8

6.9K 372 11
                                    


Meja makan sudah diisi ruang kerusi oleh kesemua ahli keluarga. Sebentar lagi keluarga Sultan Riyadh akan masuk. Difahamkan mereka sudah berada diperkarangan istana Treez 5 min yang lalu.

Kecuali satu kerusi kosong yang tinggal.

" Mana Dhia Aralyn?" Suara Sultan Aminullah memecahkan kesunyian di balai santapan.

Tengku Damian Asytar, menyandarkan tubuhnya. Sudah boleh mengagak apa yang jadi. Mesti Dhia dah tahu tentang kedatangan Sultan Riyadh malam ni. Siapa lah yang gatal mulut pergi bagitahu dia? Masalahnya kenapa si Dhia ni takut sangat? Makan malam je pun. Bukan buat apa apa pun.

Danzel dah tersengih sengih. Memang sengaja dia mengusik adiknya kali ini. Saja diberitakan pembohongan palsu tentang rombongan meminang Sultan Riyadh. Padahal Sultan Riyadh sekeluarga hanya datang menyantuni ajakan Sultan Aminullah sahaja untuk bersantap di sini.

Itu pun sudah Dhia melompat kalut.

Padan muka, sapa suruh tinggal istana lama sangat. Dia tak tahu yang ayahanda mereka ni dah tingkatkan security sekeliling istana sejak insiden Dhia lari dahulu dek kerana dia bergaduh besar dengan Sultan Aminuddin, gara gara Dhia berkeras juga mahu duduk di luar istana.

Memang Danzel tahu perangai gila si Dhia. Dia nak tengok jauh mana adiknya boleh lari pula. Gelak jahat dalam hatinya.

Danial menyiku adik kembarnya yang dari tadi tersengih.

" Kau kan dalang semua ni?" Soal Danial serius.

Danzel yang sukar menyembunyikan senyum hanya mengangkat bahu. " Entah. Aku tak tahu apa apa."

" Kau bagi tahu Dhia?"

Danzel menggeleng geleng.  Muka tak bersalah.

" Tak, kenapa aku pula?"

" Sebab kau je yang suka usik Dhia dengan usikan merepek repek macam ni." Sampuk Damian merenung tajam ke arah  Danzel yang tersengih lebar.

" Danzel, baik kamu bagitahu apa yang kamu dah buat kali ini." Kali ini Permaisuri Darisa pula yang berkata dari tempatnya.

Sultan Aminullah hanya merenung, keluhan dilepaskan.

" Okay..okay.. Danzel yang bagitahu Dhia pasal makan malam dengan Sultan Riyadh malam ni. Tu je, tak de apa pun." Kata Danzel nada mengalah apabila kesemua mata memandangnya.

Tiba tiba Dayang Amina datang tergesa gesa sambil mendekati kawasan balai santapan mereka. Wajahnya kelihatan pucat.

"Tuanku.. tuanku.. Puteri Dhia..dia..dia tak de kat kamar peribadinya."

Membulat mata semua yang berada di meja makan. Danzel lagi melopong. Biar betul. Takkan lah adiknya......

Benar benar lari?

" Danzel! Apa yang kamu bagitahu kat Dhia sebenarnya?" Kali ini suara Sultan Aminullah pula yang bergegar di balai santapan.

"Danzel.." tak sempat Danzel membalas, suaranya dipintas dengan pengumuman oleh Ketua Pengawal Istana, Mr Irwin.

" Diumumkan kedatangan YM Sultan Inderaloka, Sultan Tunku Riyadh Aziz Alam Indrawan Shah, Permaisuri Inderaloka, Permaisuri Tunku Sofea Tunku Ismail, Putera Mahkota Inderaloka, Putera Tunku Aisar Iskandar Tunku Riyadh Aziz, adinda kedua Putera Mahkota, Putera Tunku Aiman Irham Tunku Riyadh Aziz, adinda ketiga Putera Mahkota Putera Tunku Aizat Ilham Tunku Riyadh Aziz, dan adinda keempat Putera Mahkota Puteri Tunku Aisya Izureen Tunku Riyadh Aziz."

Kelihatan Sultan Riyadh menapak masuk ke dalam balai santapan sambil mendepakan tangan ke arah Sultan Aminullah yang segera memaniskan wajah.

" Riyadh, terima kasih datang ke sini memenuhi jemputan." Sapa Sultan Aminullah. Manakala Damian pula menghampiri Aisar yang melangkah mendekati mereka. Hal tentang Dhia ditutup sekejap. Tetapi Sultan Aminullah sempat mencerlung mata ke arah Danzel, seolah menghantar isyarat, 'Cari adik kamu sekarang!'

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now