Prolog

18.2K 439 46
                                    


" Puteri Dhia Aralyn sayang, jangan nangis. Nanti bertambah buruk muka tu," ujar wanita itu sambil mengusap usap rambut coklat beralun milik kanak kanak perempuan berusia 7 tahun itu. Kanak kanak itu menangis teresak esak di pangkuannya.

" Semua kata Dhia buruk, Dhia tak cantik. Rambut Dhia pelik. Hidung Dhia aneh..Dhia..Dhia tak cantik ke, Ibu Seri?," esakan budak kecik itu makin kuat, menyebabkan Ibu Seri tersenyum nipis.

" Ya Dhia, sebab itu lah bonda dan ayahanda Dhia tak benarkan Dhia keluar, sebab dorang malu ada Puteri tak cantik macam ni. Dhia jangan keluar ya sayang. Makin banyak orang tahu yang Dhia tak lawa, pelik," sayu suara Ibu Seri menutur kata sambil tangannya mengusap rambut.

" Sshhyyy jangan nangis sayang, nanti lagi lah bonda Dhia tak nak Dhia keluar istana."

Dhia menangis senyap di pangkuan Ibu Seri, menahan tangisnya yang makin kuat. Dia takut bonda tak nak membawa dia keluar dari istana, tak seperti abang abangnya.

" Dhia jangan beritahu bonda apa yang Ibu Seri kata tadi ya sayang. Nanti Ibu Seri dah tak boleh jaga Dhia, dah tak boleh usap rambut Dhia."

Dhia menggeleng geleng kuat.

" Tak nak..tak nak..Ibu Seri jangan tinggalkan Dhia. Jangan..tolong.." raung Dhia dalam pelukan Ibu Seri.

Usapan rambut itu makin dalam, dan kelihatan Ibu Seri makin lebar senyumnya. Aneh.

" Tak, Dhia. Ibu Seri takkan tinggalkan Dhia, walau kata kata Ibu Seri sekali pun."

———————————————————-

9 tahun kemudian

Dinding asrama dipanjat dengan nekad. By hook or by crook, dia nak juga ke fun fair kali ini. Dia tahu minggu lepas ayahandanya Sultan Aminullah dah berpesan kepada warden asrama supaya memantau dirinya, dan lihatlah, beberapa bodyguard disediakan khas untuk menjaga dirinya, selaku kerabat diraja.

Tapi kerabat or tak, dia masih gadis berusia 16 tahun yang berdarah muda dan ingin kebebasan mutlak sebagai seorang remaja.

"Dhia, kau dah gila ke?" Soal Yasmin dari bawah sambil cuba menolak Dhia ke atas tembok. Manakala Alana sudah menunggu mereka dari sebelah tembok sana. Seorang lagi, Syira pula sedang check line di balik dinding.

" Syhh ni masanya nokkk, cepat tolak aku," ujar Dhia, kakinya giat memanjat tembok dan dia sudah bersedia melompat ke sana, bersama Alana. Tidak lama kemudian, Yasmin dan Syira sudah selamat melompat bersama. Kini keempat empat sahabat baik itu sudah selamat fly ke luar asrama.

" Kau tahu tak kalau bapak kau tahu, comfirm dia akan cari kau laki, sebab dia dah fed up jaga puteri degil macam kau." Syira si mulut becok bersuara mengundang tawa Yasmin dan Alana, manakala Dhia pula muncung sedepa.

" Kahwin? Kau ingat aku nak? Then kau ingat ada ke yang nak kahwin dengan puteri buruk macam aku?Lari lah weh, ada kaki maaaaa," balas Dhia bergurau. Gila apa nak kahwin masa ni, exam besar pun tak lepas lagi.

Yasmin kerut dahi. Buruk? Dari awal perkenalan persahabatan mereka, memang si Dhia tak habis habis mengatakan dirinya tak cantik.

Dhia ni tak tahu ke even si Ketua Murid tu pun sukakan dia tau. Anak pengetua sekolah yang belajar luar negeri pun simpan rasa kepada Dhia. Sebab si Dhia ni cantik nak mampus. Dia pun suka tengok muka Dhia Aralyn ni. Jelita nok.

" Weh, kau kena ingat Tengku Puteri Dhia Aralyn, kau tu puteri raja. Tapi perangai hauk tak serupa puteri langsung, dah macam budak tak matang separuh masak," Alana menambah, saja menyakitkan hati sahabatnya itu. Dhia tersengih lebar, langsung tak ambil hati.

Teksi ditahan dan keempat empat gadis itu memasuki kereta. Dhia yang memakai topi hanya menunduk, mengelakkan dirinya dikenali, kerana statusnya sebagai puteri raja. Kerana dia, merupakan Tengku Puteri Dhia Aralyn, puteri negeri Treez, puteri kepada Sultan Aminullah Idris Shah. Seorang yang sangat sempoi dan low profile. Tidak ramai yang tahu tentang kewujudan dirinya kerana dia yang tidak suka memberitahu identitinya kepada sesiapa.

