61

5.3K 311 16
                                    

Boleh baca sambil tekan lagu ini ya

Bulan itu direnung, cerah berseri menerangi kegelapan malam. Cantik, tetapi tidak dapat digapai.

Bintang bertaburan di atas langit, berkilauan, menenangkan tetapi masih tidak mampu menghilangkan rasa gundah yang bersarang dalam hati seorang Dhia Aralyn.

Dhia mengeluh. Perjumpaannya dengan Ibu Sari tempoh hari langsung tidak diketahui Naim. Naim masih mengawal ketat pergerakannya tetapi kadang kadang dia tahu Naim kasihan juga dengannya. Nampak juga Naim seolah olah buat tak tahu jika dia dapat tahu Dhia keluar. Atau sebenarnya dia tahu, entah.

Dia pun tak tahu apa motif Naim lakukannya. Kenapa pula Naim seolah olah mahu menahannya di rumahnya? Sedangkan Naim tu secara rasmi sudah tidak menjadi pengawal peribadi dia dah.

Setelah Aisar mengahwini wanita lain.

Dhia merenung bulan sekali lagi. Hatinya tertanya tanya apa yang Aisar lakukan sekarang? Bahagiakah dia sekarang? Bahagiakah dia dengan keputusannya? Bagaimana hidupnya sekarang?

Entah kenapa air matanya mudah sangat mengalir apabila dirinya terkenangkan sang suami di sana. Lena dalam pelukan orang lain benar benar meremukkan hati. Walau hampir sebulan berlalu sejak dia keluar dari istana, nyata cukup sukar baginya untuk melangkah pergi. Hatinya sudah dibawa jauh. Jiwanya juga sudah terbang melayang.

Hanya jasad sahaja yang masih teguh disini, bergerak mengikut arah takdir.

Ku putar mesin waktu
Ke saat kita masih tertawa
Ku terus hentikan pita
Seakan bisa kembali lagi

Ku ditemani bintang dan rintik rintik hujan
Kau ditemani dia yang mampu mengganti
Tempat ku yang kau simpan

Masih di bawah langit yang sama
Tetap merenung bulan yang sama
Walau menatap langit yang lama
Namun kita tak lagi berdua

Masih berharap aku kau cinta
Tetap membawa harapan kita
Walau berharap seberapa lama
Nyatanya kita tak lagi sama

Angin bertiup kencang
Lalu malam mendakap tubuhku
Lemas aku tenggelam
Dalam angan aku terjatuh

Andai saja mesin waktu dapat kembalikan
Kita yang dulu
Hakikatnya tidak mampu..

"14344 Aisar Iskandar."

"Dhia masih berharap abang cintakan Dhia, tapi Dhia tahu harapan itu sudah tidak sama. Hari hari Dhia lihat bulan, Dhia tahu bulan itu bulan yang sama dilihat oleh abang..bersama dia. Cukup itu menjadi ingatan manis yang memeritkan Dhia.  Cukup juga untuk Dhia tahu, bahawa abang juga turut melihat perkara yang sama dengan Dhia. Dhia terlalu cintakan abang. Terlalu, tak mampu diungkap dengan kata kata."

"Oleh itu abang..."

"Izinkan Dhia melangkah keluar dari hidup abang. Pergilah abang bahagia dengan dia, Dhia ikhlas dan redha. Dhia lepaskan abang, dengan sepenuh hati Dhia."

"Dhia redha.."

"Dhia lepaskan abang ya.."

——————————

Pendek sahaja untuk kali ini..

Thank you korang untuk vote korang at previous chap..i love you all..

Double untuk korang ye..

Jumpa esok

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now