30

6.9K 326 17
                                    


Sabtu, hari yang sangat seronok untuk berehat. Sejak kejadian dia bertemu dengan si tak guna Ashraff Hazrael seminggu lepas, wajah itu bermain dalam mindanya.

Oh jangan salah faham.

Bukan kerana dia sukakan lelaki itu, tetapi dia rimas akan whatsapp yang saban hari menghantar mesej padanya. Mana si Ashraff dapat nombor dia? Takkan Aisar yang bagi kot. Mahu terbalik alam semesta ni.

Semua mesej mesej ni dipadam serta merta. Tahu ke Aisar mati aku! Bongok ke Ashraff nak try bini member sendiri. Sebab Dhia baru sahaja mendapat tahu Aisar dan Ashraff ni merupakan sahabat satu universiti di US dahulu.

Mengingati zaman persekolahan dia dahulu, memang satu sekolah tahu Ashraff sukakannya. Satu sekolah ya kawan kawan! Kerana itu ramai yang tidak menyenangi Dhia kerana dianggap merampas Ashraff dari mereka. Sedangkan Ashraff yang suka mengawal tindak tanduk Dhia. Para budak lelaki yang ingin mendekati gadis itu, semua diberi amaran keras oleh si Ashraff atau paling teruk dibelasah.

Acah acah boyfriend pula.

Oleh kerana sikap possessive yang tak kena tempat itu, Dhia bertindak menampar wajah Ashraff di hadapan seluruh warga sekolah, menyebabkan Ashraff bertindak cuba mengasari Dhia jam itu juga. Dengan arahan Sultan Aminullah secara diam diam, Ashraf dipercepatkan untuk proses sambung belajar. Sejak dari itu mereka berdua tidak bertemu lagi.

Tetapi pertemuan mereka tempoh hari dalam bilik pejabat Aisar, seakan memberi bayangan pada Dhia, itu bukan yang terakhir.

Whatsapp sekali lagi masuk dan terpampang nombor yang sama. No si Ashraff bebalicious tu la. Terus didelete tanpa melihat bentuk mesej itu.

Dia tidak mahu Aisar curiga padanya. Nak kena parang? Kalau si Aisar minta hak dia sebagai suami, tak ke haru? Ni pun dah cukup bagus Aisar diam tak tuntut apa apa, dalam pada semua orang menyibuk tentang pewaris.

Walau dia tidak menyukai perkahwinan ini, tetapi dia menghormati ikatan yang mengikat dirinya dan Aisar. Dengan cara macam mana pun dia menolak Aisar, dia tahu lama kelamaan dia perlu terima juga bahawa Aisar itu selamat menjadi suaminya. Oleh kerana itu dia sedang belajar membuka hati. Kena belajar la kan, minta cerai hari tu pun kaw kaw kena marah.

Pintu bilik dibuka dan dia hairan apabila melihat dayang Umairah masuk. Jam 5 petang begini, jarang Umairah masuk ke dalam biliknya.

" Cik Puan, Tuanku Putera menitahkan Cik Puan untuk berjumpa dengannya."

Menda la pulak mamat ni. Baru nak healing!

——————————————-

Terpinga pinga Dhia sebentar apabila dia dibawa ke kandang kuda. Selepas kejadian memalukan itu, dia tidak lagi menjejak kaki ke kandang itu. Selain masa dan juga pekerjaannya yang menghalang, Dhia juga tidak mahu ke sana kerana cukup segan dengan perbuatan kebudak budakannya.

Tapi kali ini kenapa dia dibawa ke sana?

Kelihatan suaminya sedang mengeluarkan seekor kuda berwarna hitam. Sebaik sahaja melihat figura seketul Dhia, Aisar ukir senyum manis.

" Come sayang," ujar Aisar sambil menghulurkan tangannya. Dhia berhenti berjalan, tampak bingung. Gadis itu memandang lama ke arah Aisar dan kuda itu sebelum akhirnya berjalan semula dan menyambut huluran tangan suaminya.

" Kenalkan, Light," ujar Aisar sambil meletakkan tangan Dhia ke badan kuda itu.

" Light? Tapi dia hitam.." soal Dhia, mengundang tawa Aisar.

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now