalu lama Sarah senyap.

"Hm." Sahut Sarah.

"Kalau kau dah ada jawapan. Kau bagi lah jawapan kau pada Emir. Apa pun keputusan kau.. aku sokong. Sebab aku tahu kau mesti tahu apa yang terbaik untuk diri kau. Cuma.. kalau kau memang ada perasaan pada Emir dan setiap kali kau berjumpa dan bertentang mata dengan dia hati kau akan rasa berdebar. Itu bermakna kau dah lama simpan perasaan pada dia. Tapi kau je yang tak sedar. Apa-apa pun.. aku doakan yang terbaik untuk kau." Tutur Dahlia panjang lebar selari memberi nasihat dan mendoa.

Dia sebagai kawan hanya menyokong yang sewajarnya saja. Tak perlu memaksa mereka untuk menjalin sesebuah hubungan kalau mereka tiada rasa antara satu sama lain. Dia mahu melihat kawan-kawannya bahagia. Bukan derita.

"Thank Lia. Aku sayang kau. Nanti apa-apa hal, aku call kau lagi." Balas Sarah dengan sangat menghargai kata-kata Dahlia barusan.

"Yup. Welcome." Sejurus itu, panggilan ditamatkan.

Dahlia memandang suaminya. Dia berpusing dan berdiri menghadap sang suami. Kedua tangannya naik memeluk batang leher Raja Dylan.

"Kenapa sayang abang?" Soal Raja Dylan selari menarik isterinya supaya lebih rapat lagi dengannya.

Ditatap dalam wajah anggun di isteri. Dahlia hanya memakai night gown bertali spageti dan mengikat rambut gaya messy bun. Sangat menggoda Raja Dylan.

"Abang rasa.. Emir serius ke dengan Sarah?" Soalan dibalas soalan.

Mengangguk perlahan kepala Raja Dylan apabila dia mengerti kerisauan yang melanda isterinya sekarang. Tangan kanannya dibawa membelai pipi Dahlia.

"Insya-Allah. Doakan yang terbaik untuk Sarah dan Emir. Tapi abang kenal Emir. Bila dia sudah serius cakap tentang nikah dengan perempuan. Bermakna dia serius dengan kata-kata dia. Emir tak pernah mengajak mana-mana perempuan untuk menikah sebelum ni. Apa lagi untuk bercakap perkara ini. Itu bukan diri Emir. And now.. I know that Emir loves Sarah." Ujar Raja Dylan selari ingin menenangkan hati Dahlia.

Emir tu nampak saja macam badboy, kasar, tak mesra alam dan tak tahu nak hargai perempuan. Tapi dia sangat gentleman bila dengan perempuan yang dia sayang dan cinta.

Dan sekarang.. perempuan itu ialah Sarah Karina. Sarah yang telah berjaya mengambil hatinya dan mencuri cintanya.

Tenang hati Dahlia mendengarkan ujaran suaminya barusan. Bermakna.. Emir pasti akan menjadi lelaki yang dapat melindungi dan mencintai kawannya itu.

"So.. abang." Dahlia menjeda sekejap. Ternaik kedua kening Raja Dylan menunggu sambungan bicara si isteri.

"Can you stay with me for a while?" Soal Dahlia dengan membuat muka lesu.

"No." Jawab Raja Dylan sepatah.

"Hah?"

"Not just for a while. But, I will stay with you for forever, sayang." Tersungging senyuman manis Dahlia saat mendegar kata-kata dari suaminya.

Malu lah. Ish.

"Abang ni.." Merengek manja Dahlia. Lantas dia memeluk tubuh tegap Raja Dylan. Wajahnya dibenamkan di ceruk leher suaminya.

Wangi. Sangat mendamaikan.

Tergelak kecil Raja Dylan dengan tingkah comel isterinya.

"Comelnya lah dia ni. Patut abang sayang dia ketat-ketat." Kata Raja Dylan sambil mengeratkan lagi pelukan dan menggoyangkan badan mereka ke kanan dan ke kiri.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now