23

6.4K 296 8
                                    


Tiga hari berlalu dengan tenang, dan tiga hari juga Dhia hanya berjalan jalan dalam istana. Rupanya Aisar tak cuti, esok lepas habis resepsi tu terus dia masuk kerja. Cuma dia perasan juga, mamat tu balik awal, tengok tengok kol 6 petang dah terpacak dalam istana.

Dhia juga sejak hari pertama setelah habis resepsi, dia sengaja turun ke dapur istana untuk buat sarapan khas suaminya. Kata orang nak takluk hati suami kena ikat perutnya ye kan?

Hanya ada satu jalan sahaja untuk Aisar benarkan dia kembali bekerja, iaitu berlembut dengan Aisar. Dia sempat berborak dengan Permaisuri Sofea, kata bonda mentuanya, Aisar suka wanita lemah lembut, wanita yang cakap sopan sopan. Masalahnya itu semua kontra dengan Dhia sendiri.

Dengan abang abang dia pun pakai jerit nama je, ni nak cakap sopan pula. 360 darjah lah fake dia kali ini.

Hari ini hari ketiga dia duduk di istana. Serius, dia rasa ingin meletup kebosanan. Gazebo tempat dia lari tidur berhampiran kandang kuda tempoh hari menjadi tempat lepaknya setiap petang.

Kandang kuda itu dilihatnya. Kenapa kuda kuda ni tak keluar? Sejak Dhia kat sini, memang tak pernah lagi nampak kuda ini dilepaskan. Dhia tak pernah naik kuda. Macam seronok juga kalau naik kuda ni kan.

Dia berpusing kepada dayang dan pengawal peribadi yang ditugaskan menjaga dirinya. Mereka berdiri jauh sikit dari gazebo itu. Puas Dhia mengajak mereka duduk bersama sama tetapi mereka tetap enggan.

" Naim, kuda kuda ni sapa punya?"

Naim, jejaka tampan berkulit cerah, yang merupakan pengawal peribadi Dhia segera menghampiri.

" Itu semua kepunyaan Tuanku Sultan dan juga Tuanku Putera Mahkota Aisar. Oh seekor dihujung sana kepunyaan Tuanku Putera Aizat juga."

Aisar pandai naik kuda ke? Oh,serba boleh mamat tu. Terbit kagum dalam diri Dhia.

" Boleh bawa saya ke sana?" Soal Dhia menunjukkan ke arah kandang itu. Naim seolah olah kaget.

"Maaf Cik Puan tapi Tuanku Putera dah arahkan supaya Cik Puan tidak masuk ke kandang sana."

Dhia kerut dahi. Aik macam mana dia tahu tempat lepak aku kat sini? Sedangkan aku pasti sebelum jam 6 petang lagi aku dah masuk ke istana siap siap tunggu dia. Well isteri mithali kan.

" Macam mana dia tahu yang saya ada kat sini?"

Naim garu kepala, tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan.

" Naimmmmm..." panggil Dhia dengan nada amaran.

"... awak report kat suami saya pasal hidup saya seharian ni?" Soal Dhia merenung tajam ke arah Naim yang tertunduk.

Naim mengetap bibir dan menjatuhkan kepalanya berulang kali tanda anggukan.

" Maafkan saya Cik Puan."

Dhia hela nafas keluhan. Haih, bosan betul lah.

" Okay saya maafkan awak, dengan syarat."

Naim mengangkat wajahnya, matanya memandang ke arah Cik Puannya sebelum melarikan anak matanya ke arah lain. Dia masih ingat pesan Putera Aisar kepadanya, dilarang merenung isterinya. Dia tahu kenapa pesanan itu diberi kepadanya.

Sebab Puteri Dhia itu cantik sungguh.

" Boleh tak just bawa saya ke dalam kandang tu? Saya cuma nak tengok je. Please?" Kata Dhia, matanya cuba dibuka seolah olah puppy eyes. Naim serba salah, hendak ditolak, itu isteri Putera Aisar. Tapi kalau diterima, comfirm Aisar mengamuk.

Naim menoleh ke arah Umairah, dayang istana khas untuk Puteri Dhia, meminta pertolongan. Umairah terpinga pinga, dia tidak faham akan bentuk pandangan pertolongan yang dipohon Naim.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now