Setiap majlis rasmi, makan malam atau majlis kunjungan dari negera/ negeri lain, Dhia tidak akan menghadirinya. Puas ayahandanya, Sultan Amin dan bondanya Permaisuri Darisa memujuk dan memaksa tetapi Dhia dengan perangai gila nya akan melarikan diri dari tembok istana. Lama kelamaan, mereka sudah malas memaksa.

Lagipula anak anaknya yang lain masih ada yang menurut serta mewakili ke majlis, jadi tidaklah nampak sangat ketiadaan Dhia.

Dhia mempunyai 3 orang abang dan dia, puteri bongsu. Tengku Damian Asytar, abang sulungnya yang merupakan pewaris utama pemerintahan negeri, sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Manakala Tengku Daniel Ashraf dan Tengku Danzel Ashman, pasangan kembar juga sama seperti abang sulung mereka, cuma berbeza jurusan. Damien mengambil subjek Art Building manakala Daniel dan Danzel mengambil jurusan Akaun.

Hanya dirinya sahaja, yang sukar dikawal oleh kedua ibubapanya. Paling sukar diterima, Dhia pernah dihantar kursus ke kem puteri puteri diraja dari seluruh dunia. Boleh dia cabut lari setelah pendaftaran dan terus pulang ke Inderaloka. Sebakul bebelan diberikan oleh Sultan Amin dan Dhia juga diberikan hukuman tahanan.

Namun ianya masih tidak menginsafkan Dhia.

Radio teksi itu memaparkan segmen berita, sekaligus memutuskan lamunan Dhia.

" Berita dalam negara, Putera Mahkota Inderaloka, Putera Aisar Iskandar ibni Sultan Riyadh Aziz berkenan merasmikan Hari Kanak Kanak bertempat di Institut Kanser Negara, yang terletak di negeri Mutif..."

" Negeri Mutif? Oh mamat tu ada kat sana eh?" Kata Alana, seperti soalan pula bunyinya. Haih jangan lah tanya soalan macam tu Alana oi, nak suruh orang tahu ke ada seorang kerabat diraja dalam teksi ni.

Motif?

Kedengaran bunyi deheman dari arah pemandu menyebabkan gadis gadis itu terdiam.

"Mamat yang awak maksudkan ni Putera Mahkota negara kita. Jangan panggil dia macam tu nak. At least kena simpan hormat kita juga kepada dia, lagipun Sultan Riyadh orang yang hebat. Kelas atasan. Anaknya juga pasti hebat." Setepek pula pakcik pemandu Teksi ni menegur.

Syira membuat muka. Dia memang menyampah kalau isu isu berkaitan kelas kelas kasta ni. Baginya semua sama, asal berdarah merah. Sebab itu Dhia dan Syira boleh geng. Fikiran liberal betul.

" Pak Cik tahu ke dia umur berapa?" Soal Yasmin tiba tiba. Alana menjeling ke arah Dhia yang hanya melempar pandangan ke luar tingkap. Muka Dhia tidak beriak.

Malas ikut campur, kuasa aku. Bisik Dhia.

" Adik ipar pakcik dayang istana rasmi Inderaloka, tak silap dia beritahu, Putera Aisar muda lagi. Dalam 21 tak silap. Sopan orangnya, manis je. Cuma pendiam, dan jenis banyak berfikir. Sekarang kat luar negara, tengah belajar. Mungkin dia ada kat sini sebab cuti semester kot."

Ketiga tiga gadis mengangguk faham, manakala Dhia sudah lentok ke tingkap, mengantuk. Cepat lah sampai funfair, tak sabar ni.

Lima minit kemudian, teksi sudah selamat berhenti di sebuah fun fair tidak jauh dari sekolah mereka. Dhia mengambil inisiatif membayar tambang kerana dia tahu, sahabatnya kurang berkemampuan, lagipun dia yang mengajak mereka semua.

" Whoaaaaa..." melopong Yasmin melihat tempat funfair yang dimaksudkan. Alana melompat lompat gembira manakala Syira hanya berpeluk tubuh. Dhia mengucapkan terima kasih secara ringkas kepada pak cik teksi itu.

Dia perasan pakcik itu merenungnya tetapi Dhia hanya buat biasa. Mungkin wajah tak menariknya menarik perhatian. Lagipun tak ramai orang tahu tentang kewujudannya, jadi dia beriak selamba.

" Hati hati nak," pesan pak cik itu sebelum dia memandu semula. Dhia mengangguk kecil, sopan.

Dhia lantas berpusing ke belakang, dan...

"Okay girls, lets terjahhhhh!!!"

——————————————-

Hai korang, author is back🤐

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now