9

7.4K 340 22
                                    


Sultan Aminullah masih termenung jauh ke hadapan. Baru sahaja keluarga Sultan Riyadh pulang setelah selesai proses risikan.

Ya, makan malam yang sepatutnya berlangsung, bertukar menjadi majlis risikan dari keluarga Aisar.

Barulah dia mengetahui bahawa gadis yang dicari cari Aisar selama ini adalah anak perempuan bongsunya Dhia Aralyn. Aisar kelihatan bersungguh sungguh mahu menyunting dan memperisterikan Dhia, menyebabkan dia meminta masa untuk memikirkannya.

Kerana dia tahu sejenis Dhia Aralyn ini macam mana. Perangat nakal anak gadisnya itu lain macam sikit.

Bagaimana Aisar boleh bertemu Dhia ditembok belakang itu? Aisar menerima panggilan telefon semasa majlis makan malam tadi, dan kebetulan line telefon tidak selaju biasa. Aisar berjalan laju mencari line, dan ketika itu lah dia mendengar sesuatu bunyi yang seakan gemersik daun daun yang kuat. Bunyinya aneh. Jadi dia mengikuti arah bunyi itu dan terkejut melihat seorang gadis sedang memanjat tembok, dan kedudukannya hampir menjangkau atas.

Mujur dia sempat menyambut Dhia ketika gadis itu terlucut pegangannya di bata bata merah itu. Kagum juga dia dengan nekad si Dhia Aralyn.

Sekarang gadis itu bersama dengan Danial dan Danzel yang dikawal ketat di bilik tidur. Semasa perbincangan dijalankan, Dhia tiada bersama. Lebih baik begitu.

Memorinya terimbau peristiwa sebentar tadi dimana Aisar menuturkan kata yang mengejutkan semua ahli keluarga.

FLASHBACK

" Uncle Amin, dengan semua saksi yang berada dalam balairung ini, saya berniat untuk memperisterikan anak perempuan uncle, Dhia."

Bulat mata Sultan Aminullah dan Sultan Riyadh. Damian juga terlopong.

" Dhia Aralyn?" Soal Sultan Aminullah.

Aisar mengangguk yakin. "Ya uncle, Dhia Aralyn."

Sultan Aminullah bersandar ke sofa sambil menghela nafas.

"No offense Aisar tapi kamu baru jumpa Dhia tak sampai beberapa minit pun, and kamu baru jumpa dia sekali. Takkan semudah itu kamu hendak memperisterikan dia?"

Sultan Aminullah tahu sebelum ini sukarnya Aisar mencari bakal isteri menerusi pencarian di negeri negeri sebelum ini. Dia memang kelihatan agak sukar untuk memilih kerana katanya tidak menepati kriteria yang ditetapkan. Takkan sekejap sangat dia berubah drastik?

Dan jumlah gadis gadis yang datang, kelihatan cantik cantik dan sopan dengan dress yang memukau. Tetapi Aisar bertemu Dhia tadi dengan keadaan yang...er..dengan Dhia yang langsung selekeh berpakaian santai dan wajah yang berpeluh peluh.

Langsung tak menggambarkan dia sebagai seorang puteri raja.

" Sebenarnya uncle, dia lah gadis yang saya cari selama ini. Saya lakukan pencarian satu negara semata mata kerana dia. Tapi baru lah saya boleh relate kenapa saya tak dapat jumpa dia. Rupanya dia anak perempuan uncle. Sistem kita tak reveal untuk data anak raja."

Sultan Aminullah tercengang. " Maksud kamu? Kamu pernah jumpa Dhia?"

Aisar mengangguk dan akhirnya dia menceritakan tentang insiden Dhia menyelamatkan pegawai pengiringnya yang diserang serangan jantung. Dari mula hingga habis.

Reaksi Sultan Aminullah pula, hanya tertawa.

" Mungkin sudah jodoh pertemuan kamu dengan Dhia, Aisar."

" Maksud uncle?"

Sultan Aminullah tertawa lagi.

"Kamu mencarinya secara terbuka di seluruh negara, tapi tidak berjumpa. Tetapi kamu terjumpanya secara tertutup begini, kerana apa? Mungkin Allah membenarkan pertemuan kamu ini. Jika Allah mahu temukan kamu, kamu berdua akan bertemu jua. Jika kamu mencarinya dipelusuk mana pun, jika Dia tidak izinkan, kamu berdua tidak akan bertemu. Sebab itu uncle katakan begini."

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now