58

5.1K 295 61
                                    


Hampir 3 minggu dia di rumah keluarga Naim, setiap malam, tangisan senyap pasti akan mengiringinya. Sukar sungguh untuknya melupakan segala gala tentang suaminya. Tentang Aisar. Tentang sentuhannya. Hangat pelukannya.

Memang betul cukup sukar, apantah lagi dia mengandung anak sulung mereka.

Teringat Nelisa berkata, 4 bulan mengandung tapi perut besar seolah olah seperti 6 bulan.

Air mata dikesat kembali. Cengeng sungguh rasanya. Sudahlah Dhia, terima sahajalah bahawa suami kau sudah betul betul buang diri kau. Kau nak meratap apa lagi. Kau meratap tinggi mana pun Aisar takkan muncul depan kau. Kau faham kan.

Dhia keluar dengan berpakaian ringkas. Hajat dihati dia mahu cendol dihujung kampung. Tempoh hari Jiha pernah menunjukkan cendol itu padanya, dan sekarang, dia rasa terliur pula.

Naim tiada di rumah, entah mana lelaki itu pergi. Tapi tadi sempat berpesan, jika mahukan sesuatu, text dia dan seperti biasa, dia tidak benarkan Dhia keluar.

Maaf Naim, terliur ibu mengandung ni tak boleh lambat. Kena juga penuhi.

Perlahan lahan tanpa disedari oleh sesiapa, Dhia menapak keluar dari rumah. Dia berjalan menyelusuri jalan kecil menuju ke kawasan kedai runcit dan warung. Ada satu kedai cendol di hujung sana. Fuh, mujur tak ramai orang, biasanya beratur panjang.

Setelah pesanan diberikan, dia hanya duduk santai di meja hujung sambil memerhati sekeliling. Hampir lupa dia tidak memakai selendang atau penutup kepala, Dhia hanya menunduk, bimbang juga dicam orang.

" Puteri Dhia Aralyn." Satu suara menyapa dari belakang, menyebabkan Dhia berpaling. Terkejut.

Seorang lelaki berkaca mata hitam, dan bersuit hitam berdiri tepat di belakangnya. Wajah lelaki itu kelihatan tenang.

" Seseorang mahu berjumpa dengan Tuanku. Pohon Tuanku untuk ikut saya sebentar."

Dhia teragak agak sebelum mengangguk setuju.

Siapa?

—————————————————

Dalam MPV mewah berwarna putih, Dhia dan seseorang yang dia cukup kenal, saling berhadapan. Dhia tunduk membisu, rasa takut mula menguasai.

" Dhia sihat?" Tangan Ibu Sari menyentuh bahu Dhia yang menahan rasa terketar ketar. Jelas ketakutan itu terlayar menerusi gerak tubuh dan riak wajah Dhia. Ibu Sari tersenyum.

Bangga kerana kehadirannya sendiri sudah memberi kesan pada isteri kesayangan Tunku Aisar Iskandar ini.

Dia tahu Aisar sangat sayang pada Dhia, tapi mengapa lelaki itu boleh buang Dhia macam tu je?

" Sihat, Ibu."

Sari memegang tangan Dhia, yang kelihatan berdecit terkejut.

" Jangan takut, Ibu ada. Ibu kan selalu ada di sini untuk Dhia. Macam yang Ibu cakap dulu. Ibu yang selalu pujuk Dhia bila kawan kawan Dhia kata macam macam kat Dhia. Sekarang Ibu ada. Meh kat Ibu, Ibu nak peluk anak Ibu ni."

Entah kenapa Dhia rasa luluh mendengar ayat Ibu Sari lantas dia menangis pilu tatkala dipeluk Sari. Tangannya naik memeluk erat tubuh Sari, rindu dipujuk seperti waktu kecil dahulu. Benar, akhirnya Ibu Sari juga yang ada untuknya.

" Suami Dhia tinggalkan Dhia untuk perempuan lain. Memang betul, Dhia pembawa malang. Dhia pembawa sial. Anak dalam kandungan Dhia ini cacat."

Sari hanya diam, tetapi dia mengusap usap kepala Dhia di bahunya.

Teriakan dan esakan sahaja yang kedengaran.

" Sekarang Dhia dah faham kan, kenapa Ibu selalu ulang benda yang sama. Ibu sahaja yang tahu baik buruk Dhia, anak ibu."

Puteri Dhia: Untuk AisarWhere stories live. Discover now