ILYMC : 27

2.5K 139 10
                                    

Tersedu-sedan Dahlia menonton movie 'Aku Terima Nikahnya'. Sejak tadi lagi air mata dia tidak berhenti mengalir. Raja Dylan pula menjadi tukang lap air mata isteri dia.

Sedaya-upaya Raja Dylan memujuk sang isteri agar berhenti menangis. Tetapi Dahlia tetap menangis. Makin ditegah, makin banyak air mata dia keluar.

"Huwaaaa.. abang.. isk.."

"Iya, sayang. Dah-dah lah menangis nya ni. Tak penat ke?" Diusap belakang badan Dahlia selari memujuk.

"Penat.. isk." Jawab Dahlia. Disebikkan bibirnya. Lantas dia memeluk Raja Dylan. Tertunduk badan Raja Dylan apabila dipeluk oleh Dahlia.

Tanpa kata, Raja Dylan mengangkat badan Dahlia lalu didudukkan di atas pahanya. Dahlia menyelesakan dirinya. Wajahnya turut sama disembamkan di celah leher suaminya.

Raja Dylan menggosok lembut belakang badan Dahlia bagai memujuk. Cerita tu yang buat isterinya menangis, dia juga yang kena pujuk. Hish.

Tarak guna punya cerita.

Eh, eh kau ni.

"Shh.. dah, dah. Itu kan cerita je sayang. Bukannya betul pun." Pujuk Raja Dylan seraya mengucup tepi kepala Dahlia.

Dahlia mengangkat kepalanya dan mengerdipkan matanya. Air mata dia masih lagi mengalir. Tangan kanan Raja Dylan naik menyeka air mata di pipi Dahlia.

"Menangis pun cantik lah. Patut lah abang selalu jatuh cinta sampai tergolek-golek." Tergelak Dahlia ketika mendengar ayat dari suaminya.

Sampai tergolek-golek. Menipu saja. Melebih tau. Raja Dylan sekadar tersenyum apabila mendengar suara ketawa isterinya.

Dahlia memukul perlahan bahu Raja Dylan. Selepas itu, dahinya dilekapkan dengan dahi Raja Dylan. Mata mereka berdua saling bertatapan.

"Abang jangan pernah lupakan sayang. Sayang tak sanggup kalau abang lupakan sayang. Sayang tak kuat. Sayang perlukan abang dalam hidup sayang." Kata Dahlia perlahan.

Matanya menikam ke dalam anak mata Raja Dylan. Penuh kehangatan. Raja Dylan pun sama.

Ternaik sedikit hujung bibir Raja Dylan tatkala mendengar ayat isterinya. Tak mungkin dia akan lupakan Dahlia. Dahlia tu ibarat seperti nyawa nya. Perginya Dahlia, Raja Dylan pun turut sama akan pergi.

"Abang akan sentiasa ada dengan sayang. Kalau terjadi apa-apa antara kita, jangan pernah pergi dan meninggalkan. Abang pun mahukan sayang ada dalam hidup abang. Sentiasa berada di sisi abang." Balas Raja Dylan sembari mencium pucuk hidung Dahlia.

Terpejam sekejap mata Dahlia.

Setelah itu, dibuka matanya. Terbit senyuman di bibir mungil Dahlia lalu Dahlia menggeselkan hidung mereka berdua.

"Manja." Kata Raja Dylan selari tergelak perlahan.

"Dengan abang je. Ke.. abang nak sayang manja dengan lelaki lain?" Tajam terus mata Raja Dylan menikam mata Dahlia.

"Don't you dare, sayang. Once he touches you, he will die. And you.. as my wife, has to obey me. Jangan pernah sayang ada niat untuk manja dengan lelaki lain." Ujar Raja Dylan dengan suara yang sungguh serius.

Dahlia terasa payau untuk menelan air liur apabila melihat reaksi suaminya. Dengan pandangan yang tajam. Kalau lah mata Raja Dylan itu ada panahan laser. Mesti Dahlia dah terbelah-belah sekarang ni.

Tajam dan menusuk ke dalam kalbu. Ecewahhh..

Pickupline ke tewww?

"M-mana ada. Sayang gurau je lah. Abang jangan lah serius macam ni." Laju Dahlia memeluk suaminya.

Takut bila melihat Raja Dylan yang berubah serius. Tak pernah lagi dia nampak Raja Dylan bersikap serius begini pada dia. Sebab itu lah Dahlia takut. Lepas ni dah tak nak bergurau macam ni dengan Raja Dylan.

Rasa seram. Lagi seram dari hantu.

