25

6.4K 293 3
                                    


Masuk sahaja ke ruangan keluarga, dia ternampak Permaisuri Sofea sedang duduk santai di kerusi sofa, sambil membaca fail. Ada seorang wanita tinggi lampai di sebelahnya, berdiri setia. Wanita itu tunduk sedikit ke arah Dhia yang melangkah laju, tunduk hormat.

Permaisuri Sofea meletakkan failnya di atas meja.

" Anak bonda, Dhia Aralyn, mai join bonda minum pagi." Pelawa Permaisuri Sofea sambil memberi isyarat tangan kepada wanita itu.

" Yuna, tolong minta dayang bawakan minuman untuk Puteri Dhia."

Yuna si wanita tinggi lampai itu mengangguk.

" Baik Tuanku Permaisuri," Yuna lantas berjalan keluar.

" Kamu dah sarapan sayang?" Soal Permaisuri Sofea lembut. Dhia mengangguk.

" Dah bonda, Dhia sarapan dengan Ais..Tuanku Putera tadi," sikit lagi nak tersasul mulutnya yang hanya memanggil suaminya dengan pangkal nama sahaja.

Permaisuri Sofea hanya tersenyum. Ini yang Dhia suka, mak mentua dia sporting habis. Kawan baik mama dia kot Permaisuri Darisa.

" Tak pe sayang Dhia, bonda tahu Dhia belajar sesuaikan diri dengan Aisar," kata Permaisuri Sofea sambil menyisip air jus epal. Tak lama kemudian, Yuna kembali dengan seorang dayang yang menatang gelas dan kuih muih.

Gemuk la aku, bisik Dhia.

" Aisar dah berangkat dah ye?" Soal Permaisuri Sofea berbasa basi.

" Aah. Flight dia pukul 11 pagi nanti. Mungkin dia dah kat balai pelepasan dah kot." Balas Dhia yakin.

" Okay, tak de, ni ha bonda nak bagitahu Dhia yang petang ni kita ada tetamu dari Negara Astana. Presiden Astana dan keluarganya akan datang ke sini. Mereka datang sebagai tanda raikan perkahwinan kamu dan Aisar memandangkan semasa resepsi tempoh hari mereka tidak dapat hadir. Aisar pula tiada kat sini, jadi bonda minta kamu sebagai wakil pihak pengantin boleh ke?"

Dhia mengangguk, tiada pilihan. Kali ini memang dia tidak dapat elak dah event atau function serta makan malam, sebab dia sekarang rasmi sebagai isteri Putera Mahkota. Ini yang dia tidak suka sebenarnya.

Tapi nak buat macam mana.

Permaisuri Sofea ukir senyum, dia tahu Dhia bukan jenis ke arah majlis sebegini. Tapi dia akan ajar menantunya dan sokong Dhia dari belakang, kerana Dhia adalah bakal Permaisuri Inderaloka.

" Tak apa Dhia, bonda ada, bonda akan ajar Dhia. Lama lama Dhia biasa la."

Dhia lempar senyum. " Terima kasih bonda."

" Sama sama sayang. Baju dan makeup nanti Yuna akan susun untuk kamu, kamu dah sedia cantik dah, bonda tak risau."

Dhia tersipu sipu malu. Entah kenapa dia terasa pujian Permaisuri Sofea boleh diterima. Orang tua punya pujian ni ikhlas sebenarnya.

" Dhia ada apa apa nak buat hari ni? Baru pukul 10 pagi, mekap dan baju tu datang pukul 6 petang ni." Soal Permaisuri Sofea sambil menyisip jus epalnya lagi.

Dhia menggeleng pada mulanya tetapi tiba tiba dia mengangguk.

" Bonda, Dhia nak ke bandar Isis boleh?" Dhia cuba nasib bertanya pada ibu mentuanya. Pangkatnya lebih tinggi dari Aisar, takkan lah Aisar akan marah.

" Untuk apa sayang?" Lembut sahaja pertanyaan Permaisuri Sofea, merenung menantunya.

" Dhia nak tengok bandar Isis macam mana. Dhia tak pernah keluar ke bandar tu."

Permaisuri Sofea tertawa kecil.

"Bonda takut bonda tak dapat beri jawapan positif kepada kamu sayang. Aisar dah pesan ke satu istana untuk tidak benarkan kamu keluar setapak pun dari istana."

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now