33

6.2K 333 7
                                    


Dhia menerima panggilan dari Pusat Kesihatan Awam Inderaloka, untuk isyarat melepaskan pesakit tidak bersimptom. Mereka akan dihantar ke hospital berdekatan bagi dirawat mengikut kecederaan masing masing.

Tetapi keputusan makmal masih belum keluar. Sama ada MersCov atau tidak.

Dia juga menerima bekalan makan malam yang dia rasakan dari istana semasa dia menjamahnya. Masakan yang paling sedap pernah dia rasa. Kotak makanan yang ditulis atas namanya sempat dilihat, kali ini dia tahu, itu dari suaminya.

Thank you abang.

Baru kali ini dia rasakan benar benar bertenaga dari tadi. Tetapi Dhia sudah cukup kepenatan. Dengan kepala yang pening, dan terasa mual, dia tetap gagahkan diri untuk berjalan. Pesakit pesakit juga mengucapkan terima kasih khas pada Dhia apabila mengetahui bungkusan makanan itu adalah dari Putera Mahkota, suaminya.

Wani sempat mengusik, mengatakan sayang betul si Aisar pada Dhia.

Dia menuju ke ruang hibrid dimana dia kumpulkan pesakit yang tidak bersimptom. Sempat dia melihat beberapa pesakit sedang berkumpul,  berborak mungkin.

" Tuan dan Puan saya ada satu pengumuman, untuk kali ini saya mendapat arahan untuk mengeluarkan tuan tuan puan puan semua. Saya cuma mohon kerjasama dari pihak tuan puan untuk mengikuti peraturan yang kita tetapkan. Kita akan mulakan dengan warga tua terlebih dahulu, wanita mengandung, kanak kanak, pesakit diabetes dan lelaki dewasa. Boleh?"

Semua mengangguk bersetuju. Saat itu kepala Dhia mula berdenyut. Tetapi Dhia cuba menahan rasa itu. Sikit lagi Dhia, sikit lagi.

" Baik Tuan dan Puan boleh mengemas barang barang dan straight ke arah pintu keluar di sebelah kiri anda mengikut kategori yang saya beritahu tadi. Staffnurse Zila dan PPK Haikal akan menjaga kalian. Sebelum itu saya mewakili Jabatan Kecemasan memohon maaf atas semua ini dan mengucapkan terima kasih kerana cukup memahami situasi ini."

" Baik Dr, saya kagum dengan Dr Dhia cukup cekap mengendalikan situasi ini. Saya salute dengan Dr."

Dhia tersenyum menunduk dan matanya meliar ke arah semua wajah wajah pesakit itu.

Tetapi matanya perasan akan ada satu camera telefon dituju kepadanya. Dia kenal akan pesakit yang memegang telefon itu.

"Encik Shah, mohon jangan ada rakaman disini, hospital tidak benarkan sebarang rakaman ya."

Encik Shah seolah olah tidak mendengar, matanya khusyuk merakam sesuatu. Barulah Dhia perasan, lelaki itu memakai earphone.

PPK Haikal segera menghampiri dan merampas phone tersebut, terkebil kebih Shah akibat perbuatan PPK Haikal itu. Haikal menjenguk skrin telefon milik Encik Shah.

" Awak buat live Tik Tok?" Soal Haikal geram. Sudah terang terang diberitahu tiada rakaman dibenarkan dalam kawasan hospital, tetapi lelaki ini senang senang langgar arahan.

" Bagi semula phone saya, awak tak berhak sentuh phone saya!" Bentak Shah sambil cuba mengambil semula telefon bimbitnya. Tetapi suara satu budak perempuan mengejutkan semua yang ada disitu.

" Abang ni rakam semua sekali yang doktor ni buat. Dari siang tadi dia ambil gambar doktor cantik tu."

Dhia bulat mata dan mengarahkan PPK Haikal memberikan telefon Shah padanya. Shah kelihatan menyinga dan menyerang Haikal tetapi mujurlah Haikal yang berbadan besar dapat menyeka serangan Haikal. Haikal sempat memberikan telefon Shah kepada Dhia.

Dhia mengeluh, telefon Shah rupanya diletakkan password. Mungkin Haikal tertekan butang off semasa dia bergelut dengan Shah ketika mahu menyerahkan telefon pada Dhia.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now