79

6.3K 310 16
                                    


Seminggu berlalu.

Seminggu itulah Dhia setia menemani Aisar disisi.

Seminggu itu la becok mulut Dhia bercerita apa sahaja yang dia mahu.

Setiap perkara yang terjadi pasti akan disampaikan kepada Aisar. Walau hanya tubuh kaku dan hembusan nafas yang menemani, tetapi Dhia tidak kisah.

Kerana dia tahu Aisar mendengar setiap satu kata katanya.

"Abang, Ayd dah pandai buli adik dia dah tau, kadang kadang dia ketuk macam tu je si Iyad tu. Iyad tu diam je ikut kata kata abang. Lepas gaduh macam nak perang, tahu pulak cari sesama dorang."

Dhia mengambil kain tuala kecil dan membasahkan tuala tersebut.

" Abang jangan risau Ayd dengan Iyad, Mak Su Aicha  yang jaga. Mama pun ada nak tengok cucu dia. Jadi kawan pula depa dua tu abang," kata Dhia, mula mengelap tubuh suaminya.

" Abang tak nak bangun ke? Dah seminggu dah abang tidur," perlahan Dhia bertutur, setia membasahkan tubuh kaku itu. Dhia membawa kain basah itu ke tengah dada. Hatinya dipagut sayu.

" Dada ini, tempat Dhia bersandar. Tempat Dhia meluah rasa. Tempat Dhia menangis."

Air mata memenuhi kelopak mata. Seketika dia mula mengelap tangan Aisar yang sejuk dan pucat.

"Tangan ini yang selalu doakan keselamatan Dhia di mana mana sahaja. Dhia dapat rasa keberkatan itu abang. Dhia sentiasa bernasib baik abang. Tangan ini juga yang selalu usap Dhia, memberi ketenangan pada Dhia."

Empangan air matanya pecah. Laju air matanya mengalir ke bawah tetapi dikesat pantas.

Dhia membawa kain basahan itu menuju ke kaki.

" Kaki ini yang tegak berdiri melindungi Dhia, yang tetap mencari Dhia di mana mana, semata mata demi cinta."

Esakan mula terbit tapi Dhia menahan sekuat hati.

Dia menukar kain basahan kepada kain baharu, dan mula mengelap wajah Aisar. Dari mata, hidung, mulut dan telinga.

" Mata yang selalu pandang Dhia dengan penuh rasa, hidung yang selalu menghidu bauan Dhia, telinga yang selalu mendengar keluhan Dhia..mulut dan bibir yang selalu ucapkan rindu sayang kat Dhia," esakan datang makin kuat menyebabkan bahu Dhia terhenjut henjut.

" Dhia nak dengar semua tu lagi abang...bangun lah abang. Cakap sekali lagi, semua sekali..jadi tolong Dhia abang, bangun and kita bercinta sekali lagi. Abang nak nyanyi banyak mana pun Dhia tak kisah. Abang nak nyanyi lagu 3 kupang pun Dhia tadah telinga je. Tapi bangun, tolong bangun..." Dhia menyembamkan wajahnya ke tangan Aisar yang masih kaku, menghamburkan tangisan yang ditahan sejak tadi.

Hanya dinding bisu menjadi saksi.

__________________________

" Cik Puan Dhia, ini adalah family conference untuk keadaan terkini Tuanku Sultan Aisar, dihadiri oleh saya, Dr Rizqi, Dr Imran Pengarah Hospital Utama K, Dr Afnan Pakar Neurologi, Dr Haziq Pakar Anaest dan Dr Kirana Pakar Perubatan Am. Matron Aziah dan Sister Ruziana juga ada bersama." Ujar Dr Rizqi, Pakar Orthopedic.

Dr Dhia mengangguk. Uniknya Pengarah juga turut menyertai family conference ini.

Dr Rizqi menerangkan segala perkara yang telah dilakukan kepada Aisar selama seminggu ini dari segi ubat, peralatan yang diberi dan juga hasil pemantauan.

Begitu juga dengan Pakar pakar yang lain, kesemuanya membentangkan hasil yang sama. Dhia hanya menghembus nafas. Tidak sangka, dia yang selama ini terlibat dalam family conference selaku pembentang dan doktor terlibat, kini bertukar status menjadi ahli keluarga pesakit.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now