65

6K 311 23
                                    

Boleh dengar lagu ni sekali hehe🤭

Televisyen memaparkan berita Putera Mahkota naik takhta sedikit sebanyak membuatkan senyumnya menguntum. Kelihatan suaminya sedang memberikan ucapan sulung selaku Raja Pemerintah Inderaloka dan ianya disambut dengan meriah oleh rakyat jelata.

Ada desas desus mengapa Permaisuri tidak dinaikkan untuk kali ini, tetapi Aisar beralasan ringkas.

" Setakat ini, saya tidak mahu menaikkan isteri saya Tengku Puteri Dhia Aralyn lagi sebagai Permaisuri kerana buat sekarang ini saya inginkan masa isteri saya khas untuk saya. Dia sedang mengandung anak pertama kami dan beri peluang untuk dirinya fokus pada kandungannya. Saya sendiri yang akan mengambil tugas Permaisuri dibantu oleh setiausaha saya buat sementara ini."

Kacak, dan tampan. Memang hesmes betul dengan warna kemeja biru muda yang dipilih Dhia sendiri. Tersenyum sekali lagi apabila mengenangkan perbualan mereka menerusi telefon pagi tadi.

Oh ya. Dhia masih di rumah Naim, kali ini atas rayuan Dhia sendiri. Aisar akhirnya mengalah dengan pujukan Dhia.

FLASHBACK

" Sayang, baju apa yang nak pakai pagi ni ye? Warna apa yang sesuai?" Kedengaran suara Aisar yang seakan resah mengundang tawa kecil Dhia.

Entah kenapa tiba tiba hatinya ditangkap sayu.

" Abang nervous ke tu? Sabar abang, jangan nervous. Hmm abang nampak kacak dengan warna biru. Pakai lah warna biru." Cadang Dhia, sambil menggigit bibir. Sebak bertandang. Separuh hatinya terasa sedih, kerana dia tiada bersama suaminya di hari bersejahtera Aisar. Dan separuh lagi terasa pilu, yang hanya dia sahaja tahu maksudnya.

" Warna biru? Betul ke sayang?"

Dhia angguk sambil terus menahan esakan.

" Sayang.." panggil Aisar. Dhia lupa Aisar tidak boleh melihat jawapannya.

"Sayang nangis ke?" Kedengaran cemas suara Aisar. "Kenapa sayang? Nak abang balik sana?"

Air mata yang mengalir dikesat laju. " Eh..tak tak..nangis sebab happy lah abang. Akhirnya abang berjaya dapatkan apa yang abang idamkan selama ni."

" Tak semua sayang. Tak semua yang abang idamkan abang dapat. Abang dapat takhta tapi sayang tak ada kat sini, ayahanda dan bonda juga tiada bersama. Abang kan dah tangkap dorang."

Semakin pilu rasa hati Dhia. Bagaimana dia mahu meninggalkan semua ini? Ikatan cinta itu terlalu kuat antara Aisar dan dirinya.

" Sayang." Panggil Aisar, menyebabkan Dhia mengesat air matanya lagi.

" Ya abang." Sahut Dhia, serak sedikit suaranya.

" Boleh abang nyanyi satu lagu?" Haih pelik pelik la suaminya. Pagi hari kemahsyuran ni tiba tiba nak nyanyi pulak.

" Lagu apa? Tiga kupang lagi? Jangan macam macam eh," kata Dhia pura pura marah, mencetus tawa Aisar di sebelah sana. Air matanya sekali lagi dikesat.

" Tak, lagu ini memang khas untuk sayang. Dengar la dulu boleh?" Pinta Aisar. Dhia tersenyum lalu angguk.

" Okay, Dhia dengar."

" Okay, ehem. Dengar tau."

Belah dada ini, lihatlah hatiku
Bila itu bisa yakinkanmu
Hidup dan matiku hanya untuk cintaku
Hati takkan bisa dusta

Aku sayang sampai mati segenap hati ini
Rasaku membahana, getarkan jiwa
Aku sayang sampai mati segenap jiwa ini
Biarlah kubuktikan janji hatiku

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now