ILYMC : 30

2.6K 152 9
                                    

Dahlia membuka perlahan pintu bilik kerja Raja Dylan. Selepas saja mereka sampai di rumah, Dahlia terus berjalan masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri.

Katanya dah melengas dan melekit.

Raja Dylan pun sama mengikut isterinya. Tapi selepas saja selesai acara mandian, Raja Dylan langsung bergerak menuju ke bilik kerjanya kerana mendapat panggilan dari Azri katanya ada kerja penting yang sudah dihantar di email Raja Dylan.

Dari tadi lagi Dahlia menunggu Raja Dylan di dalam bilik tidur mereka. Tetapi Raja Dylan langsung tak masuk walhal jam sudah menginjak ke angka 12 malam.

"Abang." Seru Dahlia perlahan.

Raja Dylan yang mendengar suara lembut itu memanggilnya terus mengangkat wajahnya memandang Dahlia. Wajahnya yang tadi berkerut dan langsung tiada senyuman terus berubah apabila melihat wajah anggun si isteri.

Bibirnya mengukirkan senyuman manis buat Dahlia. Tangannya menggamit sang isteri supaya mendekat dengannya.

Dahlia yang memahami laju mengorak langkah mendekati sang suami.

Dekat saja Dahlia, Raja Dylan menarik Dahlia sehingga Dahlia terduduk di atas ribanya. Raja Dylan memeluk isterinya lalu wajahnya disembamkan di celah leher Dahlia.

Raja Dylan menghidu bau wangian yang terbit dari sang isteri. Sungguh menenangkan dirinya. Segala rasa kusut dan pening di kepalanya tadi langsung hilang saat dapat menghidu bau Dahlia.

"Penat?" Soal Dahlia perlahan.

"Hm." Gumam Raja Dylan.

"Kesian suami sayang. Terima kasih dah susah-susah cari rezeki untuk keluarga kita." Kata Dahlia sembari membelai kepala Raja Dylan dan melabuhkan kucupan hangat di atas kepala suaminya.

Mendongak kepala Raja Dylan memandang isterinya yang tinggi sedikit darinya akibat cara duduk mereka. Dahlia membalas pandangan sang suami dan menaikkan kedua alisnya bertanya kenapa.

"Sayang abang.." Panggil Raja Dylan dengan nada suara manja.

"Iya, abang." Sahut Dahlia selari mengusap kedua pipi suaminya.

"Lapar." Adu Raja Dylan. Yalah, dari tadi lagi dia tak makan malam. Sikit makanan pun dia tak sentuh.

Tersentuh hati Dahlia mendengar suaminya mengadu lapar. Ini pun jadi satu sebab Dahlia masuk ke dalam bilik kerja Raja Dylan kerana ingin bertanya sama ada lelaki ini sudah makan atau belum. Ternyata belum.

"Dah siap kerja?" Menggeleng kecil Raja Dylan.

"Sambung esok. Sayang teman abang makan, jom? Ke abang nak sambung kerja sekarang bagi siap?" Soal Dahlia sembari bertanya untuk memastikan.

"Sambung esok lah. Abang tak larat dah. Perut abang lapar sangat. Kepala pun dah rasa pening." Tersenyum kecil Dahlia mendengar itu.

Dipegang kedua pipi Raja Dylan lalu Dahlia mencium dahi suaminya serta kedua belah pipi Raja Dylan dengan penuh rasa sayang.

"Jom. Kita kemas ni dulu." Dahlia turun dari pangkuan Raja Dylan dan membantu suaminya mengemas segala kertas yang berselerak di atas meja.

Selepas siap mengemas, Dahlia mentautkan jemari mereka dan mengajak suaminya turun ke dapur. Raja Dylan akur. Tiada langsung bantahan.

Sampai saja di ruang makan, Dahlia membuka tudung saji. Dapat Raja Dylan lihat ada ayam masak kicap dan sayur kangkung tumis.

"Abang duduk dulu. Sayang nak ambil pinggan dan air sekejap." Dahlia menarik kerusi untuk Raja Dylan duduk sebelum bergerak ke arah dapur. Diambil pinggan, air dan cawan.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now