ILYMC : 14

2.5K 159 11
                                    

Pagi lagi Sarah dah datang ke kafe. Kini dia sedang mengemas. Duduk rumah tak tahu nak buat apa. Ibu nya asyik bebel suruh dia kahwin.

Malas lah Sarah nak dengar . Ini yang dia datang ke kafe awal. Pukul 7 pagi dah sampai di kafe.

Sekarang Sarah sedang mengelap meja menggunakan kain basah. Dia baru saja lepas menyapu lantai tadi. Jadi, senang lah yang lain datang kerja nanti. Tak payah sibuk nak kemas dah.

Sarah dah settle kan bahagian mengemas.

Sedang elok Sarah ke sana dan ke sini. Tiba-tiba, pintu kafe nya dibuka dari luar. Terjengul lah Emir yang baru saja melangkah masuk ke dalam kafe.

"Awak buat apa?" Tanya Sarah sambil bercekak pinggang.

"Nak makan." Berkerut seribu dahi Sarah.

Makan? Dilihat jam yang tergantung di dinding. Baru pukul 8. Awal betul si budak Emir ni nak makan.

"Saya tak prepare apa-apa lagi. Awak nak makan apa? Meja? Kerusi?" Loyar buruk pula dia. Tapi betul pun.

Kafe mereka selalu buka pukul 9. Ini baru pukul 8. Sejam awal Emir datang. Tapi.. si budak Emir ni buat apa dekat kampung? Pelik Sarah tengok.

"Boleh juga. Ada meja atau kerusi yang boleh dimakan ke?" Disambung loyar buruk Sarah tadi.

Sarah menjulingkan kedua matanya ke atas. Dia menyambung kerjanya semula yang sempat tertunda sekejap gara-gara Emir.

"Biasa kafe buka pukul berapa?" Tanya Emir saja nak tahu.

"9." Jawab Sarah tanpa memandang Emir.

"Awak datang pukul berapa?"

"7."

"Awalnya."

"Hm."

"Sorang je?"

"Ya."

Emir mengambil tempat di sebelah tingkap besar yang terbuka luas dan menampakkan pemandangan kampung.

Cantik. Sejuk saja. Rasa tenang.

Untuk pengetahuan korang, kafe diaorang bukan dekat pekan. Masih di dalam kampung. Sebab tu lah ada suasana kampung.

Sarah selesai membersih dan memandang Emir. Patut lah senyap.

Lagipun kalau dia bersuara. Sarah hanya jawab sepatah. Jadi lebih baik Emir senyap.

Sarah datang mendekat kepada Emir. Permukaan meja diketuk perlahan dengan Sarah. Berpaling kepala Emir merenung Sarah. Diangkat sebelah alisnya bertanya kenapa.

"Nak makan apa? Saya masak." Soal Sarah.

"Nasi goreng?"

"Nasi goreng apa?"

"Pattaya." Sarah menjatuhkan kepalanya sekali.

"Air?"

"Kopi O."

"Tunggu lah sini. Nanti dah siap saya hantar." Emir menunjukkan tanda OK.

Selepas itu, Sarah mengorak langkah menuju dapur kafe. Sempat dia membebel sekejap semasa hendak ke dapur.

"Jauh-jauh datang nak sarapan. Dekat KL tu takda kedai makan ke?" Bebel Sarah tanpa didengari Emir.

~~~~~~~~~~

Raja Dylan menuruni tangga. Dapat dia dengar suara riuh di ruang makan. Pasti semu ahli keluarganya sudah ada. Cuma dia saja yang lambat.

Seperti selalu.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now