54

5.1K 278 43
                                    


Sudah 3 hari Dhia duduk di rumah Naim, baru pagi tadi Naim membawa kereta ke bengkel, dengan alasan bengkel baru sahaja dibuka. Itu pun puas Dhia mendesak dan mendesak Naim, sudahnya Naim hanya pasrah dengan desakan bertalu talu oleh Dhia.

" Akak, ajar Nelisa yang topik sistem aliran darah kat jantung ni, boleh? Lisa confuse," kata Nelisa sambil membawa buku tebal biologi dan juga beberapa kertas.

Dhia sudah meminta agar jangan dipanggil Cik Puan kepadanya. Pada mulanya Mak Rina dan Pak Nadir enggan, tetapi akhirnya mereka akur setelah Dhia memaksa jua. Naim sahajalah masih kekal memanggilnya Cik Puan.

" Boleh, meh akak ajar. Lisa tak faham yang mana?"

Nelisa membuka buku dan membelek belek hingga ke satu gambar aliran jantung.

" Ini. Boleh tak akak explain dalam bahasa mudah, aliran darah oxygenated dan deoxygenated"

Dhia mengembung pipinya, sambil memikirkan ayat senang untuk menjelaskan. Nelisa memerhatikan Dhia, mengakui kejelitaan wanita itu. Pipi kembung pun lawa.

" Okay, macam Lisa tahu, oxygenated tu darah yang ada oksigen. Deoxygenated tu darah yang sudah tiada oksigen. So jantung kita ni tujuan dia nak pam darah. Darah yang tiada oksigen atau yang ada karbon dioksida dari badan kita akan masuk menerusi vena cava ke jantung dan akan keluar ke paru paru sebab dia nak ambil oksigen kat sana ikut saluran pulmonari arteri. Okay faham tak setakat ni?"

Dhia melukis gambar jantung dan alirannya, lantas menyerahkan pada Nelisa. Nelisa merenung lama dan mengangguk perlahan.

" Faham." Angguk Nelisa. Dhia tersenyum dan mula meneruskan penjelasannya.

" Lepas darah tu ambil oksigen dari paru paru, darah tu kita panggil oxygenated, dia masuk ke jantung semula menerusi pulmonari vena, dan terus ke seluruh badan menerusi aorta. Nih, akak colourkan sekali, nampak tak?" Tekan Dhia, highlight merah diambil dan diwarnakan di atas ruang sebelah jantung itu.

Mata Nelisa bercahaya.

" Whoaaa.. caya lah akak..dah faham dah. Lisa blur sangat sebelum ni. Ni bila dah pecahkan macam ni baru faham."

" Nanti Lisa kena lukis sendiri baru faham. Akak dulu masa belajar pun tak faham. Akak pecah satu satu baru faham."

Nelisa mengangguk.

" Akak bijak, patutlah akak jadi doktor. Akak tak nak sambung kerja lagi? Tuanku Putera tak bagi akak kerja lagi ke?"

Dhia mengagak Nelisa tidak tahu perkara sebenar tentang dirinya dengan Aisar, dan dia lebih selesa begitu.

" Tak, dia suruh akak focus kat baby dulu."

Nelisa terdiam. Dia kelihatan mahu bertanya sesuatu.

"Nelisaaaa, tolong mak sekejap, mak nak angkat kain. Kamu tolong kacau gulai mak ni!" Tempik Mak Rina menyebabkan Nelisa mendecit.

" Mak ni kan, tak boleh tengok orang senang." Rungut Nelisa menyebabkan Dhia tertawa.

" Jom akak ikut sekali, tak pe akak pun boleh kacau sekali gulai tu."

Nelisa tersengih lebar.

——————————————————-

" Bie!! Tengok ni maid kat dapur tu buat air tak sedap kat baby, baby tak suka lah air ni." Bentak Kyra, geram. Marahnya benar benar mengelegak. Dia mahu jus epal manis, tapi yang dia dapat jus epal hijau.

Aisar hanya melihat iPad dan mengalih perhatian sepintas lalu terhadap Kyra, sebelum dia melihat skrin iPad semula.

" You cakap nak minta tukar air je la. Tak perlu marah marah, kesian yang dalam perut tu." Balas Aisar ringkas.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now