"Kalau tak nak abang serius macam ni. Sayang jangan buat. Cakap macam tadi pun tak nak dah. Okay?" Mengangguk Dahlia.

"Words, baby." Arah Raja Dylan dengan sangat tegas.

"Ya, abang. Sayang janji." Jawab Dahlia seraya semakin mengeratkan pelukan mereka berdua.

Selepas itu, Dahlia mengangkat wajahnya dan merenung wajah suaminya yang masih menayangkan riak beku dan mendatar.

"Abang.. jangan lah muka beku macam ni. Senyum lah." Dahlia menarik bibir Raja Dylan membentuk senyuman. Tapi kembali seperti asal.

Wajah tanpa riak. Tiada senyuman serta reaksi mesra.

Sesudahnya, Dahlia menekup kedua pipi Raja Dylan lalu dicium seluruh wajah Raja Dylan. Bermula dari pipi, dahi, hidung, bibir dan diulang semula. Tiada satu inci pun yang tertinggal.

Tersenyum Raja Dylan di sebalik ciuman yang Dahlia beri.

Raja Dylan pantas memeluk si isteri. Wajahnya disembamkan di ceruk leher Dahlia. Wangi. Bau yang sungguh menenangkan Raja Dylan.

"I love you. Always love you." Ucap Dahlia bagai tanda memujuk suaminya.

"Love you too. And always love you too." Balas Raja Dylan tak kalah manis.

~~~~~~~~~~

Menjeling tajam Tiara pada jejaka yang berdiri di hadapannya sekarang. Lelaki ni nak apa? Hari-hari pula tu datang. Tak penat ke? Dah lah jauh.

"Awak ni nak apa?" Soal Tiara kasar.

"Nak kau." Jawab Fahrin selamba.

Tiara melepaskan keluhan kasar. Dipandang wajah Fahrin dengan toya. Dibuat muka jelek.

"Saya takda masa lah nak main-main. Betul-betul lah awak nak apa? Nak kena tumbuk?" Menyenget bibir Fahrin mendengar itu.

Konon nak tumbuk orang. Tangan pun kecil saja. Tak rasa apa lah setakat tumbuk. Dah lah orangnya pun kontot. Tapi ganaih boh.

Huhu.

"Senyum-senyum pula. Fahrin.. awak ni nak apa? Dari tadi kacau saya. Lagi satu, awak tak penat ke ulang-alik hari-hari dari KL ke Selangor? Ha?" Tiara meletakkan kain kotor yang dipegang tadi ke tepi.

Sekarang dia nak fokus pada Fahrin. Nak tahu juga. Memang lelaki ni tak penat ke?

"Tak penat. Tapi ada yang lagi penat." Terjungkit sebelah kening Tiara.

"Apa?" Kepoh nak tahu.

"Penat kejarkan hati kau untuk aku." Cia, cia, cia.. ternganga lima saat Tiara. Dia cuba untuk mencerna ayat Fahrin barusan.

Dia tak salah dengar kan? Penat kerjakan hati dia untuk lelaki kacak depan dia ini? Biaq betik? Sihat tak ni?

"Fahrin, awak sihat ke?" Soal Tiara prihatin. Risau pula. Mana tahu ada wayar lost dekat otak. Itu yang jadi tak betul sekarang.

Berubah toya wajah Fahrin. Kemain dia bagi pickupline. Gadis di hadapannya ini boleh balas macam ni? Takda perasaan ke? Ke.. pickupline dia tak menjadi? Haih.

"Malas aku. Buatkan aku ice cappucino." Sejurus itu, Fahrin terus berpusing dan berjalan menuju ke meja nya semula.

Tergelak perlahan Tiara dengan sikap Fahrin. Bukannya dia takda perasaan. Hati dia tadi pun dah rasa nak meletup dan keluar dari soket selepas mendengar ayat manis Fahrin.

Tapi dia lah kawal perasaan tu. Tak boleh tunjuk. Lagipun masih awal lagi untuk diaorang ke fasa yang lebih serius. Tiara nak kenal dan berkawan. Tapi bila dilihat-lihat dari gaya Fahrin ni.. dia macam nak ajak Tiara kahwin terus.

Apa dia ingat Tiara ni macam Dahlia? Dahlia dengan Raja Dylan tu dijodohkan walaupun mereka memang dah terfall in love pandang pertama.

Aduiii.. Fahrin, Fahrin.

Jangan gelojoh. Banyak lagi waktu. Usaha tangga kejayaan. Jangan berhenti berusaha.

Menggeleng kepala Tiara apabila melihat wajah masam mencuka milik Fahrin.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now