81

7K 314 6
                                    


Tiga hari kemudian Aisar dipindahkan ke Hospital Utama Isis, Inderaloka, negara kelahirannya, untuk meneruskan terapi fizikal. Dia masih belum dibenarkan keluar dek kerana paru paru yang masih lemah, tetapi selain dari itu, kesemuanya baik baik sahaja.

Ini semua kerana karenah atau jasa baik isterinya yang terlalu protective. Dengan jadual ubat, jadual fisioterapi, jadual prosedur yang perlu Aisar patuhi. Tetapi sejujurnya Aisar lebih senang begitu, dia tahu dia boleh percayakan isterinya untuk memantaunya.

Pendek cerita, Dhia adalah doktor peribadinya.

" Eh abang tak boleh makan nasi keras lagi. Tekak abang baru sahaja nak pulih dari tube tu."

" Abang kena minum air masak je tau. Jangan nak mengada minum air manis. Nanti batuk and tekak abang luka lagi."

" Nah, ni buah mangga, Dhia dah lenyek bagi abang senang makan." Serius Dhia, abang bukan baby 6 bulan lah nak makan lenyek lenyek ni. Gumam Aisar namun hanya disimpan dalam hati. Jika diluah, mahu tak merajuk suri hati tu.

Kadang kadang Aisar hanya pasrah sahaja lah. Asalkan isterinya bahagia.

" Abang you need to do this. Spirometer. Tiup sampai belon tu naik. Tiup cepat." Kata Dhia sambil berpeluk tubuh. Aizat yang hanya duduk di tepi katil hanya menggeleng.

" Hoi Dhia, masuk kali ni dah 3 jam kau suruh abang aku tiup. Kau nak suruh paru paru abang aku meletup ke?" Sindir Aizat.

Dhia mendengus. " Kau diam, kau bukan tahu apa pun. Nak condemn je. Bukan ke aku suruh kau beli walking frame dah ke? Kau dah beli ke belum?"

Aizat menjeling. Mengendahkan tentang hal walking frame itu.

" Benda tu kena tiup sejam sekali. Engkau pula setengah jam sekali, agak agak la."

"Bisinglah kau. Banyak bunyi pulak. Aku kan...."

" Ye ya, abang tiup. Ni abang dah tiup kan, tengok ni," kata Aisar, pasrah sambil meniup tiub spirometer sekali gus mendiamkan keduanya yang sentiasa bergaduh. Dhia hanya sengih lebar. Dia tahu Aisar pasti akan menyebelahinya.

Aizat mendengus.

" Ikut sangat telunjuk bini. Sama sama gila." Gumam Aizat sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

Dhia sudah berhenti kerja secara rasmi dari Hospital Utama K. Lesen perubatannya juga ditarik akibat kes penyalahgunaan etika kedoktorannya. Ini sekaligus membuatkan Dhia tidak lagi dapat bertugas sebagai doktor selepas ini, melainkan dia menggunakan pengaruh suaminya. Tetapi tidak akan sesekali dia mengambil kesempatan sebegitu.

Dia juga membayar denda kerana menggunakan identiti palsu semasa di Malaysia, namun tidak dipenjara kerana pengaruh Tunku Aisar sendiri dan status dirinya sebagai isteri lelaki itu. Namun jumlah denda yang dibayar boleh tahan jumlahnya. Cukup untuk membeli banglo sebiji gamaknya. Ikutkan Aisar boleh sahaja berbincang dengan kerajaan Malaysia tetapi Dhia berkeras mahu bertanggungjawab. Dia ada integriti.

Tetapi Dhia sendiri sudah tidak kisah akan semua itu. Tentang musnahnya kerjayanya secara total. Aisar kembali padanya itu sudah lebih pada cukup. Dia sangat bersyukur dan berdoa agar nikmat ini kekal hingga ke akhirnya.

———————————

" Sayang, bila abang boleh jumpa anak anak?" Soal Aisar sambil melangkah perlahan menggunakan tongkat. Ketika ini mereka berdua berjalan jalan di sekeliling tasik, Dhia berjalan mengawasi Aisar disebelah. Kakinya sudah semakin kuat berdiri dan menyeimbangi tubuh. Dia juga sudah berada difasa akhir fisioterapi.

Paru parunya juga akhirnya sihat sepenuhnya. Namun Aisar masih lagi dibawah pemantauan doktor pakar dan juga ahli fisioterapi bertauliah bagi perkembangan kesihatannya.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now