76

5.8K 335 22
                                    


Kecemasan dan Trauma, Hospital Utama K
9.30pm

Dhia memakai kasut sneakers dan baju scrub bewarna biru royal. Malam ini adalah turn dia untuk bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma. Hospital itu mengalami kekurangan staff terutamanya dari doktor bertugas jadi Pengarah Hospital mengarahkan para MO ( Medical Officer) dari setiap jabatan untuk dihantar wakil setiap minggu untuk turun membantu.

Jadi minggu ini adalah giliran dirinya untuk membantu geng Kecemasan.

Anak kembarnya pula dihantar di nursery hospital yang khas untuk pekerja yang bekerja shift.

Suasana area Kecemasan dan Trauma tenang tanpa ada apa apa keriuhan.

Pesakit yang datang malam itu juga tidaklah teruk. Demam, batuk, kes patah tangan atau tersumbat tahi telinga. Kebiasaannya ada asma, atau sakit dada, mahupun sawan ( epilepsi) tetapi malam itu tiada.

Mungkin sebab lucky chain. Dhia tersenyum kecil.

" Dahlia, kalau kau nak makan, aku bawak kek kat pantri, nanti kau makanlah," ujar Dr Izwan, tersenyum manis. Dr Izwan merupakan rakan MO dari Jabatan Kecemasan. Dan juga ketua Trauma case mereka malam ni.

Dhia angguk. " Thanks beb. Macam sedap je bunyi kek kau. Lama dah aku tak makan kek kau buat. Betulkan kau buat kan?"

Izwan tersengih sambil menbasuh tangannya, dia baru sahaja mengambil darah dari tangan seorang kanak kanak.

" Of course, indulgence beb. Kek kegemaran kau kan. Hah aku buat banyak sikit, bila tahu turn kau malam ni. Makan tau," kata Izwan sambil mengelap tangan dengan tisu.

" Okay tak de hal, kau buat, aku......."

Satu bunyi loceng kedengaran dari luar pintu sliding Kecemasan, memotong kata kata Dhia yang ingin terluah. Menandakan ada kes bertanda red alert yang akan masuk.

Bunyi ambulans dari jauh sudah kedengaran. Sepasukan sudah berlari ke luar termasuk Izwan manakala Dhia sudah bersedia di dalam.

" Kes apa?" Soal Dhia sambil mengambil hand sanitizer, menyapu ke seluruh tangannya kepada seorang S/N yang berada di sebelahnya.

" Tak pasti Dr Dahlia, tak de kata apa pula."

Dhia angguk.

Bunyi pintu ambulans terbuka kedengaran dan stretcher dijatuhkan. Dari jauh Dhia ternampak samar samar tubuh seorang lelaki yang terbaring berlumuran darah di kepala, dan kaki kirinya kelihatan terkulai. Baju yang dipakainya seolah pernah dilihat.

Wajah lelaki itu terselindung disebalik keriuhan ramai.

"Man, guess Malay, John Doe, around 30 an, unsure mechanism of injury. A passerby said that patient was hit by a car, that car just left him after that. No vomiting, and no ENT bleed." Seorang paramedik bersuara laju sambil menolak stretcher.

" Vital sign?" Dr Izwan bertanya.

" BP 119/90 mmHg, PR 120 bpm dan RR24. SPO- 70%"

Stretcher itu menghampiri Dhia dan baru lah Dhia dapat melihat gerangan siapa di atasnya.

Lelaki gelandangan itu!!

Tanpa sedar kaki Dhia terus menghampiri stretcher itu.

" Dr Dahlia?" Soal Dr Izwan, hairan.

" Aku..aku syak takut ada fracture, please benarkan aku attend dia juga." Kata Dhia seolah olah merayu. Dia cuba pakai alasan dia dari Orthopedic. Entah kenapa hatinya benar benar sedih melihat lelaki itu terbaring sebegini.

Dr Izwan memang mengetahui bahawa Dhia trauma akan jarum dan luka terbuka tetapi melihat Dhia seolah bersungguh sungguh ingin membantu, Dr Izwan hanya mengangguk.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now