ILYMC : 45

2.1K 150 6
                                    

Dahlia yang sedang membasuh pinggan, mangkuk dan cawan yang telah digunakan semasa dia makan tadi bersama dengan Raja Dylan ditegur seseorang dari belakang.

Berpaling sekejap kepala Dahlia memandang figura yang menegurnya. Ternyata ada seorang mak cik yang kelihatan usianya hampir sama dengan Puan Sri Hasrita. Wajah pun hampir sama.

Siapa ni?

"Kau ke Dahlia? Menantu Hasrita?" Soal mak cik itu.

Dahlia tidak menjawab. Dia menyudahkan sekejap kerja membasuhnya lalu dilap tangannya di kain. Selepas itu, baru lah dia berdiri menghadap mak cik kerek ini.

Dahlia menghulurkan tangan mahu bersalam. Tetapi, mak cik itu hanya membuat riak jengkel. Dahlia menarik semula tangannya. Dah orang tak sudi nak bersalam, kita pun tak payah nak terhegeh-hegeh lah.

"Ya, saya Dahlia. Menantu kepada Puan Sri Hasrita. Kenapa ya?" Jawab Dahlia dengan sopan.

"Aku Khatijah. Kakak sulung mak mertua kau." Balas Puan Khatijah.

Kini, baru lah Dahlia tahu. Patut lah muka ti seakan. Adik-beradik rupanya. Tapi Puan Sri Hasrita perangainya cantik, secantik wajahnya.

Tapi.. kenapa dia lihat Puan Khatijah ni lain? Buruk perangai sama macam muka. Oh lupa.. walaupun adik-beradik, belum tentu semuanya sepesen. Macam orang-orang selalu kata lah.

'Rambut sama hitam, hati lain-lain'. Kan pepatah tu.

"Mana mak mertua kau?" Soal Puan Khatijah macam nak cari gaduh.

"Bonda dekat luar kot. Mak long baru sampai? Nak makan? Kalau nak, nanti Lia hidangkan." Ujar Dahlia seraya menawarkan diri mahu menghidangkan makanan buat Puan Khatijah.

"Tak perlu. Aku dah makan. Lagipun tak selera lah aku kalau engkau yang hidangkan makanan untuk aku. Hmph!" Sejurus itu, Puan Khatijah terus berlalu pergi.

Terdiam Dahlia melihat aksi sombong Puan Khatijah barusan. Sikit pun dia tak terasa dengan Puan Khatijah. Cuma dia agak 'shik shak shok' sebab berjumpa dengan mak cik yang super-super sombong begini.

Nak saja Dahlia cuci muka sombong Puan Khatijah pakai pencuci pinggan ni tadi. Geram betul.

Tak lama kemudian, Raja Dylan menegur isterinya selepas dia masuk ke dalam dapur. Dilihat wajah isterinya yang cemberut seakan ada sesuatu.

"Sayang." Panggil Raja Dylan.

Menoleh Dahlia merenung suaminya yang berjalan mendekati dia. Dia menaikkan kedua alisnya sebagai tanda bertanya kenapa.

"Kenapa muka ni? Cemberut je." Tegur Raja Dylan seraya mengusap lembut pipi Dahlia.

"Mak long abang tu. Sombong betul. Nak je saya ni basuh muka dia pakai sabun pencuci pinggan ni." Ujar Dahlia dengan jujur.

Tergelak Raja Dylan mendengar kata-kata isterinya. Puan Khatijah memang begitu orangnya. Mulut dia pun boleh tahan juga. Sama macam anak dia, Arina tu. Mak borek, anak rintik.

"Biarlah. Mak long memang macam tu. Tapi nanti dia kacau sayang lagi, biar abang yang cakap. Okay?" Mengangguk Dahlia. Setelah itu, dia terus memeluk tubuh tegap suaminya.

Penat. Wajahnya disembamkan di dada bidang Raja Dylan. Raja Dylan pula membalas pelukan isterinya. Dikucup puncak kepala isterinya. Belakang badan Dahlia digosok lembut.

"Jom lah rehat. Abang masuk ni tadi nak ajak sayang rehat. Bonda dan nenek suruh kita rehat. Kerja-kerja ni semua diaorang boleh buat. Lagipun dah malam ni." Beritahu Raja Dylan sambil masih setia melabuhkan bibirnya di ubun-ubun kepala Dahlia.

Mendongak kepala Dahlia dan menyandarkan dagunya di dada Raja Dylan. Terkelip-kelip matanya merenung ke dalam mata suaminya. Bibirnya tersebik sedikit.

"Why cupcake?" Soal Raja Dylan selari menyisir rambut isterinya.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now