ILYMC : 41

2.1K 146 8
                                    

High Luxury

Dahlia melepaskan keluhan apabila merasa kebosanan yang sangat-sangat bosan melanda dirinya. Dia duduk di sofa sambil matanya memerhati si suami yang sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon.

Pagi ini, Dahlia dibawa oleh Raja Dylan ke pejabat. Kerana Raja Dylan kata tak boleh berjauhan. Nanti rindu. Macam biasa lah korang. Raja Dylan ni mengada dan menggedik.

Terkelip-kelip mata Dahlia memandang suaminya yang berdiri membelakangi dirinya. Muka Raja Dylan pun dilihat sangat serius ketika itu.

Tak tahu lah tengah bercakap apa sampai serius macam tu. Seram pula Dahlia tengok wajah suaminya.

Tapi bila dilihat-lihat. Dahlia tersenyum sendiri kerana suaminya cukup hensem memakai baju kemeja hitam dengan lengan disingsing sehingga ke siku dan tiga butang baju atas dibuka.

Selepas itu, sebelah tangan dibawa masuk ke dalam kocek seluar. Dapat Dahlia lihat timbul urat-urat di tangan kekar itu.

Wuu.. seksi.

Tak lama selepas itu, Dahlia bingkas bangun lalu berjalan menghampiri suaminya. Dekat saja, langsung dipeluk tubuh Raja Dylan dari belakang.

Tersentak Raja Dylan apabila dipeluk secara tiba-tiba. Ditindih tangan kecil isterinya. Bibirnya pula sudah menyunggingkan senyuman.

Kemudian, Raja Dylan merenggangkan sedikit pelukan lalu dia memusingkan badannya menghadap sang isteri. Telinganya masih lagi mendengar apa yang dibicarakan oleh seseorang di talian.

Menunduk kepala Raja Dylan merenung wajah anggun sang isteri. Dikucup dahi Dahlia sekilas sebelum diusap pipi Dahlia.

'Kenapa?' Soal Raja Dylan walaupun tidak bersuara. Hanya gerakan bibir sahaja.

Menggeleng perlahan kepala Dahlia. Dia menyengih di hadapan suaminya. Saja nak peluk. Tadi dia bosan. Sekarang ni rasa macam nak kacau pula.

Terbit senyuman tipis Raja Dylan. Ini mesti kes bosan. Itu yang datang nak menempel macam sekarang.

'Lapar.' Adu Dahlia seraya menggosok perutnya dan membuat wajah sedih dengan melengkungkan sedikit bibirnya ke bawah.

Dari senyuman tipis terus bertukar menjadi senyuman lebar. Suka dia tengok wajah isterinya begini. Comel sangat. Buat Raja Dylan rasa geram dengan kecomelan isteri dia ini.

"Nanti kita discuss lagi. Aku ada emergency." Kata Raja Dylan dengan serius walaupun mukanya tetap tersenyum.

Dahlia yang mendengar kata emergency langsung mengerutkan dahinya. Apa yang emergency?

"Emergency apa abang?" Soal Dahlia setelah Raja Dylan mematikan panggilan.

Raja Dylan tidak menjawab. Malah dia menarik Dahlia supaya lebih rapat dengannya. Handphone nya tadi dimasukkan ke dalam poket seluar lalu kedua tangannya melilit di pinggang ramping cinta hati dia ini.

Matanya tidak berkelip dan tidak lepas dari memandang wajah yang sentiasa menyenangkan dan menyejukkan hatinya. Penuh hangat pandangan yang Raja Dylan beri buat Dahlia.

"Sayang lah emergency abang. Dari tadi buat hati abang dup dap dup dap. Laju je jantung abang ni berdegup untuk sayang. Lagi-lagi tengok muka comel sayang tadi. Geram lah abang." Ujar Raja Dylan sembari mendekatkan wajah mereka dan melagakan hidung mereka berdua.

Dahlia apa lagi. Memang terus jadi ulat beluncas. Hampir dia nak terjatuh. Nasib baik ada hero hensem peluk pinggang dia ketat-ketat.

"Abang buat sayang cair lah.." Kata Dahlia selari meletakkan sebelah tangannya di atas dahi dan dahinya didonggakkan memandang atas.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now