ILYMC : 01

3.3K 170 7
                                    

Pulang saja Raja Dylan ke villa keluarganya. Kakinya terus dipeluk oleh Tengku Aisyah, anak kepada kakaknya.

Menunduk Raja Dylan memandang si kecil dan dia turut melemparkan senyuman manis kepada Tengku Aisyah. Diusap atas kepala Tengku Aisyah sekejap sebelum dia mendukung si kecil.

Dicium kedua pipi Tengku Aisyah. Terkekek ketawa si kecil itu apabila papa ngah nya mencium pipi montel dan gebu dia.

"Comelnya. Geram lah papa ngah tengok awak ni." Tersengih lebar Tengku Aisyah sehingga menampakkan giginya.

Tak lama selepas itu, kedengaran suara seseorang menegur Raja Dylan.

"Hm, Dylan. Bila sampai?" Tegur Puan Sri Hasrita sambil berjalan mendekati anak bujangnya ini.

"Baru je bonda. Bonda apa khabar?" Raja Dylan menyalam tangan tua Puan Sri Hasrita. Dikucup kekura tangan bonda nya dengan penuh rasa sayang dan hormat.

"Alhamdulillah, sihat. Dah habis kerja kamu dekat Bali?" Soal Puan Sri Hasrita ingin tahu.

"Dah, bonda. Mana yang lain? Sunyi je rumah." Jawab Raja Dylan seraya bertanya tentang ahli keluarganya yang lain.

Puan Sri Hasrita tidak segera menjawab. Malah, Puan Sri Hasrita memusingkan tubuhnya dan berjalan ke arah sofa di ruang tamu.

Raja Dylan mengekori bonda nya dari belakang sambil masih mendukung Tengku Aisyah. Dikucup lagi pipi gebu Tengku Aisyah. Geram tengok budak kecil ni. Dah lah putih, mata hazel dan rambutnya pula warna blonde.

Warna asal tau. Bukan diwarnakan. Mana taknya. Bapak dia ada keturunan orang mat saleh. Tengku Aisyah ni genetik belah daddy dia. Sampai rambut pun warna blonde.

Genetik orang England. Cuma mata dia tak ikut daddy nya. Kerana daddy dia punya mata warna biru. Nasib lah Tengku Aisyah ni mengikut warna mata mummy dia.

"Biasalah. Semua kerja. Hari ni hari Selasa. Bukannya hari minggu. Dura pula ada kelas sampai petang." Beritahu Puan Sri Hasrita selepas melabuhkan punggungnya di sofa.

Raja Dylan turut sama melabuhkan duduknya di sofa. Tengku Aisyah diletakkan di atas ribanya seraya memeluk si kecil dari belakang.

Tengku Aisyah terus menyandarkan badan dia di badan tegap papa ngah nya. Suka betul.

"Cuba lah.. ada seorang lagi menantu. Takda lah bonda bosan sangat. Ada juga kawan nak menyembang. Kan Ecah?" Saja Puan Sri Hasrita berkata begitu selari mengerling Raja Dylan. Tengku Aisyah yang tidak mengerti apa-apa hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum lebar.

Raja Dylan yang mengerti di sebalik kata-kata bonda nya barusan langsung menggaru hujung hidungnya.

Ini tak lain tak bukan mesti nak masuk topik kahwin. Lebih baik dia lari sekarang.

"Takpa lah, bonda. Dylan naik atas dulu. Nak bersihkan diri. Rasa melekit pula. Pastu nak rehat sekejap. Penat lah." Ujar Raja Dylan sembari meletakkan Tengku Aisyah di sisi Puan Sri Hasrita.

"Tengok lah tu. Baru sebut sikit, dah nak lari." Balas Puan Sri Hasrita sambil memandang anak bujangnya dari ekor mata.

Raja Dylan buat tak endah saja dengan kata-kata Puan Sri Hasrita. Dia mengucup puncak kepala Tengku Aisyah dan dicium pula kedua pipi bonda nya sebelum bergerak naik mendaki tangga untuk ke biliknya.

Puan Sri Hasrita memandang belakang badan anaknya sehingga hilang susuk tubuh Raja Dylan.

Menggeleng sekejap kepala Puan Sri Hasrita. Kalau begini lah gayanya, memang dia sendiri lah ni nak kena carikan calon isteri buat anak bujangnya itu.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now