41

5.9K 279 6
                                    


Sampai sahaja di bilik tidur mereka, Dhia lantas memegang tangan suaminya yang terhenti langkah ke wardrobe. Dia perasan wajah suaminya cukup tegang sejak dalam kereta. Tak berani dia nak tegur. Dah macam nak meletup.

Kenapa dengan dia ni?

Sejak jumpa perempuan yang namanya Kyra tu, terus wajahnya berubah. Mereka saling kenal ke?

Kyra tu bekas kekasih dia ke?

Tapi kata Aisar ni tak pernah bercinta? Ke aku salah dengar?

" Abang okay?" Soal Dhia berhati hati, takut juga dia melihat wajah sang suami yang tegang tu.

Aisar kelihatan tersedar sesuatu dan melihat Dhia. Dia melepaskan keluhan dan mengukir senyum.

" Abang okay, kenapa?"

Dhia mengemam bibir dan melepaskan tautan tangannya.

" Abang tipu."

Aisar senyum tipis dan menarik Dhia ke birai katil. Didudukkan isterinya di hujung katil dan dia mengambil tempat di sebelah Dhia.

" Kenapa cakap macam tu sayang?" Soal Aisar lembut. Tangan sebelahnya memegang tangan Dhia, dan sebelah lagi menyelit rambut Dhia ke telinga.

" Sebab muka abang tak ceria selepas jumpa Dr Kyra tadi. Abang kenal dia? Siapa perempuan tu abang?" Soal Dhia, bertalu talu.

Aisar terdiam tapi segera dia ukir senyum.

" Bukan siapa siapa."

Dhia merenung Aisar lama sebelum dia bingkas bangun.

" Abang tipu."

Aisar melihat kelakuan Dhia, tercengang sebentar.

" Sayang.."

" Abang tipu. Abang tipu Dhia." Kata Dhia, mula ambil langkah menuju ke wardrobe. Geram betul rasanya, bagitahu je la kalau minah tu kekasih lama ke, girlfriend cinta pertama ke, apa masalahnya.

Bukan boleh buat apa pun, dah kahwin dah kan sekarang ni. Lagipun perempuan tu datang tegur je, yang mamat ni nak emo bagai dah kenapa.

Ke simpan perasaan lagi?

Dhia geram sebab Aisar tak jujur!

" Sayang..dengarlah dulu."

Dhia menggigit bibir, rasa marah yang melahar mula nak meletup. Dia tetap kekal berjalan menuju ke wardrobe, dah malas nak dengar.

" Dhia tak nak dengar. Abang tipu Dhia..Dhia tak nak.."

" Dhia Aralyn!" Keras nada Aisar memanggil Dhia yang terhenti langkahnya. Memanggil nama penuhnya bermakna Aisar sedang marah. Dan Dhia tidak mahu menghadapi baran yang dah lama tidak dilihatnya.

" Kalau ya pun nak marah, cuba dengar dulu apa abang nak cakap. Abang tak habis cakap lagi kan, kenapa buat macam ni? Abang tak suka sayang buat perangai ni. Abang dah cakap, dia bukan siapa siapa pun untuk abang. Bukan siapa siapa pun untuk abang!" Tinggi nada suara Aisar menyebabkan Dhia terdiam.

Kelopak matanya terasa panas tiba tiba. Hatinya terasa berat. Entah kenapa dia bukan terasa kerana ayat yang digunakan Aisar tetapi..kenapa Aisar tiba tiba nak marah pula kalau benar tiada apa apa. Boleh je kan cakap elok elok. Kenapa tiba tiba nak trigger pula?

Kelakuan Dhia yang diam itu, menyebabkan Aisar lepas keluhan. Silap dia kerana lepas marah pada isterinya. Aisar berjalan ke arah Dhia yang berdiri tertunduk itu tetapi Dhia lantas masuk ke wardrobe dan mengunci pintu.

" Sayang.." Aisar bersuara sambil mengetuk pintu.

Dhia hanya mendiamkan diri. Dia bersandar di tiang antara almari tinggi dan perlahan lahan duduk melutut.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now