ILYMC : 44

2K 142 4
                                    

Dahlia duduk di atas katil selepas selesai membersihkan diri. Rambutnya yang masih basah dilap menggunakan tuala. Termenung Dahlia tanpa sedar yang suaminya pun sudah selesai dari acara mandiannya.

Mereka mandi bersama tadi. Tapi Dahlia selesai dahulu. Sebab itu lah dia keluar dahulu.

Tersentak Dahlia tatkala hidungnya dicuit oleh Raja Dylan. Menoleh kepalanya memandang sang suami yang sudah melabuhkan duduk di sebelahnya.

"Kenapa ni?" Soal Raja Dylan.

"Takda apa. Cuma sejuk." Jawab Dahlia ringkas. Dia melabuhkan kepalanya di atas bahu Raja Dylan.

Wanginya suami dia ini. Dia menyedut bauan badan yang terbit dari Raja Dylan.

Raja Dylan membelai kepala Dahlia. Bibirnya menyentuh ubun-ubun sang isteri. Dihidu bau wangi yang terbit dari rambut Dahlia.

"Wanginya isteri abang. Rasa macam nak ngap." Dahlia menepuk paha suaminya. Dia mengangkat kepalanya dari bahu Raja Dylan.

"Asyik nak ngap je. Penat lah sayang nak layan. Letih. Nanti-nanti je lah nak ngap kita pun." Bidas Dahlia selamba. Dia penat nak melayan perangai gatal Raja Dylan yang satu ini. Asyik Dahlia saja yang kena 'makan'. Hm.

Tergelak perlahan Raja Dylan saat mendengar balasan dari isterinya. Tak lama kemudian, pintu bilik diketuk dari luar.

"Abang Dylan.. nenek panggil turun suruh makan." Jerit Arina dari luar bilik dengan suaranya sengaja dibuat nada manja.

"Ya. Nanti aku turun." Sahut Raja Dylan.

"Okay, abang." Balas Arina.

Selepas tidak lagi mendengar suara Arina, Dahlia lantas menyidai tuala mandiannya tadi ke atas penyidai dengan berwajah masam. Tak suka dengan budak Arina tu.

Gedik. Nak saja Dahlia belitkan lidah Arina dibuat jadi toncang. Biar padan muka. Bukan kemain lembut dan manja lagi sebut nama laki aku.

"Hish!" Mendengus kasar Dahlia.

Raja Dylan yang mendengar dengusan isterinya langsung mendekat dan memeluk Dahlia dari belakang.

"Kenapa ni?" Soal Raja Dylan ingin tahu. Wajahnya disembamkan di ceruk leher Dahlia. Dihidu dalam-dalam bau Dahlia. Sangat menenangkan dirinya.

"Abang Dylan.. ninik pinggil tirun siruh meken." Dahlia sengaja mengajuk kata-kata Arina semula.

Kini, baru lah Raja Dylan mengerti. Dia melepaskan tawanya. Dicium dan ditekan hidungnya ke pipi Dahlia.

"Cemburu rupanya isteri abang ni. Patut lah comel." Kata Raja Dylan seraya menatap sisi wajah Dahlia.

"Cemburu lah. Menggedik sangat. Bukan main manja.. lagi dia panggil nama abang. Abang Dylan, abang Dylan, abang Dylan. Jangan sampai lidah dia tu.. sayang belit buat jadi toncang tau." Geram Dahlia bila mengingat semula cara Arina memanggil suaminya.

Sibuk panggil suami dia 'abang' juga. Potong lidah tu.

Raja Dylan yang mendengar kata-kata isterinya terus melepaskan tawa besar. Rasa kelakar pula. Lidah Arina nak dibuat toncang. Apa dia ingat rambut? Haih.. boleh tahan cemburu juga isteri dia ini.

"Biarlah. Bukan abang tergoda pun kalau dia panggil abang dengan panggilan abang. Abang lagi tergoda kalau sayang yang panggil abang dengan panggilan abang sambil buat nada manja. Confirm.. sekarang juga abang ngap sayang. Kita tak keluar bilik nanti." Balas Raja Dylan.

Ini nak tenangkan isteri ke.. nak cari pasal? Dahlia menoleh memandang suaminya. Tajam mata dia merenung wajah Raja Dylan yang hanya beriak biasa di hadapannya.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now