62

5.5K 304 19
                                    


Sultan Riyadh sedang memeriksa sesuatu di atas meja ketika Ilman bertindak merempuh pintu pejabatnya.

" Tuanku..tuanku..rakyat mula membuat rusuhan Tuanku, di hadapan menara Eugene Group." Kata setiausaha Sultan Riyadh, Ilman, yang termengah mengah nafasnya akibat berlari.

" Apa maksud kau?" Soal Sultan Riyadh.

Ilman tidak menjawab sebaliknya dia mengambil remote televisyen dan menekan butang merah.

Siaran rusuhan terpampang di skrin. Paling mengejutkan anak saudaranya Tunku Helena yang melapori, menjadi wartawan di sana.

Di bahagian bawah skrin, tulisan huruf besar yang bergerak menarik perhatian Sultan Riyadh untuk membaca.

"INDUSTRI PELACURAN, EKSPERIMENT PEMBUNUHAN ANGKARA EUGENE GROUP."

"INSIDEN KUBUR 240 WANITA DIKEBUMI BERAMAI RAMAI RUPANYA MANGSA UJIKAJI EKSPERIMENT SAINS KENDALIAN EUGENE GROUP."

" SULTAN RIYADH ADALAH PENDUKUNG IDEA DAN MERUPAKAN SALAH SEORANG PENGASAS THE EUGENE GROUP."

Juga dipaparkan satu video tape menunjukkan perbualan perbualan suaranya sendiri dan juga seorang wanita, yang Riyadh pasti itu adalah Sari. Wajah mereka ditutup dengan kaedah blur. Kesemua perkataan yang keluar dari mulutnya dalam video itu memang menunjukkan dirinya mengetahui akan ujikaji itu. Siapa yang merekodnya? Siapa yang menyebarkannya?

Hanya ada satu nama yang terlintas di mindanya.

Aisar. Anak sulungnya. Putera Mahkota Tunku Aisar.

Aisar lah orang yang memang menentang akannya. Aisar lah orang yang benar benar mahukan takhtanya, mahu kononnya menghapuskan industri itu.

Nampaknya anaknya Aisar memang nekad.

Kalau begitu anaknya itu memang betul betul bermain dengan api. Membocorkan video tersebut kepada orang awam memang satu kerja gila dan dia sudah menconteng arang institusi diraja.

Pintu dibuka tiba tiba, dan wajah Haris muncul di ruang bukaan itu. Dibelakang nya adalah Aisar yang melangkah masuk , dengan riak wajahnya beriak puas.

Sultan Riyadh kelihatan berang melihatnya.

" Apa yang kau lakukan ni Aisar? Kau dah gila?" Marah Sultan Riyadh kali ni. Aisar tersenyum sambil memeluk tubuh.

" Ya, Is gila. Is memang dah gila." Balas Aisar selamba. Nyata ianya lebih menambahkan kemarahan Sultan Riyadh.

" Kau dah hampir musnahkan peluang kau untuk dapatkan takhta kau." Bentak Sultan Riyadh. Tetapi Aisar beriak sinis.

"No, ini pembuka peluang Is untuk jatuhkan ayahanda. Kalau dulu Is buat semua ni sebab Is nak selamatkan ayahanda dari dikeji rakyat. Tapi bila ayahanda berniat mahu menyakiti Dhia, bila nama Dhia disebut begitu, Is takkan tolak ansur dengan kegiatan ayahanda lagi. Ayahanda memang patut dan layak dikeji."

Sultan Riyadh membuntang mata.

"Kau bodoh Aisar. Tak guna kau sayang isteri kau sebab isteri kau itu bukan jenis manusia normal. Dia manusia yang mempunyai darah emas. Darah yang memang diingini oleh semua pihak. Dia sepatutnya dikorbankan untuk negara kita untuk kebaikan. Tapi kau....." kata kata Sultan Riyadh terhenti seketika.

"...kau jatuh cinta dengan dia."

Aisar merenung ayahanda tajam. Dikorbankan? Dhia itu isterinya!

" Dhia itu menantu ayahanda, anak kepada Sultan Aminullah, sahabat ayahanda. Is harap dalam penjara nanti ayahanda tolong fikirkan baik baik kata kata ayahanda ini. Ayahanda tamak dalam mencari nikmat dunia. Sehingga ramai nyawa rakyat dikorbankan demi tuntutan nafsu ayahanda!" Jerkah Aisar lantang.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now